Selamat Pagi semua, masih tido diulit intan lagi ker. Cukup cukup ler tuh, biar aku pulak yang nak tido, hehe. Dipagi ni aku nak berceloteh ringan pasal kadar zakat fitrah bagi tahun 2011/1432H.

zakat fitrah 2011

zakat fitrah 2011

Kadar zakat fitrah mungkin berubah dari tahun ker tahun. Tahun ni akan jadi tahun pertama aku untuk membayar zakat fitrah diri sendiri. Maklum lah dah besor yer tak. Sebelum ni ayah aku jer yang bayar zakat fitrah nih. Ok dibawah ni adalah senarai kadar zakat fitrah bagi negeri negeri di malaysia bagi tahun ini iaitu 2011.

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
7.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.00
Wilayah Persekutuan
7.00

Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah di bulan ramadhan terbahagi kepada 5 jenis iaitu:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya
Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga zakat yang kita tunaikan ini akan membawa manfaat bagi diri kita, keluarga, masyarakat dan agama…. :)
Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)