Salam semua. Hari ni wan nak story skit pasal tajuk di atas tu. Kenapa dengan tajuk tu?. Korang pernah nampak atau pernah alami x. Dibawah contoh masalah kepada sesapa yang pernah hadapi masalah berbentuk macam ni.

“Fatal error: require_once() [function.require]: Failed opening required ‘SSI.php’ (include_path=’.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php’) in /home/gilgalad/public_html/Sources/Load.php(1747) : eval()’d code on line 150″

Hari ni, web wan menghadapi masalah seperti diatas. Bila buka web jer terus jadi macam ni. Terkejut x tau nak buat apa. Masalah diatas berlaku kerana wan ader install satu plugin yang telah kacau website wan dan terus jadi mcm ni. X boleh login  atau nk buat apa apa. Nak restore x best sebab banyak yang wan da adjust, nanti jadi x best pula sebab banyak post yang kena buat balik. Kat bawah ni cara cara wan berjaya selamatkan balik website wan, tp wan berjaya tanpa sengaja ja, bukan sebab dapat info mana mana. So sebelum nak ikut cara wan selesaikan masalah seperti diatas wan harapkan anda semua pernah backup web atau blog anda sebelum ini menggunakan Cpanel.

  1. Cara ni hanya untuk yang pernah membackup web sebelum ni.
  2. Masuk ke dalam FILE MANAGER di CPANEL
  3. Pilih DOCUMENT ROOT FOR : xxxx.com nama web korang
  4. Setelah masuk pilih cari fail yang wan telah warnakan dengan warna merah diatas, *ingat setiap orang error mereka berlainan dan berbeza. Ikut saja address error tersebut. Sebagai contoh error diatas, anda cari sampai yang ada tulis “Load.php”. Itu kalau error anda load.php la
  5. Kemudian delete saya fail tu. “delete Load.php”
  6. Kenapa delete fail tu? Sebab fail tu la yang bermasalah menyebabkan korang x boleh masuk website korang.
  7. Bila dah delete, cuba anda buka balik website anda, mesti da pulih sebab masalah tu korang da buang melalui Cpanel.

NOTA : SAYA X BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA APA KESILAPAN YANG BERLAKU KEPADA WEB @ BLOG ANDA. INI KERANA MASALAH BLOG  SAYA MUNGKIN BERBEZA DENGAN BLOG YANG LAIN. NO PAIN NO GAIN. SELAMAT MEMBACA

 

 

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)