Cerpen – Matahari Disebalik Awan
Inilah cerpen ku yang kedua selepas cerpenku akan Hujan Renyai, Kulihat jam ditanganku sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku tahu yang malam akan kunjung tiba. Kulihat sekelilingku yang hujan renyai baru sahaja membasah bumi. Seperti yang sebelum ini.
Oh hujan, hadirmu membawa rahmat pada sekelian alam, sejuk dingin seperti selalu. Angin bayu segar menyapa pipiku. Pelan pelan sebelum malam menjelma, ku lihat Matahari Disebalik Awan. Sangat indah, Cahaya fatamorgananya menyinar disebalik awan, jarang jarang dapat dilihat.

Matahari Disebalik Awan
Aku mendongak ker langit, melihat cahaya cahaya yang berselerakkan. Baru aku sedar, yang selama ini aku hanya mendongak kehadapan dan mendongak kebawah. Amat dan sangat jarang untuk aku mendongak ker langit, memerhati ciptaan Allah yang maha esa.
Kulihat dikiri ku, pelangi sama sama muncul untuk memberi seri pada matahari disebalik awan. Sempat juga dua fenomena ini menyentap jiwa dan mindaku. Aku seorang yang puitis dan beginilah aku melihat dunia iaitu dari kaca mata seorang berjiwa puitis. Adakalanya sahabatku menegurku yang mengatakan melihat sinar matahari dikala petang sangat tidak baik. Benarkah? Aku tidak tahu akan hal itu. Yang aku tahu ia sangat cantik sebab ia ciptaan Allah yang maha esa.
Aku tersedar, kadangkala tidak semua manusia sama dan mampu melihat dari sisi apa yang kita lihat. Mereka melihat A dan aku melihatnya B. Tapi tidak kisahlah, asalkan apa yang aku suka itu tidak merosak dan membebankan manusia lainnya. Aku bersyukur pada Allah kerana menyinari hidup aku dikala ini dengan sinaran hangat Matahari Disebalik Awan….
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

Tulis panjang sikit..
ahmadyani recently posted..Kehidupan Tanpa Duit