Ahmed Deedat – The Choice

Nampaknya aku sudah terlepas atau terkantoi dua bulan dalam mereview sebuah buku. Harapnya bulan ini aku telah tetapi janji kepada diri aku sendiri untuk meneruskan kempen diri sendiri terhadap blog ini iaitu Sebulan Sebuah Buku. Ok, baiklah. Untuk Bulan ini, aku ingin mengupas secara luaran bukan secara detail akan kandungan buku untuk bulan ini. Akan tetapi secara asas dan dasar sahaja. Harapan aku agar kita sama sama mengambil inisiatif kepada diri sendiri untuk melakukan dan menyampaikan apa yang terbaik. Baiklah, ini mukaddimah….

Kes Kes Kristianisasi Sangat Membimbangkan, Maka Buku Ini Mampu Memberi Sedikit Kekuatan Pada Diri Dan Iman Kita Bagi Menghadapi Dakyah Dakyah Mereka.

Untuk bulan ini, kempen Sebulan Sebuah Buku untuk kali ini adalah buku dari Ahmed Deedat yang bertajuk The Choice. Ahmed Deedat – The Choice ini dipilih kerana untuk mengisi hari kita hari ini dengan suatu yang ilmiah. Penuhkan hari kita dengan suatu yang ilmiah berbanding merayakan dan menyambut Hari Valentine 2012 tahun ini. Nampaknya sudah sepakat kata ahli agama kita bahawa hukum menyambut hari valentine adalah haram. Ok tidak mengapa, kita bukan ingin mengulas akan isu itu akan tetapi perihal buku yang bertajuk “Ahmed Deedat – The Choice”.

Ahmed Deedat - The Choice

Ahmed Deedat - The Choice

Buku Ahmed Deedat – The Choice ini mempunyai 418 muka surat dan berharga RM18.50 dan boleh didapati dikedai kedai buku. Sebelum aku pergi lebih lanjut, aku ingin bertanya. Korang kenal atau tidak dengan peribadi yang bernama Ahmed Deedat ni. Ahmed Deedat ini adalah seorang Orator Muslim atau penceramah antarabangsa. Ingat! Bukan penceramah daerah, negeri atau negara akan tetapi Penceramah Antarabangsa.

Ahmed Deedat mempunyai kepakaran dalam ilmu Perbandingan Agama atau disebut “Comparative Religion”. Beliau mengusai hampir atau kesemua ilmu agama agama didunia. Disebabkan tertarik dengan ilmu dan penyampaian beliau di video dan di youtube. Aku mengambil keputusan untuk mencari salah satu buku beliau iaitu “Ahmed Deedat – The Choice“. Sebuah buku yang sangat baik bagi kita untuk memahami “persamaan dan perbezaan” antara Islam dan Christian. Dan dari buku ini juga aku mengetahui poin poin penting yang perlu orang islam ketahui untuk mempertahankan Islam.

Buku yang aku beli ini adalah didalam Bahasa Melayu. Jika korang ingin membeli buku ini akan tetapi tidak menjumpainya, korang bolehlah download buku ini disini iaitu “The Choice Part 1 The Choice Part 2” akan tetapi buku ini didalam bahasa english. Rasanya lebih berbaloi kalau beli buku dalam bahasa melayu berbanding download link yang aku berikan kerana apabila kita membaca dalam dialek sendiri kita akan mudah memahaminya. Selamat membaca wahai sahabatku…. Assalamualaikum…. :)

Antara Buku Yang Telah Di Review :

1. Nota Jutawan Nota Motivasi – Irfan Khairi , 2. Yakjuj & Makjuj – Bencana Disebalik Gunung

3. Travelog Turki Bumi Khalifah , 4. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

5. Biar Orang Cina Pimpin Islam , 6. Millionaires are from a different planet

7. Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin

Comments

  1. says

    Antara perkara yang boleh dipelajari daripada Ahmed Deedat, selain keindahan berbahasanya, ialah tatacara menghormati hujah orang lain semasa berdebat, walaupun orang itu tidak berpihak kepada kita. Kalau itu boleh dipraktikkan, budaya intelektual di Malaysia akan lebih mekar, tiada lagi kedengaran ‘boo’ daripada penyokong satu pihak kepada pihak lain.
    Stokis RajaBio recently posted..Mitos vs. Fakta Minyak Kelapa Dara

  2. azrul says

    Aslmkum..sya sdg mencari buku krgn sheikh ahmed deedat terutamanua dlm bhasa melayu..mtk tlg hamba2 Allah rekomenkan kedai yg berkenaan? Sya tinggal di kuantan phg..trmksih

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge