Biar Orang Cina Pimpin Islam
Sempena kempen Sebulan Sebuah Buku yang saya jalan kan sebelum ini akan diteruskan lebih lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buku yang saya pilih untuk bulan Ramadhan tahun ini adalah buku Tulisan Ann Wan Seng. Beliau seorang mualaf dan seorang yang terpelajar telah menghasilkan sebuah buku bertajuk “Biar Orang Cina Pimpin Islam”. Beliau telah mengeluarkan banyak buku buku yang bermutu. Kalau untuk mengenali beliau secara terperinci boleh jer pergi melayan video di youtube. Buku ni saya pilih berdasarkan corak ilmiah yang berlainan daripada apa yang kita selalu baca. Buku ini mempunyai kritik dan kritis yang amat baik. Secara jujurnya setelah membaca buku ini kita akan melihat bangsa cina dari prospek yang berlainan dan postitif dan saya boleh katakan yang saya sangat bersetuju apa yang dikatakan dan apa yang dicoretkan dalam buku ini. Kalau nak lebih tahu apa yang diceritakan dalam buku ini korang boleh la pergi ker kedai “Popular” di pasaraya berdekatan dengan harga RM15 sahaja dan mempunyai 130 muka surat. Membaca buku mampu menambah ilmu pengetahuan lebih lebih lagi pada yang dah tak sekolah, otak dah karat, apa kata baca buku macam nih daripada baca majalah hiburan jer, hehehehe.
Antara buku-buku yang telah saya kempenkan sebelum ini…
1. Nota Jutawan Nota Motivasi – Irfan Khairi
2. Yakjuj & Makjuj – Bencana Disebalik Gunung
3. Travelog Turki Bumi Khalifah
4. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
Latest posts by Juan (see all)
- Pengalaman Berada di Zaman Peralihan Teknologi - May 26, 2013
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013


murah jugak buku ni.RM 15 untuk sebuah buku macam susah nak jumpa sekarang.sekurang2nya boleh deduce LHDN nanti.hehe…
Pacifista – X recently posted..Contest: Rewards (Punchtab.com) @ Pacifista – X