Alhamdulillah, aku baru sahaja membuat pertukaran hosting dari NetKL ke ServerFreak. Aku ingin mencuba angin baru untuk merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan dari serverfreak. Kenapa Serverfreak? Kenapa pula dengan NetKL?. Serverfreak Review? Kenapa aku memilih Serverfreak adalah kerana aku ingin mencuba pula hosting yang lain yang banyak disyorkan oleh otai otai blogger diMalaysia. Nak tau juga best ker x. Saja tukar angin. Apa pula pengalaman aku dengan NetKL? NetKL bagi aku sepanjang setahun lebih menggunakan perkhidmatan mereka aku dapat katakan mereka juga adalah yang terbaik. Perkhidmatan NetKL yang paling aku suka pada mereka adalah perkhidmatan “Chat Online”. Kalau ada apa apa masalah boleh saja terus chat dengan pihak mereka secara terus tanpa menunggu jawapan dari email.

Rasanya awal tahun ni tahun yang baik untuk mencuba hosting yang baru. Memang ramai yang kata hosting serverfreak ni mahal. Memula bila aku check secara “main main” aku nampak yang RM180 tu untuk 2 tahun. Akan tetapi aku mengatakan pada mereka yang aku nak “pakej deluxe”. Tak sangka aku yang “pakej deluxe” tu RM180 akan tetapi untuk 1 tahun sahaja. Terkejut juga. Rupanya RM180 yang 2 tahun adalah “pakej supreme”. Tak mengapalah, aku sudah pun membuat bayaran. Rehdo jer, hehehe.

Account FeaturesPrimeSupremeDeluxeElitePlatinumGold
Ultra Fast RAID10 Powered Storage500MB1GB2GB10GB30GB60GB
Monthly Data Transfer10GB25GB50GB100GB150GB200GB
Annually Subscription (12months)RM60RM100RM180RM300RM499RM699
Bi-Annually Subscription (24months)RM100RM180RM300RM500RM900RM1200
OrderOrderOrderOrderOrderOrder

Seperti gambarajah diatas, aku membuat pembelian “pakej deluxe“. Rasanya bila dah pakai pakej yang agak mahal ni, aku mesti kena agak agresif dalam berblogging kalau tidak membazir duit dan bandwidth sahaja. Pada sesiapa yang ingin menukar atau memindahkan hosting dari hosting sekarang ker hosting serverfreak bolehlah menhubungi mereka melalui email ini iaitu “sales@web-hosting.net.my

Seperti yang aku lakukan tadi, aku hanya menghubungi mereka melakui email yang aku berikan tadi dan dan menyuruh mereka mendaftarkan bagi kita. Serius aku katakan, mereka membantu mendaftarkan hosting yang aku beli tadi dari A-Z(dari awal sampai habis). Senang cerita, bila dah siap, mereka bagi no akuan bank untuk aku membuat pembayaran dan kemudian blog aku pon ready untuk digunakan. Anda boleh tengok senarai nama blog yang menggunakan perkhidmatan serverfreak.

Ada sesiapa disini yang menggunakan  hosting dari ServerFreak?

Malaysia Web Hosting

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)