Drama Gemersik Kalbu dan Drama Bicara Hati
Begitu banyak drama drama melayu yang disiarkan di televisyen sama ada TV3 mahupun di Astro. Dan ramai juga para uploader yang rajin mengupload drama drama ni ke youtube. Orang yang macam aku yang sangat jarang menonton televisyen ini memang bergantung pada youtube untuk mengetahui drama atau movie movie yang terbaru. Secara asasnya aku kurang menonton drama drama ni, akan tetapi banyak betul blog blog sana sini yang menghebahkan akan drama drama terbaru sama ada best atau pun tidak, secara tidak langsung aku pun mencari cari samada drama drama yang dihebahkan itu di youtube untuk mengetahui samada sedap atau pun tidak.
Secara asasnya aku sangat sukakan drama sekarang sebab banyak drama sekarang diangkat dari novel novel lama dan baru yang terkenal. Malah novel novel lama yang diangkat menjadi drama yang top mampu memberi kesan yang positif terhadap industri buku novel melayu dan mengangkat martabat ketahap yang baik. Penjualan novel juga meningkat. Satu perkembangan yang baik dalam memberi penghargaan kepada penulis novel tersebut.

Gemersik Kalbu
Drama terbaru iaitu Drama Gemersik Kalbu dan Drama Bicara Hati sedang ditanyangkan di televisyen. Pertama kali menonton Drama Gemersik Kalbu memang dah tertarik. Adehhh, jiwa kental macam aku pun boleh ditarik untum menonon Gemersik Kalbu ni. Setahu aku Gemersik Kalbu ni dari Novel Gemersik Kalbu juga. Walaupun ada dengar cakap cakap sana sini yang kebanyakan rancangan TV tidak ikut 100% dari novel menyebabkan ada yang kecewa dan ada yang boleh terima. Tapi bagi aku, itu kira adatlahkan sebab rancangan TV dibuat sesuai dengan apa yang hendak disampaikan juga.
Gemersik kalbu dilakonkan oleh Ayu Raudah dan Aqasha sebagai watak utama. Setakat ini drama baru memasuki episode 8. Drama gemersik kalbu ni baru nak start panas enjin start episode 8 nih, ape ape halpun nantikan episode seterusnya..

Tentang Dhia
Drama sebelum ini iaitu Tentang Dhia juga antara drama yang best. Aku follow cerita tu dari awal sampailah habis. Tahniah jalan cerita yang menarik dan pelakon pelakon yang memberikan lakonan yang terbaik.

Drama Bicara Hati
Haa, Drama Bicara Hati juga drama yang best walaupun baru memasuki episode yang kedua. Biasalah drama melayu tak macam drama dari indonesia yang panjang berjela jela tuh. Serius aku tertarik dengan jalan cerita ni. Lagi pun watak watak dalam drama Bicara hati bagi aku semua pelakon pelakon baru dan berjaya membawa watak dengan baik. Ape ape pun jalan cerita memang best..

Movie Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu telah diwar warkan disana sini. Majoriti mengatakan filem ni best dan sebagai bukti dari itu hasil kutipan filem Ombak Rindu mencapai RM10.9 juta. kalau dah kutipan tinggi macam tu tentulah filem ni antara yang terbaik. Aku tak sempat nak menontonnya. Cuma sempat membeli DVD untuk menonton nanti.
Serius aku segan giler masa dah beli DVD ombak rindu untuk tonton bersama mak dan adik perempuan aku kat kampung. Ingatnya masa nak tengok tu nak layan kat TV LCD 42″ kasi layan habis. Sekali aku tak tau plak ada “babak ranjang” dimasa awal cerita anatara Aaron Aziz dan Maya Karin. Babak tu bagi aku biasa ja tetapi kalau dah tonton movie dengan mak dan adik perempuan tak ke aku jadi keras macam batu kat depan TV tu, rasa macam nak blah jer, hahahaa. Anyway bila dah tonton Ombak Rindu secara keseluruhan, filem ni bagi aku antara filem yang baik dan boleh diperbaiki lagi. Aku bagi 7/10.
Semalam member aku telefon aku, “Wan hang ada kat rumah tak? Internet ada tak kat rumah? Aku nak mai download movie boleh tak?. Aku pun kata “boleh, mai la”, aku tanya lagi “hang nak download movie apa?. Pastu member aku jawab “Weh, hang tau tak drama Gemersik Kalbu, aku nak download Drama Gemersik Kalbu”. Adehhhhhhh, nampak jer muka ganas, tapi layan jugak cerita jiwang jiwang nih, har har har……
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013
No related posts.
This entry was posted by Juan on January 16, 2012 at 4:02 am, and is filed under Movie, Uncategorized. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
jujurnya… bg aku lah…. drama2 melayu atau filem2 melayu 100 years way too small utk menjadi kebanggaan rasmi semua orang.. signifikannya ?? mcm ni….
filem terbaik di malaysia lah, kte ambil ‘KL gangster’
> cerita pasal gangster kan…. smpai bdk2 kat semua tempat terikut2 dgn gaya samsung hape sumefilem yg terbaik lah kat india : 3 Idiots
> apa dia bincang? pembelajaran dan system diorang kan.. betul? motivated gila bila tengok cerita tuhDrama2 yg disajikan kepada penonton, more to cinta n romantik. seperti mana tiada perkara lain dah yg boleh bagi kat penonton, kan?
IMHO, aku sekarang dah suka drama jepun. Drama satu season dlm 10-12 episod sahaja tapi mmg ada isi… recommendation? amik ni :
1. Code Blue
2. Iryu Team Medical Dragon
3. Change
4. My Boss My Hero^^V peace
Aizan Fahri recently posted..Today Is Ahad Bro dan Aku Nak Study WahahahahMy Boss My Hero je yang aku sempat tengok.. yang tu pun best jugak walaupun agak merapu.
Just my opinion, drama jepun ni dia laku sebab dia tak tiru mana-mana civilization yang ada dekat dunia ni.. dia lakonkan seperti mana yang berlaku kat tempat dia (err Jepun pernah kena jajah tak?)
Lain dengan Malaysia ni, kita bercampur aduk, jadi kita tak nampak keunikkannya especially dalam drama, filem, pementasan dll..
Dalam realiti pun macam tu jugak.. Malaysia ni banyak yang copy cat berbanding pioneer (haha ape aku dah merepek ni)
sabree hussin recently posted..Petanda Kecil Kiamat Keempat : Terjadinya Pertempuran Dua Kelompok Besar Dari Kaum Muslimin
bagusla kerana masih ada yang meminati drama melayu,,,
hatiputera recently posted..Download movie Gangster Exchange DVDRip MKV MediafireHehehe….tu la bro…aku ade dengo yg ombak rindu ada adegan rajang….bila sekeluarga nonton…mmg “pelik” la jadiknya…
yas recently posted..Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah – Titan|Earncent.comalamakk… hati ni tak berapa tertangkap ler dengan Gemersik Kalbu ni.. kalau ada masa, tengok. Kalau terlepas pun, tak rasa apa2.. agaknya belum jumpa ‘kick’ kat citer ni
sw33tdarling recently posted..Breakfast: Amekk Kauuu!~drama ni yang msuk paper hari tu, katenya ayu raudhah nervous sikit bila terpaksa lakonkan adegan ranjang.. (apa la nak jadi)
sabree hussin recently posted..Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Pertama : Panduan Memilih Pasangan Hiduptak sempat layan lagi drama ni..
madammondoq recently posted..Aksi Manja Feeling Retis Dengan VOLKSWAGENsaya tengok kedua-dua drama ni gemersik kalbu dan bicara hati…tgk kat youtube…best juga layan drama ni

kimmie recently posted..Pelajar dan perpustakaan – baru betulsatu perubahan juan…bila kita mula minat drama dan filem masyarakat kita sendiri…
azura recently posted..1-800-88-2824 Toll free for rubbish problem in Selangorhaha
muka je nampak ganas
tapi dalam hati penuh taman bunga
tehr recently posted..Ikut Masa Atau Ikut Matabicara hati best!!!! gemersik kalbu maghrib, sempat sempatlah..huhuhuhuhu
Lizz recently posted..SINOPSIS ARIANA MIKHAIL SLOT RATU TV9aku layan drama korea sekarang. The Brain.
Cerita pasal doktor dan politik doktor. Takde bab-bab cinta sangat.
titan recently posted..Komisen ke 10 dari 701panduankakyong support drama melayu..

gemersik kalbu ni tak sempat nak tgk lagi..
bicara hati sempat tgk epi 1, tu pun kat rumah mertua..
kat rumah ni kena cari utube la..
kakyong recently posted..Ingin membantu sahabat blogkat umah takde astro..so mcm ptg td chii layan bicara hati kat youtube je..mmg menarik gak la di ‘hidupkan’ sblm ni sekadar baca novel je
mmg da jadi trend producer2 skrg..adaptasi cerita dari novel je..senang..xyah nak pk jln cerita sgt..drpd dok wt cerita mengarut..last2 mimpu..lgi la kan..ehehe
chii recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolahomak rindu dh tgok,best gak..sip nangis!haha..
tentang dhia ikut mula n akhir,tngah2 byk miss,tp best gak la cerita dia..cuma ending buat skit jiwa.hehe..
bicara hati tak smpt tgok,kt astro kan klu tak slh pernah tgok iklan..klu astro drama berantai mmg tak smpt nak ikut sbb kerja tak tentu masa..
gemersik kalbu layan gakla..part semalam best..arini eva perempuan gemuk.haha..
puan kutu recently posted..Rutin Paling Malasdrama dan filem melayu semakin mantop dan sudah boleh diketengahkan ke luar negara
apaajanews recently posted..TULISAN JAWI,BANGSA MELAYU DAN BANGSA JAWITak minat citer Melayu.. sebab meleret dan banyak unnecessary scenes…
adamfaiz recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah – Versi MRSMmesti ramai orang perempuna akan tengok drama nih..
ohcikgu recently posted..Video Jaringan gol dalam Liga Super 2012 pada 17 Januari 2012banyak novel akan diadaptasi menjadi drama lepas ni dioarang akan buat lagi drama baru karya penulis penulis terkenal dan jugak berdasarkan novel popular..
bukti jalan cerita dari novel yang baik mampu menjadikan filem box office ialah Ombak Rindu.
nuriz recently posted..Tahniah Ally Iskandar dan Farah Lee Nikah Hari NiTeringat nak tengok filem ombak rindu.Isteri dah tengok tapi aku hari tu jual mahal..tak nak tengok. Ada kwn aku beritahu ngan aku filem ombak rindu best. Dia kata lagi kalau ada 5 minit lagi masa tambahan memang gerenti menangis katanya. Nanti bila ada masa free nak tengok juga keebesan filem ombak rindu…
anjangman recently posted..Masalah Blog Selepas Tukar Theme Barusemua x tengok lg..
xde tv kat umahsewa ni..
owner dh amik blk..
huhu…
cik tom recently posted..Selamat Tahun Baru Cinarasanya pengarah filem tempatan dah kekeringan idea sbb tu byk adapasi novel je..huhu
semua tu sy dah baca novelnya, semua dr novel yg best2..nak tengok ceritanya mmg tak minat sbb tau dah mesti tak best mcm novel..heheheh
adele recently posted..Kenangan Lalu di Negara Orangaku dah lama x tengok cite melayu..ad awek cun x?

Wan Gerrard recently posted..Apa yang akan terjadi selepas perpindahan Januari ditutupOmbak Rindu – Belum tengok
Bicara Hati – Tengok episod dua je
Gemersik kalbu – tertengok masa tukar2 chanel di tv. pastu xtengok dah
Kesimpulan : sya kurang minat menonton movie/drama
MEKAR recently posted..Cara Pasang Favicon diblog WordPress- #59 written by win 1 year ago
salam..tertarik nk join psl drama2 terbaru ni..
dulu masa korean wave giler tengok drama korea..tp sejak tgk gemersik kalbu, semua drama melayu sy tgk termasuk latest ariana mikhail..nora danish yg comel tu..
gemersik kalbu yg best tgk lakonan aqasha..suffian yg nakal..ada je helah tp bab helah melampau tu,,mmg semua pompuan marah..:)..tp ths the best lakonan aqasha penah sy tgk.
bicara hati…pelakon sgt sepadan..zahlia tu mmg cantik..suka tengok dia..dan blakon pun selamba jer.
setakat ni tgh layann drama2 ni..tgk kat tonton.com..kalu x sempat..:)
TQ
- Comment Feed for this Post

Bagus ada semangat menonton drama / filem tempatan ni.. Tapi bila sudah terlalu banyak, perlu pilih yang berkualiti..
anif recently posted..Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia Kali Ke 8!