Software Berguna

Kadang kala apabila kita membuat kerja mengunakan PC atau Laptop seringkali kita terpaksa berhadapan dengan beberapa masalah bila ingin membuka atau memainkan sesuatu aplikasi. Kekadang kita terpaksa berhadapan dengan aplikasi yang berbayar dan merumitkan sedangkan kita inginkan penyelesaian dengan segera.

Dibawah ini aku sediakan beberapa alternative kepada pengguna PC atau Laptop yang sedang mencari cara cara untuk menyelesai masalah yang dihadapi. Hanya 3 software sahaya yang ingin aku review hari ni.

Foxit PDF Reader

Foxit PDF Reader

Download link : http://www.foxitsoftware.com/downloads/

FOXIT PDF READER : Aku tahu ramai yang menggunakan adobe reader untuk membuka fail berformat PDF. Mungkin ramai diantara kita yang pernah mengalami kelembapan atau rasa “berat” untuk scroll down bila membaca fail PDF mengunakan adobe reader. Foxit reader adalah alternative kepada adobe reader. Fail yang sangat kecil dan ringan. Foxit reader ni sangat pantas. Aku dah lama menggunakan foxit reader kerana ia laju dan mudah selain ia adalah free.

PhotoFiltre

PhotoFiltre

Download linkhttp://photofiltre.free.fr/utils/pf-setup-en-652.exe

PHOTO FILTRE : Photo filtre ini adalah percuma. Aku telah lama menggunakannya untuk mengedit warna, saiz dan macam macam lagi. Dalam blog wanwidget.com ni semua imej menggunakan 100% photo filtre. Percuma, ringan dan mudah digunakan. Jangan risau untuk mengunakan kerana aku telah lama menggunakan software ini.

KMPlayer

KMPlayer

Download linkhttp://cdn.kmplayer.com/KMP/Download/KMPlayer_EN_3.0.0.1441_R2.exe

KMPLAYER : Software KMPlayer adalah software yang sangat terbaik bagi aku. Kebanyakkan dari kita mesti menggunakan windows media player atau real player atau power DVD atau VLC Player. Bagi aku yang telah menggunakan kebanyakkan player software aku boleh katakan yang KMPlayer adalah yang terbaik. Sebab? KMPlayer sangat mudah digunakan, interface yang simple, tidak perlu install codec, mampu memainkan pelbagai format video dan lagi mampu memainkan video berserta subtitle yang didownload dari laman web spt “srt”.

Dengan 3 software yang aku nyatakan diatas diharap mampu menyelesaikan masalah yang biasanya kita hadapi. Kebaikkan software diatas aku dapat simpulkan sebagai ringan, percuma, fungsi yang tidak terbatas, mampu menyaingi product berbayar, dan hebat. KMPlayer terbaik..

Subscribe to Blog Updates

Comments

    • says

      photoscape saya x pernah guna puanbee, tp bila saya tgk mcm fungsi lebih kurang sama bagi benda yang free, kena pakai dua dua baru tau mana ok, hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge