Projek Hari Jumaat
Mood agak buzy sejak dua tiga minggu ini. Aku nak buat beberapa perkara dihari jumaat ini yang aku panggil sebagai Projek Hari Jumaat. Sebenarnya esok aku ada jemputan untuk menonton perarakkan dan perbarisan perajurit muda TUDM sempena tamat latihan mereka selama 6 bulan dan bulan 12 ini adalah bulan yang terakhir mereka sebelum diserapkan ke kem kem dan jurusan jurusan yang telah mereka pilih. Salah satu Perajurit Muda yang bakal membuat persembahan esok itu adalah adik aku sendiri, hehehe. Nanti esok aku akan update entry berkenaan ini.
Ok berbalik kepada tajuk asal kita iaitu Projek Hari Jumaat. Sebenarnya entry ini biasa biasa sahaja sempena nak menunggu “Major Entry” esok. Sebenarnya hari ini aku nak buat beberapa perkara sebelum tibanya hari esok.

Nasi Goreng Ayam Kunyit
Petang nanti aku nak pekena Nasi Goreng Ayam Kunyit, korang kalau tengok gambar pon dah rasa terluir kan, hehe. Aku memang suka nasi goreng ayam kunyit ini. Dengan sayur kacang panjangnya dan ayam kunyit yang memang terasa kunyitnya, kenyang dan sedap sehingga menjilat jari…

Tapai Pulut
Antara makanan pencuci mulut yang aku suka pula adalah tapai. Tapai ada dua jenis, satu tapai ubi dan satu lagi tapai pulut. Aku paling suka tapai pulut. Susah nak cari orang jual tapai ni. Kat sini cuma ada satu kedai sahaja yang jual. Setiap kali beli nasi komfem tapai pulut ni aku beli sekali. Paling kurang 4 bungkus tapai pulut ni aku sambar..

Duit Syiling
Sebelum pekena nasi dan tapai tu, pagi tadi aku cuba la untuk menukar duit syiling aku yang dah tidak terkawal dah pengeluarannya kat rumah aku ni. Memula aku cuba untuk menukarkan duit syiling aku dengan pihak Maybank tetapi gagal kerana pihak Maybank meminta akaun maybank sedangkan aku tiada akaun Maybank. Aku cuma ada akaun CIMB. Disebabkan aku ada akaun CIMB maka aku bergegaslah ker CIMB tetapi lagi malang apabila pihak CIMB mahu aku mengasingkan setiap duit syiling, 10sen, 20sen, 50sen harus diasingkan terlebih dahulu sebelum boleh menukar di CIMB kerana CIMB tiada mesin pengasing, Adehhh… macam macam hal lah… Saper nak tolong aku asingkan duit syiling yer ……

Koleksi Buku Buku - Sebulan Sebuah Buku
Pada sesiapa yang rajin memfollow blog aku ini pasti perasan yang blog aku setiap bulannya menjalankan Kempen Sebulan Sebuah Buku, dan aku akan memilih atau membeli sebuah buku untuk direview dan dikongsikan bersama pembaca blog aku. Diatas ini adalah sebahagian koleksi koleksi buku buku kepunyaan aku dirumah.
Rasanya cukuplah entry pendek aku ini untuk hari ini sementara menunggu entry besar aku yang akan aku tuliskan untuk 2-3 hari lagi. Nantikan segmen segmen dan contest yang akan aku jalankan untuk pertama kalinya…….
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

Lupa nak cakap,kalau nak tukar syiling kat bank mmg kena asingkan he3..pernah terkena dulu.
azman recently posted..Gendang Perang sudah bermula