Kemajuan Bangsa Iran
Aku telah memerhati pergerakkan dan perubahan dari segi geopolitik, politik, sains, teknologi dan berita berita akan Negara Iran sejak sekian lama. Dan sejak akhir akhir 2-3 tahun kebelakangan ini Iran merubah peta politik dunia dengan drastik sekali samada melalui secara langsung atau tidak langsung. Perlu diingat disini aku tidak akan langsung mengupas akan isu Sunni Shiah. Isu Sunni Shiah akan menyebabkan perbalahan dan tidak akan tamat bila bila pun. Akan tetapi pada Bangsa Iran kita sebagai umat islam boleh mengambil beberapa pelajaran dari mereka.
Kenapa aku ingin mengupas akan isu Iran? Ini kerana Iran salah satu negara yang bagi aku sangat unik. Unik dari segi mana? Unik dari segi masalah masalah dan penyelesai yang mereka hasilkan. Perlu diingat negara Iran telah dikenakan Sekatan Ekonomi dan pelbagai sekatan lainnya hanya untuk membantutkan pertumbuhan negara Iran dan mencegah Iran dari melanjutkan kejayaan dalam penguasaan Teknologi Nukleur.
Sebenarnya, untuk entry yang ini aku hanya ingin mengupas beberapa siri kejayaan Negara Iran walaupun dikenakan pelbagai sekatan yang pelbagai yang tidak adil kepada bangsa Iran.

Bushehr Nuclear Power Plant
Kejayaan pertama Iran adalah dalam menguasai ilmu dan teknologi nukleur. Teknologi nekleur ada yang baik dan ada yang tidak. Yang tidak baik adalah teknologi nukleur digunakan untuk membina bom atom. Yang baik adalah teknologi nukleur mampu menjana elektrik yang besar dan menggantikan pergantungan keterlaluan bahan bakar petroleum untuk dijadikan tenaga elektrik. Malah teknologi nukleur adalah sangat murah kos pengendaliannya berbanding petroleum yang terdedah kepada harga pasaran yang sentiasa berubah ubah. Lebih baik bahan bakar petroleum itu dijual dari pembaziran menjadi bahan bakar untuk menjana elektrik.

Iran Khodro Runna
Sejak aku mengikuti perkembangan negara iran ini, aku baru tahu bahawa Iran juga adalah salah satu pengeluar kenderaan terbesar di Timur Tengah. Di negara arab, iran adalah pembuat kenderaan terbesar. Gambar diatas adalah kenderaan buatan iran yang digunakan diiran dan dieksport ke seluruh timur tengah. Sangat membanggakan bahawa mereka juga termasuk dalam senarai negara yang mampu membuat kereta.

Iran launches new satellite
Iran termasuk dalam salah satu negara didunia yang mempunyai kemampuan melancarkan roket untuk menghantar satelit ke ruang angkasa. Baru baru ini Iran telah berjaya menghantar satelit buatan dalam negeri yang ke-3 diangkasa. Malah kejayaan ini membuktikan iran termasuk dalam senarai negara yang mampu menghantar setelit ke angkasa. Malah iran adalah negara yang pertama dirantau arab yang berjaya berbuat demikian.

Karun-4 Dam to Generate 1,000 MW Power
Perlu diketahui bahawa negara iran mempunyai empangan air hidroelektrik antara yang terbesar didunia. Iran termasuk salah satu negara yang “self sufficient” iaitu mempu berdikari sendiri tanpa meminta bantuan negara lain bagi menyiapkan projek mega empangan hidroelektrik.

Iran Missile Zafar AShMs
Bagi industri dan sektor keselamatan negara pula, Iran salah satu negara yang mampu mengeluarkan produk ketenteraan secara dalam negeri. Iran tidak mampu membeli peralatan dan baik pulih barang barang ketenteraan disebabkan oleh sekatan. Malah iran disekat dari mendapatkan apa apa produk ketenteraan dari luar negara. Oleh itu iran telah bergerak untuk menggerakkan industri pertahanan buatan dalam negeri. Hasil dari kajian demi kajian, iran sebenarnya walaupun tidak canggih tetapi telah berjaya menghasilkan peluru berpandu, kapal laut, kapal selam, helikopter dan pelbagai lagi buatan ketenteraan dalam negara.

biotechnological medicine line
Iran sekarang sudah termasuk dalam senarai 12 negara yang mampu mengeluarkan ubat biotech. Dengan ilmu dan teknology yang mereka ada, mereka mampu mengeluarkan ubat ubat yang mahal dipasaran dengan harga yang murah. Malah harga ubatan sebenarnya tidaklah semahal mana. Ini kerana ia menjadi mahal oleh kerana kita menggunakan ubat sebagai pengguna semata mata dan bukannya pengeluar ubat ubatan.

Ahmadinejad - Singa Baru Dunia Islam
Dah dah, aku nak baca buku yang bertajuk Ahmadinejad – Singa Baru Dunia Islam. Dah lama tak buat review buku sebulan sebuah buku. Insyaallah lagi beberapa hari lagi aku akan buat review buku baru seperti yang aku buat sebelum sebelum ini. Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin katakan pasal kemajuan iran ini. Ada sangat banyak. Tetapi rasanya cukup lah dulu sampai disini akan entry ini. Kang kalau banyak dah macam buat “kertas kerja” untuk PHD la pulak, hehe. Tapi rasanya alhamdulilah, sejak aku berblogging ni, penulisan aku sudah semakin agak matang dan mampu menulis entry dengan lebih panjang lagi. Kalau dulu aku takut takut nak menulis, malah tak tahu nak menulis apa. Tapi sekarang aku akan menulis selagi ada idea dan menulis mengikut ilmu yang aku ada.
Entry yang aku nukil kan kali ini bukanlah untuk membanggakan syiah. Harap jangan mudah salah faham. Akan tetapi aku nak berkongsikan secebis kejayaan di dunia Islam. Adakah kita malaysia ini yang mempunyai ramai umat islam tidak mampu menghasilkan kejayaan. Kita tidak perlu dan bukannya hendakkan projek infrastruktur mega yang besar besar. Itu tidak perlu. Tetapi yang perlu adalah kita menguasai segala ilmu disetiap bidang. Pengusaan ilmu disetiap bidang mampu mengangkat negara kita Malaysia ini dalam konteks berdikari. Negara yang tidak bergantung kepada negara lain itu sangat hebat.
Senang cerita, iran ni dikenakan pelbagai sekatan ekonomi, perbankan, teknologi, pertahanan, tetapi still mampu bertahan kerana adanya ilmu di pelbagai bidang
Memang betul kita memerlukan negara lain. Akan tetapi kebergantungan yang keterlaluan terhadap negara lain dan tidak mahu berusaha akan menyebabkan ianya memakan diri kita sendiri. Kita akan terperangkap dengan perangkap ekonomi dan keselamatan. Ekonomi kita terlalu bergantung dan keselamatan kita lemah. Jadi perlunya perpaduan dan pelaburan dalam perlbagai bidang untuk keselamatan kita akan datang….
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013
No related posts.
This entry was posted by Juan on February 8, 2012 at 6:49 am, and is filed under Berita Dunia. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
Sekatan yang dikenakan itu rasanya membuatkan Iran terpaksa belajar berdikari sendiri. Jikalau sekatan dikenakan ke atas Malaysia sepertimana yang dikenakan pada Iran, adakah kita mampu memajukan ekonomi negara?
lunaticg recently posted..Tan Sri Ali Abul Hassan storyx mampu nak bayangkan….rasanya malaysia banyak bergantung dgn ramai pihak
chii recently posted..Menghadapi Kebingungan dan Kegelisahan
cuba kalau malaysia kena sekatan macam-macam, agak-agak leh survive tak??
titan recently posted..Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads- #8 written by JebengOtai™ 1 year ago
boleh..dunia skg bergantung kepada minyak sawit..dari produk sabun hingga lah kosmetik..
ibarat ‘petrol’ yg kuar dari pokok..

JebengOtai™ recently posted..Page Speed
satu cth negara yg ditindas, tapi tidak menyerah kepada takdir semata2 dan belas ihsan negara lain mjdkn mrk berdikari dan makin kuat
shraqs recently posted..Angry Birds Rio (Android) Di Update Dengan 15 Level Baharuiran adalah sebuah negara yang wajar dicontohi kerana mampu melakukan apa saja yang mereka inginkan tanpa sokongan dan bantuan dari negara lain,,,
hatiputera recently posted..Madu lebahRamai juga saintis Iran di bunuh secara kejam.
akubiomed recently posted..Cucur Kodok pengikat kasihkebanyakkannya saintis nuklear.
tp, pelajar jurusan lain baru2 ni, nekad utk tukar jurusan mereka ke jurusan sains nuklear setelah berlakunya pembunuhan2 camni
bak kate pepatah, hilang tumbuh berganti…mmg terbaik!
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #9 Halal & Suci
Itu sebab bangsa2 yahudi dan US sebulat suara ingin menjatuhkan IRAN..
Mereka jadi takut dgn kebijaksanaan dan teknologi moden IRAN..Kita sebagai umat ISLAM sepatutnya mempunyai rasa bangga dgn
keberanian IRAN.. Perkara yang buruk kita jauhi saja..
nurmisnan recently posted..Khasiat petai belalang, jering dan bunga kemunting china penawar kencing manissetuju 100%
mereka mmg busuk hati dgn kejayaan iran walaupun ekonominya disekat.
terbukti, kekayaan hasil bumi dan kebijaksanaan menggunakannya menjadikan iran sebuah negara yg berdikari…contoh terbaik utk kita
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #9 Halal & Suci
sangat kagum dengan iran…walaupun saudara seagama, serumpun mereka pun menentang, diorang tetap bangkit melawan yahudi
sollehahn recently posted..Minus : bukan sekadar cloud storage- #25 written by rahman 1 year ago
Perang Iran-Iraq sebenarnya byk mengajar negara itu utk berdikari. Iran byk ‘curi’ teknologi dr negara China. Cth : beli peluru berpandu dr China..kaji teknologi yg digunakan utk membuat peluru berpandu dan seterusnya menghasilkan peluru berpandu sendiri dgn membuat sedikit inovasi..
anjangman recently posted..Unfriend Finder – Ketahui kawan yang putuskan hubungan di facebook.negara Iran boleh dijadikan contoh dari sudut ekonomi. yang lain2 tu tolak ke tepi

Amirez recently posted..Amalan Diet Rasulullahmmg strategi zionis membunuh ilmuan Islam..
p/s: saya pun baru tahu kehebatan Iran..
sebelum nie media2 mendedahkan yg negatif je pasal iran..
Hairul Hissam recently posted..Cara menghilangkan jerawat paling mudah dan berkesanAssalamualaikum, singgah dari laman akhi tehr..
ya Iran sememangnya terkehadapan dalam teknologi dan sebagainya…mereka mendahului dan ia sememangnya manjadi contoh buat Umat Islam yang lain walaupun berbeza manhaj dan firqah nya..wallahua’lam. terima kasih atas info ini,

jemput ke blog WADi ye
Ad-Dien recently posted..Tauhid Dan Pembahagiannyabangga ada negara islam yang kecil tapi berkemampuan besar..
kalau dulu Jepun sebagai model negara membangun Malaysia..
Kita patut melihat kemampuan Iran juga sebagai pengerak kita..
Korea pun x dilupa..Samsung bakal mengesuai dunia dengan teknologi electronic mereka..
afendi recently posted..Review Hantu Dalam Botol Kicapbanyak yg kita kurang tahu teknologi iran, pelajar iran yg belajar di tempat kita kebanyakan lebih arif teknologi nuklear berbanding pelajar m’sia, mungkin diaorang dapat pendedahan awal.
Denaihati recently posted..Harga Emas TerkiniIran, sebuah negara yg mmg kaya dgn ilmuan dalam pelbagai bidang.
Sempat jugak bertemu dgn golongan atasan mase ke Iran satu ketika dulu. Mereka mmg benar2 selektif dan mementingkan kualiti serta ilmu pengetahuan.
Masa lalu kat padang pasirpun, dah boleh hidu bau gas. Mmg sungguh kaya dgn hasil buminye.
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #9 Halal & SuciKita bukan nak mengagungkan bangsa dan negara orang. Cuba ambil positif dari kejayaan, usaha dan semangat mereka demi utk membangunkan bangsa, agama dan negara Malaysia kita juga.
Terima kasih atas review ttng buku hebat ini.
Mekar recently posted..Berfikir Gaya Trumpsuka dgn rekabentuk senibina di iran…=)
chii recently posted..Menghadapi Kebingungan dan Kegelisahansejak dua menjak ni aku terdengar macam2 kisah kurang baik mengenai Nejad dan propaganda yang kononnya dia ni pun adalah agen dajjal..
mungkin ianya satu tuduhan, mungkin satu tohmahan.. lagi2 bila fahaman yang dia pegang sangat berlainan dengan 4 imam mazhab yang diiktiraf
walau apa pun, selagi dia mngucap 2 kalimah syahadat, dia tetap saudara kita..
nampak macam besar jugak sumber dalam negeri yang trdpat di iran sampaikan boleh bangunkan macam2 projek
sabree hussin recently posted..Sambut Valentine’s Day Cara Islampergh…dasyat la brader ni, bedah buku…
nnt klo aku ada masa, aku cuba la belek2 buku ni..
thanks!
sjiehan recently posted..Ana Raffali Bertudung.- Comment Feed for this Post

Pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas Iran sebenarnya menjadikan negara tersebut lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah.
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #25