GTmetrix Comparison Report! Sejak dah bertukar ke hosting baru ni, aku mula la gatal tangan nak godek sana sini. Nak test speed la, nak test tu la. Selalunya bila aku nak test speed blog aku nak tau kelemahan dan kelembapan blog aku, aku akan merujuk kepada sebuah website seperti http://gtmetrix.com untuk test dan mendapatkan result. GTmetrix mampu memberikan keputusan Page Speed Grade, YSlow Grade, Page load time, Total page size dan Total # of requests. Malah kita boleh bandingkan berat dan kelajuan blog kita dengan blog yang lain.

Dibawah ini aku ada membuat sedikit pembandingan antara blog aku dengan blog http://denaihati.com/, blog http://puanbee.com/ dan blog http://yanmieonline.com/. Harap mereka tak marah bila aku buat perbandingan nih, hehehe. Walau aper pon blog mereka adalah blog yang aku paling respek, otai dan ramai follower. Kang kalau guna blog orang lain korang tak kenal pulak, hehehe..:)

GTmetrix Comparison Report

GTmetrix Comparison Report

Diatas adalah keputusannya bila aku test blog aku dan cuba bandingkan dengan blog blog yang lain. Lupa nak bagi tahu pulak, gambar kat atas tu bukan gambar penuh, aku “cut” untuk memenuhi saiz blog ni. Kalau korang nampak gambar diatas tu, keputusan adalah dari atas ke bawah dan dimulakan dengan keptusan Page Speed Grade, YSlow Grade, Page load time, Total page size dan Total # of requests.

Korang boleh cuba sendiri dengan melayari website ini iaitu http://gtmetrix.com untuk melihat sendiri keputusan penuh blog korang. Dari situ korang boleh lah baiki mana mana yang patut pada blog untuk menambah baik pretasi blog masing masing.

Jom kita tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi dengan mengurangkan aktiviti menyebar info info artis dan info info maklumat peribadi manusia lainnya. Ingat, apa yang anda tulis itu kekal selamanya dan sampai suatu masa nanti anda kesal dengan apa yang anda tulis. Perpanjangkan tangan kita untuk menghebah kebaikkan dan nasihat menasihati semasa kita (blogger).

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)