Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012 | Aktiviti Penutup 2011

Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar kita dah pun memasuki tahun yang baru iaitu tahun 2012. Umur pun dah meningkat setahun, hehe. Sebelum aku postingkan Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012 ni adalah lebih baik sekiranya aku mendahului dengan entry dan gambar gambar aktiviti aku pada bulan 12 tahun lepas sebelum menjejakkan kaki ditahun baru 2012 ni. Kiranya aku ingin membuat flash back akan aktiviti aku pada bulan 12 tahun 2011 lepas.

Pada bulan 12 tahun 2011 aku mengambil cuti selama 8 hari. Antara perkara yang aku lakukan semasa balik cuti dirumah kampung, aku mengambil peluang ini untuk berehat setelah lelah penat berkerja selama setahun dibandar yang penuh hiruk dan piruk. Walaupun cuti, itu tidak bermakna aku melakukan aktiviti tidur seharian dan semingguan sehingga tamat cuti, hehe. Jom tengok apa yang aku lakukan semasa cuti 8 hari tu. Tak derlah best mana pon, sekadar entry santai sebelum masuk tidur…. :)

Trip To Pahang

Trip To Pahang

Semasa cuti, antara perkara yang pertama ingin dilakukan adalah percutian ker cameron highlands. Sebelum bergerak ke sana kami beristrirehat dirumah saudara berdekatan genting highlands dipahang. Akan tetapi atas sebab sebab yang tidak boleh dielakkan kami terpaksa membatalkan percutian ke cameron highlands, sedih juga. Akan tetapi ia diubati dengan jalan jalan ke tempat yang lain dipahang juga…

Melawat Dusun Rambutan dan Durian

Melawat Dusun Rambutan dan Durian

Kami melawat ke dusun durian dan rambutan untuk menikmati durian dan rambutan free. Makanlah sebanyak mana yang anda mahu sepuas hati anda. Kalau nak bayar itu terpulang pada kita. Sedap betul durian kat sini. Lagi seronok apabila makan beramai ramai sambil menikmati keindahan alam panorama dusun..

Percutian ke Desaru Johor

Percutian ke Desaru Johor

Selepas balik dari pahang, kami sekeluarga membuat satu trip percutian ke Pantai Desaru Kota Tinggi Johor. Saja nak mengambil peluang ini untuk bersama keluarga dan merehatkan minda sambil melayan ombak ombak besar di pantai Desaru. Dikawasan desaru ni terdapat beberapa pantai yang menarik boleh dikunjungi. Kalau nak tahu permainan “Go-Kart” untuk orang awam pon ada. RM20 untuk 10 minit. Tapi rasanya ia lebih dari 10 minit.

Buah Mata Kucing

Buah Mata Kucing

Selepas balik dari bersantai di Pantai Desaru. Aku melawat sekitar rumah mak ayah. Walaupun rumah taman. Akan tetapi rumah maka ayah aku ni ditanam tanaman buah buahan seperti Buah Mata Kucing, Buah Rambutan, Buah Jambu dan Buah Pelam. Rumah Taman tetapi ada 4 Tumbuhan Buah Buahan disekeliling rumah…. Best…

Kreativiti Kamera dan Software

Kreativiti Kamera dan Software

Handphone Xperia X10 aku ni rupanya ada function “macro”. Aku baru tahu kegunaan “macro” ni. Macro ni mampu membuat imej yang kita inginkan menjadi tajam dan dalam masa yang sama keadaan sekitar menjadi “blurr”. Best la plak fungsi nih.

Kreativiti Kamera dan Software 2

Kreativiti Kamera dan Software 2

Ini Gambar kedua bagi fungsi “macro” yang terdapat dalam Xperia X10. Bila difikrkan balik, rupanya aku ni berminat juga dengan peralatan kamera nih, menarik juga kalau ader skill kan…

Jemput Jemput

Jemput Jemput

Kalau dah balik kampung, tak sah kalau pekena makanan kampung kampung iaitu jemput jemput atau nama lain “cekodok”. Dah lama sangat aku tak makan jemput jemput nih. Pembuatannya sangat mudah. Jemput jemput ni kita makan sambil cicah sos cili maggie pon dah sangat sedap sambil layan movie kat TV, perghhh…

Pulut Kuning Dan Rendang Ayam

Pulut Kuning Dan Rendang Ayam

Sebelum balik selepas habis cuti seminggu, mak ada membuatkan nasi pulut kuning berserta rendang ayam. Makanan ni memang kegemaran aku. Korang tengaklah gambar diatas ni. Aku yang upload gambar ni pon dah rasa terliur balik. Tetiba aku rasa lapar la plak, kat mana la aku nak cari makanan ni bila aku terasa nak makan?

Taman Seri Impian - Aenicia House - Rumah Contoh

Taman Seri Impian - Aenicia House - Rumah Contoh

Selepas pekena pulut kuning dan rendang ayam, aku bergerak untuk pulang ke Utara tanah air, sebelum ke sana, aku melencong sedikit untuk ke Taman Seri Impian. Aku ada beli rumah disini. Alhamdulillah semua proses telah berjaya. Mungkin selewatnya pada bulan Ogos atau hujung tahun 2012 aku akan dapat kunci rumah baru aku. Huhu.. bestnya. Kat atas ni gambar aku berada dalam rumah contoh iaitu Aenicia house.

Kolej Tentera Udara Alor Setar Kedah

Kolej Tentera Udara Alor Setar Kedah

Tahniah pada adik lelaki aku kerana berjaya menamatkan training TUDM di Ipoh. Sekarang pada awal tahun beliau memasuki kursus di Kolej Tentera Udara Alor Setar Kedah untuk mempelajari Teori dan Amali akan aerospace penerbangan. Tahniah buat beliau kerana menjadi kebanggaan keluarga.

Karaoke - To'ki Hampa

Karaoke - To'ki Hampa

Last sekali bila habis semua aktiviti dan sebelum memulakan kerja, aku pi layan karaoke la, hehehe

Korang yang dah penat membaca entry ni (pada yang baca la) bolehlah scroll down untuk melihat kalender 2012 dan cuti cuti umum malaysia pada tahun 2012 ini. Terima kasih semua dan selamat menyambut tahun baru dengan azam yang baru yang membawa tema hari ini lebih baik dari semalam…..bye.. :)

——————————————————————————————————————————————————————————–

Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012

.

Holidays

Date Holiday Applicable to
1 Jan (Sun) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Sat) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 Jan (Sun) Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
23 Jan (Mon) Chinese New Year National
24 Jan (Tue) Chinese New Year (2nd Day) National except Kelantan and Terengganu
1 Feb (Wed) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 Feb (Sun) Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
7 Feb (Tue) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 Mar (Sun) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
6 Apr (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only
15 Apr (Sun) Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Thu) Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 May (Tue) Labour Day National
5 May (Sat) Vesak Day National
7 May (Mon) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Thu) Raja Perlis’ Birthday Perlis only
30 May (Wed) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Thu) Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun (Fri) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Sat) Agong’s Birthday National
17 Jun (Sun) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sat) Georgetown World Heritage City Day Penang only
14 Jul (Sat) Penang Governor’s Birthday Penang only
20 Jul (Fri) Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu only
21 Jul (Sat) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
6 Aug (Mon) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
19 Aug (Sun) Hari Raya Puasa * National
20 Aug (Mon) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Fri) National Day National
8 Sep (Sat) Sarawak Governor’s Birthday Sarawak only
16 Sep (Sun) Malaysia Day National
6 Oct (Sat) Sabah Governor’s Birthday Sabah only
13 Oct (Sat) Malacca Governor’s Birthday Malacca only
24 Oct (Wed) Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
26 Oct (Fri) Hari Raya Haji * National
27 Oct (Sat) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
11 Nov (Sun) Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
12 Nov (Mon) Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
13 Nov (Tue) Deepavali National
15 Nov (Thu) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
22 Nov (Thu) Sultan of Johor’s Birthday Johor only
11 Dec (Tue) Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
20 Dec (Thu) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
25 Dec (Tue) Christmas National

* Subject to change

Malaysia School Holidays 2012, Cuti Sekolah Malaysia 2012
1st Term Holidays
10 March – 18 March Mid-Term Holiday
26 May – 10 June Mid-Year Holiday
2nd Term Holidays
18 – 26 August Mid-Term Holiday
10 November – 2 January 2013 Year End Holiday

Maklumat akan kalender diambil dari http://www.malaysian-explorer.com/malaysia-public-holiday-2012.html dan http://www.onestopmalaysia.com/holidays-2012.html

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge