Apalah nasib telefon awam kita. BIla aku buat “roadshow persendirian” keatas jalan jalan di Malaysia, aku melihat satu benda yang aku dah jarang nampak disana sini dan hampir lama tidak terlintas dibenak pemikiran aku ni iaitu Telefon awam aka public phone. Bila terlalu lama tidak menggunakan public phone telah membuat aku tersenyum sendirian ketika mengimbau kenangan zaman semasa menggunakan telefon awam.

Dulu telefon awam banyak yang berwarna biru disebabkan ia disediakan oleh telekom malaysia. Sekarang ni aku tengok banyak yang berwarna warni siap transparent lagi. Akan tetapi satu jer yang masih lagi dari sejak dahulu hingga sekarang ini iaitu perbuatan vandalisme. Susah betul untuk aku jumpa telefon awam yang sentiasa cantik tanpa tulisan dan keadaan yang elok.

Telefon Awam - Public Phone

Telefon Awam - Public Phone

Sebenarnya punca kerosakkan public phone banyak dipengaruhi oleh kurangnya permintaan terhadap public phone itu sendiri oleh kerana industri telefon selular iaitu telefon bimbit berkembang dengan amat pesat dan sikap rakyat malaysia yang ambil mudah akan penjagaan public phone. Hampir majoriti rakyat malaysia mempunyai telefon bimbit. Tidak kira murah atau mahal, ibu bapa mahupun pelajar sekolah, hampir kesemuanya mempunyai telefon bimbit.

Sebenarnya, tidak kira lah kita mempunyai telefon bimbit atau pun tidak, akan tetapi sikap tidak merosakkan telefon awam mesti dijauhi. Masih lagi ramai dikalangan rakyat malaysia yang menggunakan telefon awam. Jika kerosakkan berlaku, bagaimana jika situasi kecemasan terjadi dan telefon awam tidak dapat digunakan? Hargailah ia selagi ia masih lagi ada, walaupun kecil peranan ia, ia tetap telah berkidmat pada kita suatu masa dahulu.

Kesian Aku Tengok Telefon Awam Pada Gambar di Atas

Related posts:

  1. Public Gold Bar
  2. Jom Join Public Mutual
  3. Public Gold
  4. Tutorial or How To Install Papago X5 Android Malaysia