Sekarang aku tengok tengah hangat pasal google pagerank aka google PR. Tahniah kepada rakan blogger seperti http://pacifista.my/, http://www.forblogger.net/http://emilayusof.com/ dan lain lain yang berjaya mendapatkan PR4. Naik banyak korang yer, hehe. Aku masih ditakuk lama iaitu masih lagi PR2. Kalau korang nak tau aku memang bercita cita nak naikkan PR blog ni sebelum  hujung tahun ni tetapi ada beberapa masalah yang melanda.

google-pagerank

google-pagerank

Blog aku sejak akhir akhir ni iaitu sejak 3 bulan terkhir ni selalu sangat bermasalah iaitu kelajuan blog menurun dengan amat ketara. Kekadang laju, kekadang slow sesangat. Kekadang dua tiga hari slow terus. Bayangkan nak masuk dalam admin blog sendiri pon slow, apekejadahnyer.

Aku telah membuat laporan kepada hosting aku mengenai lembabnya loading blog aku. Dan ini kali yang keempat aku membuat laporan yang sama. Dan nampaknya mereka mengatakan yang blog aku bermasalah berpunca dari script atau plugin didalam blog aku. Tetapi yang peliknya kalau disebabkan script atau plugin yang bermasalah mestilah blog aku sepanjang hayat lambat. Tetapi blog aku kekadang laju, kekadang lambat, pelik bukan?

Aku telah deactivated 100% semua plugin aku dan blog aku masih lagi lambat. Aku try buka diofis tempat aku kerja pon sama. Blog aku lambat. Akhirnya pihak hosting aku mencadangkan blog aku diletakkan ker server yang lain. Dan memang aku rasa itulah apa yang aku fikirkan selama ini. Masalah ini mungkin datang dari server? Pihak hosting akhirnya menukar server blog aku ker server yang lain. Dan pagi ni aku dapat rasakan blog aku kembali pulih. Adakah server menjadi salah satu punca selama ni?

Kedudukan PR yang tidak berubah bagi blog aku berpunca dari slow nya blog aku yang telah menyebabkan aku kurang blogwalking, kurang buat entry dan kurang rempah ratus dalam blog aku. Kalau dalam hari ni blog aku menunjukkan prestasi yang baik dalam sehari ni, aku akan kembali semangat untuk meneruskan aktiviti blog. Selamat maju jaya dan tahniah pada kengkawan blogger yang lain yang berjaya mendapatkan pangkat dari Pakcik Google yer, hehe.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)