My Car Lost Power While Driving
My Car Lost Power While Driving! Yep, sangat kecewa hari ini bila kereta aku kehilangan power. Bukan kehilangan kuasa secara menyeluruh. Cumanya aku dapat rasanya yang kereta aku tidak memberikan performance seperti sebelum ini. Aku dapat rasakan yang kuasa dari enjin dalam sekitar 65% sahaja dari kebiasannya. Bila berhenti di trafic light dan free kan gear, kereta mula bergegar akibat dari enjin. Aku mula panik. Ah sudah. Mana taknya, ini kali pertama kereta aku buat hal sejak aku gunakan 3 tahun lepas.
Nak tak nak terpaksa juga pergi ke kedai kereta “bengkel” untuk melihat masalah yang berlaku. Korang tahu tak apa yang berlaku. Aku akan bagi sedikit gambaran akan masalah yang berlaku. Ketika kereta di pandu, kuasa dari enjin tidak seperti biasa. Hanya 65% sahaja kuasa yang dapat kita rasa. Tiada kuasa “tujahan” yang berlaku ketika menggunakan gear rendah iaitu gear 1 dan tiada rasa “pecutan” ketika menggunakan gear tinggi iaitu gear 5. Kereta aku kereta manual.

Panel Meter Kereta
Jika dilihat pada gambarah diatas, iaitu panel meter aku, kelihatan problem yang bertanda itu “menyala”. Apakah simbol itu? Adakah simbol itu menunjukkan simbol “enjin”. Pada sesiapa yang tahu boleh komen dibawah. Sangat berharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
Di benkel kereta, taukey kedai menasihatkan aku menukar “ignition” atau “sensor” yang menyebabkan simbol yang aku paparkan itu menyala. Selepas ditukar simbol yang bernyala tadi telah padam menandakan masalah selesai. Akan tetapi kereta aku still kehilangan kuasa. Bila dicheck kembali, kereta aku salah satu dari “sparkplug” tidak memainkan peranan iaitu tidak berfungsi. Spark plug telah diganti baru akan tetapi still tidak berfungsi.
1. Aku membayar Ignition @ Sensor = RM250
2. Menukar Kesemua Spark Plug = RMXX.00
3. Tukar baiki kereta mencadangkan datang pada hari Isnin depan untuk melihat masalah “Wiring Kereta”
4. Kereta masih kurang kuasa (sama seperti sebelum di repair)
5. Tadi bila aku pandu balik dari kerja simbol dipanel kereta kembali menyala?
6. Adakah Ignition @ Sensor rosak kembali? Adakah aku kena bayar lagi?
Masalah belum selesai. RM300 telah habis dalam sehari. Dan panel meter menunjukkan masalah sama berulang kembali. Adakah pembaca blog aku ini tahu apakah masalah yang sebenarnya. Aku sangat buntu. Aku tidak suka kalau duit berhabis tetapi masalah masih lagi belum selesai. Errrrr…….
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013

Kena buat diagnostic.. Kena cari bengkel yang ada “fault code reader” atau ECU Reader, baru boleh dapat kesan masalah dengan tepat.
Kalau guna mekanik yang agak-agak ni susah.. Maklumlah kereta sekarang penuh dengan elektronik.
anif recently posted..Teknologi Pencetak 3D Bakal Popular