Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2011

Selamat petang kengkawan para blogger sekalian. Hari ini aku nak post entry berkenaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Entry ringan untuk hari ini. Aku pasti ramai dari kita lebih lebih lagi yang melayu mempunyai Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Nasional (ASN) kan.

Umum mengetahui yang sebelum hujung tahun ini akan bermulanya pengiraan dividen bagi ASB dan ASN. Sebelum tibanya hujung tahun iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menangguhkan urusan jual beli unit amanah pada 21 Dec 2011 hingga 2 Jan 2012 dan untuk Amanah Saham Nasional (ASN) pula penangguhan urusan jual beli unit amanah akan bermula pada 27 Dec 2011 hingga 2 Jan 2012. Pembukaan semula urus niaga bagi kedua dua unit amanah ini akan bermula pada 3 Jan 2012.

Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2011

Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2011

Aku tahu ramai dari kalangan kita iaitu melayu mempunyai pendapat yang berbeza terhadap ASB atau ASN. Ada yang kata haram, ada yang berpendapat makruh. Apa pun pendapat memasing, aku sedia menerimanya. Bagi aku ASB tiada masalah, memang ada yang kata tak ok disini dan sana akan tetapi aku berpilih kepada menerima ASB akan hal yang lebih besar iaitu “kemaslahatan” kepada suasana di Malaysia yang lebih besar. Aku tidak mahu mengulasnya disini. 

Aku hendak mengingatkan disini pada sesiapa yang bercadang hendak menambahkan unit amanah mereka sebelum hujung tahun ini eloklah berbuat segera sebelum tarikh penangguhan bermula. Sebab rugi rasanya jika kita masuk unit amanah awal tahun kerana kita akan kehilangan sebulan dividen. Pada kawan kawan yang masuk ASB dan ASN ini, berapakah agaknya dividen ASB dan ASN yang akan kita terima pada tahun 2011 ini?

Comments

  1. b3njy says

    kebaNyakan penduduk kampung Benjy melabur di ASB atau lebih dikenali dengan ‘buku merah’ sekarang ni dah jadi buku biru dahhh … kalau mereka nak tunjuk harta cair selalu mereka berlawan siapa lebih banyak ASB.
    b3njy recently posted..ABSTRAK – PART I

    • says

      rugi sebulan itu untuk orang yang melaburkan duit pada bulan satu tahun depan, kalau pada bulan 12 maka bulan satu sudah dikira untung sebulan

  2. syaz says

    saya baru saja nak masuk rugi xmasuk dari sek lg sb xda pendedahan tentang ni .. tapi boleh ambik/ kluarkan duit asb kita tu nanti ke.. kena tunggu 10 tahun.. saya perlukan penerangan mengenai asb

    • says

      xda lah, duit asb boleh masuk dan keluar hari hari, xda masalah, tp x galakkan, tujuan asb bagi menjana pendapatan tambahan dari jumlah yg kita simpan selama setahun, xda istilah 10 tahun atau apa apa, dia mcm akaun bank kita, duit keluar masuk hari hari

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge