Salam sejahtera kepada semua pelawat wanwidget.com. Kali ini aku ingin bercerita mengenai contoh resume atau panduan menulis resume atau cara cara membuat resume kerja dan yang sama waktu dengannya dan juga Pengalaman Interview Kerja. Pengalaman interview kerja pula akan aku kongsikan soalan soalan temuduga kerja dan tips tips berjaya dalam interview kerja. Apa yang aku ingin kongsikana bukan lah kaedah dan tips yang terbaik yang aku pelajari dan ingin dikongsikan kepada semua akan tetapi sejarah dan pengalaman aku sebagai perkerja swasta yang banyak kali berpengalaman dalam membuat Resume dan menghadapi Interview Kerja.

Aku adalah perkerja swasta disyarikat besar elektronik di Penang. Sangat sayang untuk aku tinggalkan syarikat ini sekarang disebabkan suasana kerja yang flexible dan sangat selesa. Kenapa aku katakan flexible, ini adalah kerana aku berkerja hanya 15 hari sahaja dalam sebulan dan 15 hari yang lain aku boleh tidak hadir atau hadir dengan claim OT (overtime). Dan kenapa aku katakan selesa, ini adalah kerana aku kerja duduk 24jam dibawah aircond dan seorang perkerja satu PC dan capaian internet 24jam. Sambil kerja sambil berinternet, hehehe. Kalau kerja malam pula, sambil buat kerja sambil layan movie dan lagu di youtube. Tak ker heaven tuh, hehehehe. Kepada yang tercari cari kerja pasti mahukan contoh resume lagi lagi Contoh Resume Bahasa Melayu yang sangat dicari sekarang.

interview - image is taken from google

interview – image is taken from google

Eh apa aku melalut nih. Ok. Sebenarnya pertama kali untuk aku mulakan kerja dan ingin membuat resume aku memang zero la masa tuh. Aku mencari cari panduan Contoh Resume Terbaru di internet dan meminta bantuan kawan yang sudah berkerja untuk diambil cara dan teknik teknik membuat resume. Setelah kaji dan buat sana sini, apa yang aku lihat adalah, cara cara untuk membuat Contoh Resume Lengkap ada sangat banyak dan sebenarnya sangatlah mudah.

Ada banyak bentuk resume, dan aku punya resume sangatlah simple. Walaupun resume kerja aku simple, tetapi pengalaman aku resume aku yang simple inilah yang telah melayakkkan aku untuk diinterview sana sini, hehe. Aku rasa resume aku bukanlah power mana pun akan tetapi “mungkin” cara susunan resume aku simple dan mudah difahami. Ini berdasarkan pengalaman aku la. Walaupun begitu setiap orang sangat berbeza resume dan berbeza pula pengalamannya dalam menghadapi interview.

Dibawah ini adalah contoh resume kepunyaan aku bagi muka surat pertama dan kedua. Korang boleh klik pada gambar untuk besarkan gambar

Resume Kerja - Page 1 and Page 2

Contoh Resume – Page 1 and Page 2

Dan dibawah ini pula adalah sambungan contoh resume kepunyaan aku bagi muka surat ketiga dan keempat. Jumlah muka surat bagi resume aku adalah 4 muka surat. Sila klik pada gambar untuk besarkan.

Contoh Resume - Page 3 and Page 4

Contoh Resume – Page 3 and Page 4

Kalau korang perhatikan, resume kepunyaan aku untuk memohon kerja dan untuk menghadapi interview tidaklah sedetail mana. Yang penting cukup maklumat yang diperlukan untuk pihak penemuduga faham akan posisi pemohon. Perkara paling penting dalam resume adalah Maklumat Pengenalan Pemohon, Pendidikkan dan Kesukanan Pemohon, Objektif Pemohon, Jenis lesen pemohon (ikut situasi jenis perkerjaan), Kekuasaan Kemahiran dan Bahasa Pemohon, Pengalaman Perkerjaan Pemohon dan Rujukan Pemohon (bagi menguatkan identiti pemohon).

Setakat ini aku telah hampir melalui pengalaman hampir 7 kali temuduga/interview. Perasaan pertama sangat risau, takut dan gugup/nervous. Sesetengah interview ada memberikan soalan soalan yang perlu dijawab diatas kertas sebelum melalui proses interview. Kekadang juga kita akan menghadapi samada seorang atau dua orang interviewer sekaligus. 

Soalan asas atau basic yang akan ditanya selalunya adalah (resume bahasa melayu)

1. Sila terangkan mengenai diri anda (Nama, Umur, Tempat Belajar, Kelayakkan Paling Tinggi, Bilangan Adik beradik, Tempat tinggal dan Apa yang kita buat sekarang)

2. Sila terangkan pengalaman kerja anda. Kalau fresh graduate selalunya akan ditanya akan “Final Project” last year anda atau ditanya “knowledge” anda berkenaan “Course” yang anda ambil semasa study dahulu

3. Terangkan secara detail A-z apa yang anda buat di tempat kerja

4. Kekuatan anda dan Kenapa anda inginkan Kerja Tersebut

5. Kenapa anda minat dengan kerja yang anda pohon

6. Soalan management

7. Jumlah gaji yang anda minta

8. Kenapa anda rasa layak bagi jawatan tersebut

9. Bila boleh mula berkerja

10. Tunggu jawapan dari HR untuk menunggu keputusan anda (lulus/gagal).

Secara Keseluruhan semasa proses interview, hanya kepetahan dan keyakinan anda menjawab soalan menjadi punca kita layak mendapat perkerjaan tersebut.

Apa pun yang aku ceritakan diatas hanyalah secebis pengalaman aku yang ingin aku kongsikan. Kemungkinan besar ramai yang mempunyai pengalaman dan resume yang berbeza dengan satu sama lain. Sediakan resume dengan betul dan persiapkan diri dengan ilmu dan ditambah dengan keyakinan mampu membawa kita berjaya dalam Interview Kerja. Untuk contoh resume ini korang boleh emailkan kepada aku dan insyaallah aku akan berikan contoh kepada korang. Ini dalah resume kerja yang aku gunakan dan korang boleh edit mengikut kreativiti sendiri.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)