Review dan Sinopsis Filem Songlap
Semalam baru sahaja aku berkesempatan menonton Filem Songlap. Disini aku akan bawakan Review dan Sinopsis Filem songlap. Rasanya sebelum aku upload gambar dan mereview dari aku ada baiknya aku kongsikan dahulu Sinopsis Filem Songlap ini yang diambil dari “http://www.songlapmovie.com”. Apa pun jom layan Review dan Sinopsis Filem Songlap dari aku….

Barisan Pelakon Filem Songlap
Barisan pelakon bagi filem Songlap Iaitu Shaheizy Sam, Sara Ali dan Syafie Naswip
Dibawah ini adalah Sinopsis bagi Filem Songlap
——————————————————————————————————————————————————
Dibawah ini aku akan letakkan gambar babak babak dalam filem Songlap yang aku ambil dari google….

Am ketika bermain judi
Antara babak babak awal dalam filem songlap iaitu Am (Shaheizy Sam) yang suka bermain judi. Selalunya kalah dalam bermain judi dan berhutang pula dengan kawan.

Tauke Pemerdagangan Wanita
Yang berbaju merah dan bertopi tu adalah tauke atau sindiket pemerdagangan wanita iaitu jual perempuan dan penjual bayi. Watak dia dalam citer ni tak banyak dan tak besar akan tetapi dia salah satu nadi yang besar dan memberikan kesan “jalan cerita utama” didalam filem songlap ini. Am bekerja dengan “sindiket” ini sebagai pekerja bawahan dan hasil dari kerja inilah digunakan untuk sara hidup Am dan Ad dan juga untuk berjudi.

Normah dan Fauzi Nawawi Dalam Songlap
Watak Fauzi Nawawi dalam filem ini adalah pendek akan tetapi ia memainkan peranan bagi memberikan nafas “Lawak dan Kelakar” dalam filem ni. Fauzi Nawawi adalah “Bapak Ayam” didalam filem songlap ni. Kalau nak tau kata kata dan lawak yang ditutrkan oleh Fauzi Nawawi, korang pi lah tengok sendiri.

Ad dan Ibunya (pelacur)
Aku tak berapa pasti didalam babak ni, akan tetapi aku rasa perempuan didalam gambar (Normah) ini adalah ibu Am dan AD. Normah bekerja sebagai pelacur. Ad ingin berjumpa normah dan hanya ingin “berbual bual” sahaja. Dalam masa yang sama Normah tidak tahu yang AD adalah anaknya. Sampai habis filem pon Normah tak tau yang AD anaknya. Yang dia tahu, kalau AD nak berbual Ad kene bayar RM30 untuk 30 minit untuk berbual…

Sara Ali Selepas Melahirkan Anak nya
Hawa (Sara Ali) baru sahaja melahirkan anaknya. Kurang pasti anak tu anak siapa, akan tetapi “hint” dalam cerita ini mungkin anak Hawa adalah anak haram hasil dari perbuatan bapanya sendiri, aku tak pasti. Ad ingin membantu hawa sebab Hawa adalah adik kepada kawan lelakinya. Ad tidak ingin melihat anak hawa dijual kepada sindiket dan Hawa dijadikan pelacur. Ad ingin menolong Hawa. Hawa bersetuju… . (Sebelum itu, ingin mengingatkan, Hawa melarikan diri dari keluarga dan bapanya, dan disebakan larikan diri itulah hawa terjumpa Ad iaitu kawan kepada abangnya, Abang hawa iaitu kawan Ad telah meninggal dunia disebabkan dadah)

Hawa dan Ad melarikan diri
Ad dan Hawa melarikan diri dari hospital tanpa pengetahuan Am(Shaheizy Sam), Am sangat marah dan ingin menjejaki adiknya iaitu Ad. Perbuatan Ad sangat membahayakan Am sebab Sindiket Pemerdangan Manusia sangat marah dan akan membunuh Am jika Hawa dan Bayi kecil tidak dipulangkan.

Ad mengajak abangnya Am untuk melarikan diri
Apabila Am menjumpai adiknya iaitu Ad, Am sangat marah dan menyuruh adiknya memulangkan Hawa dan Bayi kepada sindiket. Ad memujuk abangnya iaitu Am untuk sama sama berhenti dari kegiatan tidak bermoral itu dan melarikan diri bersama sama dengan mereka. Ad memujuk abangnya untuk memulakan hidup baru ditempat lain. Am rasa marah dan dalam masa yang sama rasa serba salah kerana sayangan adiknya iaitu Ad.
Untuk sambungan dan kesudahan cerita ini aku galakkan korang pergi menonton wayang la kalau nak tahu kesudahan cerita songlap ni. Ker korang nak tunggu para para uploader untuk mengupload Filem Songlap ni untuk Men Download Filem Songlap. Download Filem Songlap? Bagi aku baik pergi menonton Filem Songlap ni dipawagam dari mendownload kerana cerita ni best. Best macam mana? Baca dibawah…
Kesimpulan bagi Filem Songlap. Setiap filem ada keseronokkan yang tersendiri. Kita tak boleh katakan “hanya cerita aksi” yang seronok. Kita tak boleh katakan “hanya cerita seram” yang seronok. Kita tak boleh katakan “hanya filem komedi” yang seronok. Kita tak boleh katakan “hanya filem cinta” yang seronok. Setiap filem ada keseronokkan yang tersendiri. Kita mesti mampu menilai filem itu sendiri dari segi skripnya, jalan ceritanya, sinematografinya, penghayatannya dan lain laian yang perlu diambil kira dan kriteria.
Filem Songlap bagi aku filem ini “Slow” dalam jalan cerita. Akan tetapi filem ini sangat baik dalam Isu Realitinya, Penghayatannya, Kesan kekeluargaannya, emosinya, wataknya, sudut sinemagrafi kamera dan visualnya, kesan melodramanya, dan lain lain. Senang cerita, Filem Songlap ini slow tetapi Terbaik dari semua segi, best dan berjaya menambat hati aku untuk “beri kesan feeling realiti kehidupan” kepada penonton.. Syabas….
.
.
JOM TENGOK TRAILER BUJANG TERLAJAK YANG DIRAKAM DI PAWAGAM. VIDEO PENDEK DAN SUKA SUKA
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013
This entry was posted by Juan on December 22, 2011 at 8:04 am, and is filed under Movie. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
review ok juan tapi kenapa ada keterangan yang tak pasti macam main teka teki…ada juga tengok promo songlap…nampak adik lebih matang dari abang dalam cerita…insyaallah pergi tengok sebab adik nak tengok
azura recently posted..Tentang Diapasal keterangan yg x pasti memang ada dalam cerita ni, tu yg saya pon x pasti, hehe. Yang tak pasti ada dua:
1. babak Ad dengan pelacur – x sure samada pelacur tu mak dia atau x, macam mak dia, tp dia x cakap
2. Hawa mengandung, awal awal cerita mcm tu, bila hanya tanya anak sapa, bapa dia x jawab
so dari sini kes kat atas tu memang mcm x sure, hehe
Baca reviewnya pun dah rasa seronok. Memang kena tonton cerita ni..
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #20tgk dia punya sinopsis pastu promotion besar2an citer ni pun da bleh agak..lagi plak pelakon yg menjayakan pun boleh tahan …cuma masa utk tgk belum ada la plak
chii recently posted..Sifat Yang Menghilangkan Bahagia Di Hatifilem yang menarik untuk di tonton, tapi kekangan masa, byk assignment, project paper yang belum disiapkan. Dah byk filem yg terlepas utk ditonton. Tgk kepada keadaan skrg, filem ni aku akan terlepas peluang utk menonton di pawangan.
kimmie recently posted..Aplikasi Mesej Keselamatan khas untuk wanitaaku kurang sikit ler dgn pelakon sazzy asam nih.. entah ler kenapa.
agaknya pasal dia ketot kot.. hik3.. (kidding)
nurmisnan recently posted..Takziah untuk kartunis RonasinaTengok trailer macam menarik, sinematografi nampak mantap. Tapi bila baca review, nampak macam penulisan cerita untuk filem ni tak berapa elok.. Ini sama ada reviewer sendiri yang review macam ni.. atau filem ni sendiri memang macam tu.. apa pun terima kasih atas review dan akan pi tengok kat wayang secepat mungkin untuk kepuasan diri sendiri.. hihi
Shidi recently posted..Photo Shoot HighlightWaaa ko dh buat review pilem songlap laa…aku tah rasanya jauh lagi nk gi panggung …
yas recently posted..Happy Birthday Buat Kamu..Kamu…Dan…apa lagi terjah
sharinginfoz recently posted..Beratur Berjam-jam untuk Beli Duit Kertas Malaysia BaruTq for sharing

Qaseh Gifts recently posted..Fridge Magnets – Cenderahati Mudah / Fridge Magnets – Easy SouvenirsMemang menarik. Lagi pun teman baca dalam Paper pun, citer ni diberi komen yang best oleh pengkritik filem ni. Teman nak tunggu DVD Songlap ni kluar. Nak tgk wayang pun tak tau bile…huuhu
ahmad kamil recently posted..Bila masuk tahun baru…………..benggong mana link downloadnya, sial la..
luqman hakim recently posted..SUTERA CINTA TV1 ( DOWNLOAD)- #37 written by sy 1 year ago
cerita ni memang dah lama tapi tertengok orang review cerita songlap. nak tahu juga apa kata orang lain. bagi saya, filem ni memang slow. tapi apa yang menariknya tu, isu semasa yang di bawa dalam cerita tu. realiti kehidupan juga. jadi pendek kata, ok la juga. hehe
Naziman recently posted..Cara basic lajukan laptop- Comment Feed for this Post

macam tu kisahnya
aku ingatkan songlap duit rasuah
hehe
tehr recently posted..Keputusan PMR 2011