Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin
Seperti yang aku lakukan terhadap blog ini iaitu kempen sebulan sebuah buku (untuk diri sendiri). Kali ini aku terlambat sedikit untuk me “review” buku untuk bulan ini. Buku yang akan aku tunjukkan ialah buku yang ke-7 untuk kempen kali ini. Tujuan kali ini bukanlah untuk me-review buku yang akan dipamer kan akan tetapi lebih kepada penceritaan mendatar dan sedikit pandangan terhadap buku ini.
Buku yang di maksudkan adalah buku tulisan dari Dr Danial Zainal Abidin. Secara asasnya untuk kepada sesiapa yang tidak kenal akan ustaz ini, aku galakkan korang untuk menonton ceramah agama beliau di youtube untuk mengenali peribadi dan cara beliau berhujah dahulu. Ini bagi memberi kesan imej “jatuh hati” dengan cara pandang, pandangan beliau terhadap sesuatu isu dan korang akan langsung akan jatuh cinta juga dengan buku buku beliau.

Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin
Buku-buku diatas adalah antara buku yang aku ada dalam simpanan. Setakat ini belum habis membaca. Insyaallah kalau aku habis membaca mungkin aku akan membuat review khas yang kritis terhadap buku buku ini.
Apa yang aku suka terhadap ceramah dan buku beliau ialah bagaimana beliau cuba menerangkan sesuatu isu atau persoalan dalam kehidupan kita dengan memberikan jawapan secara jelas dan terang. Isu remeh temeh, isu khurafat, isu lemahnya pemikiran umat kita, isu jumud dalam pemikiran kita, isu bagaimana kita melihat sesuatu isu, isu sains dalam islam dan berbagai lagi.
Setakat ini kupasan Quran Saintifik dalam bahasa melayu sangat menarik. Kita akan melihat bagaimana Al-Quran itu mengatasi sains. Buku Minda Muslim Super, Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden dan Buku Quran Saintifik mampu memberikan kebanggan pada kita sebagai orang Islam. Membaca mampu meningkatkan prestasi otak sambil menghilangkan pemikiran jumud di minda kita. Jom baca beramai ramai
Antara Buku Yang Telah Di Review :
1. Nota Jutawan Nota Motivasi – Irfan Khairi , 2. Yakjuj & Makjuj – Bencana Disebalik Gunung
3. Travelog Turki Bumi Khalifah , 4. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
5. Biar Orang Cina Pimpin Islam , 6. Millionaires are from a different planet
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

mak aih..bila tngok koleksi buku juan..tetiba terpk..lama nya chii x beli buku ilmiah camni..kalo dulu..slalu beli majalah info je..kalo yg berilmu2 camni..pinjam kat library je…hurm..vid nya pun x pernah tgk..adeih..asyik sangat layan korea je…:p
chii recently posted..Selamat Hari Tua