Hari ni aku nak berkongsi trick atau tip tip untuk mendownload secara bijak aka awesome dan hensem. Pada sesiapa yang kaki mendownload movie dan mp3 bolehlah membaca entry ni sehingga habis kerana aku pasti korang akan amalkan kaedah ni secara permanent dan tetap selepas ni, hehehe.

Korang kalau mendownload mesti mendownload macam ni kan iaitu cari secara manual samada melalui blog blog yang menyediakan link download atau melalui torrent. Entry kali ni bukan pasal torrent akan tetapi download secara direct download.

mediafire.com

mediafire.com

Pada korang yang kaki download (movie atau mp3) meh sini aku tunjukkan skill mendownload secara serius best. Memula korang tekan google. Pastu letakkan kod berikut iaitu (site:mediafire.com avril lavigne mkv) pada search engine google.

Kita mulakan tip mendowload dengan mengambil contoh diatas sebagai rujukkan.

site : wajib diletak

mediafire.com : ini terpulang samada fileserve.com, filesonic.com, 4shared.com, wupload.com, freakshare.com atau apa apa pembekal link untuk download. Terpulang pada korang dengan syarat mempunyai link penuh (.com, .net, .org) (wajib  letak)

avril lavigne : tempat ni adalah nama file (movie @ artis) yang korang nak download tu, contoh “KL Gangster”. (wajib letak)

mkv : ini adalah format movie, korang boleh gantikan dengan mkv, mpg, mp3, mp4, avi, wmv atau apa apa saja format (tak wajib letak)

Jiwang.org

Jiwang.org

Ok tip yang ni pulak adalah sama dan sedikit berlainan dan untuk orang yang tak berapa nak reti menggunakan mediafire.com sebagai contoh. Kita ambil kod contoh seperti diatas iaitu (site:mediafire.com avril lavigne mkv).

Dibahagian mediafire.com tu korang boleh gantikan dengan nama blog atau website yang menyediakan link untuk mendownload movie seperti jiwang.orgzulmovie.blogspot.comjieazzmovie.net atau mana mana blog yang korang suka. Dan yang bahagian “mkv” tu korang tak payah letak pon tak apa. Dan lihat hasil diatas (gambarajah) menunjukkan link terus kepada page yang korang nak pergi tu. Tekan link dan kemuadian tekan link download yang dibekalkan oleh blog tersebut.

Dengan cara ni korang nak download movie, mp3, pdf, software mesti tak der hal lah. OK selamat mendownload…..

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)