Semalam aku ada interview kerja di sebuah kilang di Ipoh. Nama kilang tu MEMC Technology.

Start bertolak pukul 12.00 PM. mengikut pakcik google map, dikatakan aku hanya perlu mengambil masa 1jam 30 jer untuk sampai ker ipoh dari penang. Yer ker. So, aku betolak awal dari pukul 12.00 pm. Dlm kepala fikir paling lewat pon perjalanan aku mesti sampai pukul 2 punyer. hehe. Hah, tetiba cuaca agak kurang memberangsangkan. Hujan la plak. tp x per, bawak slow slow.

Baca Seterusnyer —

Sebenarnyer aku dalam dilema, konpius, nak pi ker x, Aper aper hal snap picture dulu baru pi, ader semangat skit, hehe

agak agak korang yang da biasa bawak kerete, speed 100KM/H tu laju x. aku rasa x laju, bagi aku tu slow la, lagi lagi klu bawak kat Highway. Tengah asik dok layan memandu, tetiba trak/lori tentera lalu disebelah kereta aku. Korang tau x dia bawak apa. Dia bawak Aspide dengan AIM-9X Sidewinder infrared-guided missile. Tengok gambar kat bawah ni.

yer ker diorang bawak mender alah nih. Korang caya ker, hahahaha, tipu jer, setau aku diorang bawak bunga jer untuk penanaman bunga dalam taman. ni pon korang caya ker, hehe, ntah

aku nak citer panjang aku x reti, korang layan la gambar syahdu seterusnyer

dan dipendekkan citer yang sememangnyer pendek, aku pon sampai la ke tempat yg dituju iaitu MEMC. ngam ngam woi pukul 3. Cheh ingatkan pukul 2 boleh sampai. Nasib baik ngam ngam. haha

dah sampaiiiiii. Sikit jer blh amik gmbr, kang x pasal pasal kene tangkap ngan security guard. hehe. interview pukul 4.30 pm, Pergh… setiap kali nk interview mesti nervous. tp skrg da kurang nervous sbb dlm setahun banyak giler aku dapat interview, siap da dapat job baru pastu x best patah balik kilang lama, hahahahah, jahat x aku, Ni aku nk story aper yg korang kene buat masa nk diinterview.

1. baju kena lah smart, tight in ok

2. rambut kene rapi

3. certificated kene lengkap siap ngan gambar, jgn lupa bawak dokumen penting

4. english kena la power, sederhana pon ok

5. prepare dan buat study skit pasal background kilang

6. confident level mesti maintain, ni penting

7. yang penting “Please introduce yourself?”, ayat kena ringkas padat, berisi dan difahami. Contoh, bagila tau NAMA, TEMPAT BELAJAR, COURSE BELAJAR, BILANGAN ADIK BERADIK, BEASAL DARI MANA DAN APA  YANG KORANG LAKUKAN SEKARANG DAN KERJA DIMANA DAN SEBAGAI APA.

* Setiap orang mungkin berbeza cara introduce diri sendiri. Tapi yang aku tau cara aku berjaya, dan RESUME aku standard jer, heheh. Harap harap, minggu depan aku tau la keputusannyer. Doakan ok… :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)