PERINGATAN KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT, MENGANDUNG DAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA AGAR TIDAK MELIHAT ENTRY INI KERANA DIKHUATIRI MEMBAWA MUDARAT KERANA MENGANDUNGI UNSUR UNSUR YANG MENYERAMKAN. ENTRY HISTERIA INI DIBAWA MASUK KHAS UNTUK PEMBACA WANWIDGET.COM…….

Kejadian Histeria ini berlaku dimana mana samada disekolah atau ditempat tempat kerja. Seringkali histeria ini berlaku dikalangan wanita dan amat jarang atau tiada kes histeria ini berlaku dikalangan lelaki. Histeria ini dapat dikategorikan dengan dua kategori iaitu Histeria (saintifik) akibat kemurungan, panik, resah dan tekanan dan Histeria (makhluk halus) yang diakibatkan oleh perbuatan jin dan syaitan. Secara peribadi serangan histeria terhadap golongan wanita muslim boleh dikatakan diakibatkan oleh makhuk halus.

Kenapa aku katakan yang kejadian histeria ini lebih kepada gangguan makhluk halus berbanding histeria saintifik. Mana mungkin serangan histeria terus menerus terjadi antara satu wanita ke wanita yang lain yang kadangkala mencecah hingga lebih dari 10 wanita. Tidak mungkin >10 wanita yang terkena serangan histeria ini menghidapi masalah tekanan pada masa yang sama?. 

Histeria

Histeria

Umum mengetahui bahawa histeria ini terjadi dengan adanya gangguan dari makhluk halus. Akan tetapi kejayaan makhluk halus merasuk banyak dipengaruhi oleh ketahanan badan dan minda seseorang iaitu perasaan ketakutan yang amat sangat, mudah lemah semangat dan juga keadaan yang tidak bersih seperti datang haid. Amalkan banyak doa doa pelindung dari gangguan jin dan syaitan dapat menahan diri dari menerima gangguan makhluk halus.

Untuk melihat video histeria bolehlah menekan “continue reading”. Dinasihatkan sekali lagi pada sesiapa yang lemah semangat, mengandung agar dinasihatkan tidak melihat entry ini. Apa yang berlaku dibawah tanggungjawab sendiri. Sekian.

Video Kejadian Histeria di Flextronics Penang Februari 2012

.

Related posts:

  1. Kemalangan di Sungai Dua Penang
  2. Alcatraz TV Show / TV Series 2012
  3. Balik Penang
  4. Bicara Hati 2012
  5. Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012 | Aktiviti Penutup 2011