Bedasarkan Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2011 sebelum ini, hari ini melalui berita harian, telah pun mengumumkan Dividen ASB 2011Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Bagi aku peningkatan sebegini pasti mengembirakan para pemegang pemegang unit amanah ASB kan. Maknanya jumlah keseluruhan adalah 8.8.

dividen asb 2011

dividen asb 2011

Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Berita ini pasti melegakan kebimbangan dan memecahkan teka teki akan berapakah keuntungan yang akan diberi oleh PNB kepada pemegang ASB. Tidak minta banyak atau lebih, asalkan tiada penurunan sudahlah. Alhamdullillah…… :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)