Salam semua. Hari ni nak story sikit pasal unit amanah (unit trust). Apa itu unit amanah. Unit amanah adalah Unit trust atau unit amanah adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur yang mempunyai objektif yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain yg diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.

Pelabur didalam Unit Amanah tidak membeli saham/sekuriti dalam portfolio secara langsung.Pemilikan pelabur didalam pelaburan unit amanah ini akan diberi didalam bentuk “unit”.Oleh itu setiap pelabur dipanggil sebagai “Pemegang Unit”

Duit semua pelabur akan dilaburkan ke sekuriti pelaburan mengikut pemilihan kelas unit amanah dilaburkan.Terdapat risiko yang perlu diketahui oleh pelabur dalam membuat pelaburan mereka.Setiap kelas unit amanah mempunyai risiko tersendiri.Kebiasaanya pelaburan yg mempunyai risiko tinggi, mempunyai pulangan yang tinggi.Dan sebaliknya,pelaburan yg mempunyai risiko rendah, mempunyai pulangan yg rendah.

Tentu anda semua nak tahu kan. Berapa duit minimum kena ader untuk melabur ni?. Haa, sebenar nya pelaburan dalam unit amanah adalah serendah RM1000 sahaja. Dan penambahan unit amanah boleh dilakukan sesara topup harian, bulanan atau bila bila masa yang dirasakan sesuai untuk membeli unit amanah yang baru. Penambahan mestilah dilakukan minimum RM100 setiap kali penambahan. Dibawah ini contoh gambaran graf kenaikkan sesuatu unit itu.

Diatas ini adalah graf untuk unit amanah PUBLIC NATURAL RESOURCE EQUITY FUND. Jika anda lihat graf menunjukkan kenaikkan dan penurunan. Tetapi jangan risau, pelaburan seperti ini untuk jangka masa yang panjang dan graf menunjukkan kenaikkan yang baik bagi pelaburan jangka panjang. So, sesiapa yang melabur di unit amanah ini anda digalakkan untuk melihat kebaikkan pelaburan seperti ini. Yang penting, ini bukan skim cepat kaya. Selamat membaca.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)