Memohon Kad Pengenalan Baru | Kehilangan Kad Pengenalan

Malang sungguh, kad pengenalan yang bersama aku sejak tingkatan 1 iaitu 14  tahun yang lepas telah hilang. Puas cari sana sini. Selama 14 tahun itu juga kad pengenalan iaitu IC tidak pernah lepas dari jagaan aku. Tapi kini ia hilang. Aku langsung tak tahu kemana kad pengenalan itu menghilang. Nak tak nak, aku kena juga memohon kad pengenalan baru. Lama sungguh tidak menjejakkan kaki ker Jabatan Pendaftaran Negara. Ambil nombor giliran dan menunggu giliran bila dipanggil.

Tatkala nama dipanggil, aku menyatakan yang aku berkeinginan untuk memohon membuat kad pengenalan baru bagi menggantikan kehilangan kad pengenalan. Terkejut aku dibuatnya apabila menyatakan bahawa kehilangan kad pengenalan dianggap sebagai “kecuaian”. Yep aku mengaku bahawa itu satu kecuaian. Oleh itu, kecuaian itu aku dikenakan denda dan kos bagi menggantikan kad yang baru sebanyak RM110. RM110?. Banyak tuh. Aku ingatkan hanya RM10 jer. Nasib baik baru gaji. Kalau tak, malu juga bila terpaksa “hold” dulu, hehehe

Kad Pengenalan

Kad Pengenalan

Panas betulah, disebabkan hilang, dah RM110 tu melayang. Kita kalau kerugian wang disebabkan sesuatu, pasti kita akan katakan “kalau lah wang tu aku buat itu dan ini kan bagus”, betul tak. Tapi yang tak bestnyer, kad pengenalan aku yang baru ni mereka letak wajah aku yang terbaru iaitu tahun ini. Mana taknya, wajah aku yang terbaru ni hensem sangat tu yang aku malas tuh, hehehe.

Apa apa pun yang terjadi, kehilangan kad pengenalan ni membuat aku menjadi seseorang yang lebih berhati hati dimasa hadapan. Membuat aku lebih menghargai nilai sehelai wang. Ermm, rasanya tahun depan iaitu tahun 2012 ini akan berlakunya pertukaran kad pengenalan yang baru. Televisyen menunjukkan kad pengenalan 2012 akan mempunyai dua wajah dan sistem sekuriti yang lebih ketat bagi menghalang sindiket kad pengenalan palsu dari meniru kad pengenalan terbaru. Errrr…. kene tukar lagi ker kad pengenalan nih, baru jer buat?…….. :)

Comments

  1. says

    salam..
    alhamdulillah..dalam hidup saya tak
    pernah lagi hilang IC..kalau bertukar
    pun semuanya kerana dah nak tarikh
    akhir buat baru..saya agak cermat
    dan sayangkan IC saya..ibarat sebahagian
    dari saya :)

  2. says

    akk pernah kena ragut sampai kad pengenalan hilang , lepas tu .. kena bayar ganti rm170 walopun ada surat aduan dr pej polis .. masa tu tk de blog tk leh lah nak tulis hahaha .. sabar je lah..

    kena ragut bukan salah akk ..

  3. says

    heheh..x pasal2 kena tuka baru kan..tp untuk mykad yg baru ni..kena tuka skali lg kan..dorang upkan lg ciri2 keselamatan kat kad tu..jgn pasni ada yg jumpa kad lama juan..dia wat pinjaman along plak :p
    chii recently posted..Tempayan yang Retak

    • says

      ko duduk sarawak ker bro, aku rasa bukan sebab salah apa apa, lagi pun benda ni kalau boleh buat step by step supaya mungkin system akan berjalan dengan lancar

  4. says

    Tak sabar nak gi buat IC baru. Maklumla gambar lama “jelita sangat”. Tapi biarlah keadaan agak reda. Tak mo berebut2 skrg.

    pst: Bayaran denda yang mahal membuatkan kita rasa lebih menghargai dan berhati-hati
    Mekar recently posted..Amalan Nak Dapat DUIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge