Selamat Pagi. Hari ini ingin berceloteh pendek mengenai pengalaman menggunakan pengiklan pengiklan di Malaysia. Hampir kesemua dan majoriti pengguna blog diMalaysia tahu apa itu Adsense, Nuffnang, Adverlets dan juga Affiliate. Akan tetapi majoriti pemilik blog hanya memahami, memiliki dan menggunakan pengiklan seperti Nuffnang, Adverlets dan juga Innity sebagai medium dalam mendapatkan wang ataupun saja saja meletakkan iklan. Ada yang kisah dan ada juga yang tidak kisah jika blog mereka mampu atau tidak dalam menjanakan wang. Jika mampu itu dikira bonus terhadap mereka.

Aku akan menceritakan pengalaman aku terhadap keempat empat iklan diatas seperti Adsense, Nuffnang, Adverlets dan juga Affiliate. Nampaknya setiap pengiklan ada kebaikkan dan kelemahan yang tersendiri. Baikklah, jom lihat akan ulasan aku terhadap keempat empat iklan dibawah…

Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

Nuffnang memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia malah boleh dikatakan mendapat tempat pertama dihati blogger blogger malaysia. Ramai yang telah mendapat hasil dari nuffnang tidak kira sedikit atau banyak. Akan tetapi nuffnang mempunyai beberapa pendapatan yang dikira terbaik buat blogger iaitu BE (Buffered Earning) yang pendapatan akan meningkat seiring dengan jumlah viewer. Kalau tiada BE maka kira tunggu orang klik jer la. Tiada klik, tiada pendapatan. Masalah pada nuffnang bagi aku iailah tidak boleh menduakan mereka, kalau tidak status “Glitterati” akan hilang dan rate pendapatan menurun…

Iklan Adsense

Iklan Adsense

Untuk iklan Google Adsense pula, nampaknya aku tiada masalah dengannya. Sejak aku aktif kembali menggunakan google adsense, pendapatan dari berblogging agak bertambah walaupun hasilnya hanya dari jumlah klik yang diterima. Sedar atau tidak ia mula bertambah hasil bila sudah lama tidak melihat akaun google adsense. Rasanya tidak mahu bercerita panjang berkenanaan google adsense kerana tiada masalah padanya.

Iklan Advertlets

Iklan Advertlets

Advertlets aku mula pakai sejak beberapa minggu yang lepas. Rasa ingin mencuba walaupun ada suara suara sumbang terhadap adverlet. Akan tetapi apa yang aku boleh katakan advertlets juga agak menarik. Ini kerana pendapatan advertlets juga dijana melalui jumlah viewer atau jumlah “impression”. Ia tidak menunggu klik semata mata. Senang cerita “pasti” setiap hari jumlah pendapatan dari advertlet akan bertambah. Akan tetapi jikalau “traffic” korang sangat tinggi advertlets memang sangat baik untuk menjana pendapatan.

Iklan Affiliate

Iklan Affiliate

Untuk pendapatan jenis affiliate ni aku baru sahaja nak mencuba. Nampaknya affiliate pertama aku adalah dari blog http://abangensem.com/ dan untuk link affliate abangensem disini. Tidak mengapa, ini masih baru bagi aku. Akan tetapi aku dah mula faham akan affiliate ni. Kalau korang join mana mana affiliate ni adalah sebaiknya korang buat satu entry khas untuk sesuatu affliate. Ini kerana visitor yang datang dari search engine google akan datang kepada keyword yang korang tuliskan terhadap affiliate tersebut. Maka kemungkinan untuk visitor mencari, jumpa dan membeli sesuatu produk dari program affliate menjadi tinggi…

Itulah serba sedikit review ringkas dari aku berkenaan pengalaman dalam menggunakan Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan juga Affiliate. Cemburu juga bila ada kawan kawan lain yang berjaya jana pendapatan tinggi hasil dari berblogging. Kenapa tidak kita, sambil  berblogging sambil lah kita jana pendapatan, betul tak. Ok bye nak pergi beli makanan tengah hari. Good Luck…….

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)