How To Update Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 to Gingerbread
How To Update Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 to Gingerbread?. Setelah sekian lama aku menunggu Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 untuk mendapatkan update dari 2.2.1 Froyo kepada 2.3.6 Gingerbread. Alhamdulillah tahun lepas iaitu pada bulan 12 telah dikeluarkan firmware P1010XXKPG_P1010XEUKPG_XEU versi UK (Europe). Di Asia belum lagi keluar. Lambat sangat lah. So aku tidak menunggu lama, terus aku ambil firmware P1010XXKPG_P1010XEUKPG_XEU versi UK untuk upgarde Android aku dari Froyo kepada Gingerbread.
Alhamdulillah semuanya selamat dan tidak ada apa apa masalah yang berlaku. So dibawah ini aku akan kongsikan sedikit tutorial ringkas untuk update Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 to Gingerbread iaitu kepada pengguna yang ada galaxy tab p1010 sahaja.
Pertama sekali sila download ketiga tiga file dibawah dahulu untuk menyenangkan kerja nanti iaitu:
Grab the needed files:
- Stock ROM P1010XXKPG_P1010XEUKPG
- The Pit File P1wifi_20110128_r10_00.pit
- Odin downloader tool Odin3 v1.85.
PASSWORD FOR P1010XXKPG_P1010XEUKPG = samfirmware.com or sammobile.com
Selepas sudah siap mendownload kesemua (ketiga tiga file) diatas, tolong “extract” ketiga tiga file tersebut.
1. Sila format “Factory Data Reset” – Erases all data on device (Setting>Privacy)
2. Sila matikan “Turn Off” Samsung Galaxy Tab Wifi P1010
3. Sila buka “Open Odin3 v1.85″
4. Sila sambung “connect” Samsung Tab Wifi P1010 dengan “To” PC/Laptop
5. Sila Tekan “Press Power and Volume Down Button” serentak, paparan pada Samsung Tab akan terjadi sperti gambaran dibawah.

downloading do not turn off target
6. Selepas ini, Odin yang dibuka “Open” tadi akan terjadi seperti gambarajah dibawah.
7. Sila pastikan didalam Odin dan Pilih “Select” PIT button = P1wifi_20110128_r10_00.pit file, dan PDA button = P1010XXKPG_P1010XEUKPG_HOME.tar.md5 (seperti gambar dibawah)

Odin3 v1.85
8. Sila pastikan yang anda hanya pilih “Tick” Auto reboot, Pit dan PDA sahaja untuk proses upgarde nanti dan sila pastikan yang ID:(COM11) berwarna kuning “Yellow” dan itu bermakna pemasangan anda betul.
9. Selepas semua seperti diatas dan tiada kesalahan dalam step step, anda boleh tekan “Start”
10. Bila sudah siap, ruangan kosong diatas ID:(COM11) yang berwarna kuning akan berwarna hijau “Green” dan tertulis “PASS!”. Ini bermakna proses upgrade sudah berjaya dan selesai.
11. Sekarang lihat “Setting>About Device”, 2.2.1 Froyo telah diupgrade menjadi 2.3.6 Gingerbread..

P1010 Android gingerbread firmware info
Setakat ini aku telah berjaya upgrade kepada gingerbread meskipun firmware ini daripada europe dan untuk Malaysia setakat ini masih belum dikeluarkan. Kepada sesiap yang ikut tutorial diatas dan tidak berjaya aku tidak akan bertanggungjawab. Segala Kesilapan Yang Berlaku Adalah Tanggungjawab Sendiri.
Setelah berjaya upgarde, Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 ini boleh bermain games “able to play games” NOVA2, Blood & Glory, Brother in Arms 2, Fast 5, NFS Hot Pursuit, PES2011, Asphalt 5, BackStab HD, Sprinkle, Gangstar dan lain lain.
Sebenarnya kegunaan tablet yang aku beli ini bukanlah untuk bermain games sahaja, akan tetapi mampu menonton movie, mendengar lagu, mencuba aplikasi yang menarik, fungsi GPS, membaca buku dalam format PDF dan lain lain. Walaubagaimanapun aku tetap menyukai laptop lagi untuk membuat apa apa kerja dan Samsung Galaxy Tab ini lebih kepada “portable” dan santai…..
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

huh satu toturial yg lengkap
tq
auc dot com recently posted..Best Visitor, Terima Kasih