1Malaysia TV (Download Via Android Market). Sebenarnya aku dah lama perasan dalam android market pasal 1Malaysia TV ni. Cumanya sebelum ini ada beberapa bug yang menyebabkan beberapa channel TV tidak dapat “streaming” dan menyebabkan aku “uninstall” balik. Baru baru ni pada seminggu lepas pada waktu cuti adik aku memperkenalkan aku dengan 1Malaysia TV ni. Tetapi yang mengagumkan aku adalah kesemua link TV streaming yang diberikan adalah “hidup” dan mampu memainkan rancangan televisyen di gadget phone atau pun tablet.

Apa sebenarnya 1Malaysia TV ni. 1Malaysia TV ni adalah application yang dibina untuk menonton siaran televisyen kegemaran kita melalui handphone dan juga tablet. Application ini telah dikeluarkan untuk pengguna IOS, Blackberry dan juga Android. Korang semua terutama yang menggunakan android bolehlah mendownload dan install 1Malaysia TV ni melalui android market. Dibawah ini adalah gambar 1Malaysia TV yang aku install kedalam Samsung Galaxy 7 P1010 Wifi.

1Malaysia TV (Download Via Android Market)

1Malaysia TV (Download Via Android Market)

Siaran televisyen yang boleh diakses melalui 1Malaysia TV adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1, RTM2, TV3 dan TV Al-Hijrah, MyTV, CCTV1, e-Korea, erama TV, CCTV news dan Dokumentari TV. Setakat ini hanya 9 rancangan televisyen yang dibekalkan dan akan datang tambahan tambahan siaran akan dibekalkan. Siaran rancangan adalah live (TV1) dan bukan rakaman awal semasa melakukan ujian di tablet dan TV sebenar.

Sebenarnya yang paling aku teruja nak tonton adalah live streaming TV3. Ini kerana banyak rancangan rancangan utama banyak ditayangkan di TV3. Sukar betul atau tiada langsung nak mencari live streaming TV3 online. Dengan adanya application android 1Malaysia TV ni dapatlah aku layan TV3 dimana sahaja.

Diatas ini adalah video “amatur” rakaman aku untuk aku pertontonkan kepada pembaca blog wanwidget.com tentang bagaimana application android 1Malaysia TV ni berfungsi dan menjalankan live streaming rancangan rancangan TV di Malaysia dan luar negara. Selamat Mencuba

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)