Penceramah Penceramah Agama di Malaysia
Hampir kebanyakkan melayu atau orang menganut agama islam di Malaysia pernah mendengarkan ceramah ceramah agama. Kita kalau mendengarkan ceramah selalunya kita akan menggunakan media seperti tv, radio, surau, masjid, kaset, cd dan dvd untuk mendengarkan ceramah. Dan yang terkini media paling aktif dan cepat dalam menyampaikan ceramah adalah melalui youtube. Memang tidak dapat dinafikan youtube memainkan peranan yang sangat aktif dalam memperkenalkan kepada kita penceramah penceramah baru, lama, jauh dan dekat kepada kita.
Secara jujur melalui medium youtube lah aku kenal akan tokoh tokoh penceramah di Malaysia yang begitu ramai sekali. Tanpa youtube aku hanya mengenali penceramah agama melalui televisyen sahaja. Baiklah kita tamat disini sahaja buat pengenalan ….
Sebenarnya aku suka mempelajari sesuatu yang baru dalam agama. Bukan membawa sesuatu yang baru dalam agama, akan tetapi mempelajari agama dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku jadi jemu kerana kebanyakkan penceramah hanya menyampaikan benda yang sama berulang ulang. Pemikiran kita hanya ditahap itu sahaja. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang yang tidak tahu walaupun perkara asas dan aku juga begitu. Akan tetapi menyampaikan ceramah agama dalam “tajuk yang sama” dan berulang ulang hanya menampakkan agama itu pendek sahaja sedangkan agama islam itu luas.

Penceramah Penceramah Agama di Malaysia
Keempat empat penceramah mesti korang kenal kan. Dari kiri adalah Ustaz Azhar Idrus, Dr Maza, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Fathul Bari. Keempat penceramah agama ini semuanya aku dengar akan ceramah mereka. Pendekatan ceramah mereka sangat aku sukai. Pendekatan mereka mampu mengubah minda kita dalam melihat dan memahami agama. Menghilangkan khurafat dan kejumudan dalam pemikiran orang Islam.
Ustaz Azhar Idrus : Bagi aku ustaz azhar idrus adalah “top rangking” bagi peminat ceramah agama beliau di “youtube”. Ceramah beliau aku sangat suka. Kadang kala tegas, kadang kala santai. Banyak yang aku pelajari dari ustaz ini. Aku sangat suka akan sesi soal jawab agama yang beliau lakukan. Dari soal jawab soalan soalan yang diberikan itulah kita banyak belajar akan hal hal seharian dalam agama kita. Aku sangat suka cara sebegini. Akan tetapi menurut pandangan aku “harap ustaz tidak bekecil hati”, ustaz azhar idrus kalau boleh jangan “kepartian” sangat. Tidak dinafikan politik tidak dapat dipisahkan dari islam, akan tetapi meletakkan kita dipihak yang sentiasa benar dan pihak lain salah nampaknya aku kurang bersetuju dalam hal ini. Maaf sekali lagi jika apa yang aku tuliskan hanya salah faham aku terhadap ustaz, walaubagaimanapun ustaz memang terbaik setakat ini..
Ustaz Dr Mohd Asri Zainal Abidin : Bagi aku, aku sangat sukakan ustaz dr Maza. Semasa pertama kali mendengarkan ceramah agama beliau, aku dapati beliau agak berlainan dalam menyampaikan ceramah agama islam. Ini kerana isu isu yang dibincangakan dan dikupas adalah adalah dalam kontek yang diluar pemikiran kebiasan aku. Kenapa aku katakan begitu. Dr maza dalam ceramah beliau banyak menyentuh isu mazhab, hadith, dan perbezaan pandangan. Pandangan pandangan yang dibawa beliau bagi aku adalah sangat baik dan diluar konteks. Kita diajar melihat dan memahami sesuatu diluar kebiasan kita. Akan tetapi ramai juga yang memberi tahu aku agar jangan ikuti ustaz ini kerana takut “terpesong”. Ermm, bagi aku apa yang “terpesongnya”?. Kita terlalu selesa dan takut untuk menerima pandangan yang berbeza dan baru. Sedangkan selagi pandangan itu tidak terkeluar dari landangan islam sudahlah. Malah pandangan yang berlainan juga mampu menyelesaikan khurafat dan kejumudan pemikiran kita selama ini. Malah kita akan melihat akan keluasan ilmu islam itu sendiri. Harap kita hormati perbezaan itu.
Ustaz Fathul Bari : Ustaz ini pula masih baru aku kenali. Masih muda dan tidak dinafikan ilmunya dalam islam sangat baik. Aku nampak beliau selalu dituduh “ulama umno” hanya kerana beliau didalam ILMU (Ilmuan Muda Umno). Kalau boleh janganlah kita sekali terlalu prejudis terhadap seseorang hanya kerana “warna parti”. Ceramah ceramah agama beliau sangat aku sukai. Beliau selalu menjawab soalan soalan agama dan isu isu semasa dengan baik. Malah banyak juga jawapan yang diberikan menampakkan beliau tidak menyebelahi mana mana pihak. Nampaknya bagi aku, kita memerlukan ramai lagi ustaz seperti ini dalam barisan kerajaan supaya mampu “menasihati” kerajaan dalam hal hal yang bertentangan dengan islam.
Ustaz Kazim Elias : Ustaz kazim elias antara ustaz yang aku gemari. Pendekatan ustaz yang tidak pro mana mana parti. Ustaz kazim elias dalam ceramah agama sangat baik dan bersifat adil. Kenapa aku katakan adil, ini kerana beliau menyampaikan ceramah tidak kira siapa yang menjemput beliau, sama ada dipihak pas mahu pun umno. Aku sangat suka dan bersetuju dengan penyampaian agama seperti ini. Ini kerana setiap manusia itu tidak bersifat maksum. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Sepatutnya kita meletakkan jauh warna parti dan bersama sama dalam menasihati dan membetulkan satu sama lain. Bukannya bermusuhan satu sama lain. Sangat menyedihkan apabila aku melihat salah satu video ceramah ustaz kazim elias mengatakan beliau mahu bersara dari menyampaikan ceramah disana sini pada tahun depan kerana penat dengan perangai pihak pihak yang selalu berperasangka prejudis samada ustaz di parti ini atau parti itu. Ermmm, aku pun sangat kecewa kepada yang berbuat demikian..
Keempat empat ini antara penceramah yang paling aku sukai. Penuh dengan ilmu dan penyampaian ceramah yang segar. Kita memerlukan ramai seperti mereka untuk mengisi keperluan rohani diri kita. Aku harap dimasa akan datang akan ramai lagi yang turut serta dalam list list tokoh agama yang baik dan hebat hebat.
Aku sangat berharap semua penceramah agama di Malaysia bersikap adil dan tidak berat sebelah. Sampaikan lah agama islam dengan baik kepada sesiapa sahaja. Tidak perlu tuduh sana tuduh sini. Rakyat sangat memerlukan kalian semua. Jika kalian saling tuduh menuduh satu sama lain, rakyatlah yang tersepit ditengah tengah dan rakyat akan berpecah belah disebabkan “terpaksa” mengikuti salah satu dari kalian. Bersatulah demi islam, buangkan prasangka terhadap orang lain. Satukan kami dibawah satu parti iaitu “kebenaran”…
Related posts:
This entry was posted by Juan on February 3, 2012 at 6:21 am, and is filed under Personal. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
Takkan artis jer bro boleh pakai UTube

Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Melancong Ke Indonesia | Day 5 – Bandung Ke Jakarta
Ceramah politik dan agama biasanya susah nak dipisahkan. Somehow, kawe lihat audiens kita, i.e, umat Islam amat gemarkan isi-isi yang bercorak kutukan, maki hamun atau menceritakan perlilaku salah seseorang individu. Maybe mereka rasa lebih tenang dan terhibur mendengar cerita2 sedemikian sbb ahhhh.. ada org yg lebih teruk dari aku rupannya

Having said that, most ustaz mmg pandai memberikan ceramah dan ceramah agama boleh jadi sangat menghiburkan sbb ia tidak terikat dgn perkara2 yg teknikal. Audiens pun mudah faham sbb agama something yg dekat dgn mereka.
Thanks sbb buat review di atas. Buat kawe terasa nak ke UTube skrg

Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Melancong Ke Indonesia | Day 5 – Bandung Ke Jakartasuka semua diatas ade kelebihan masing2

auc dot com recently posted..Bumi Putera Rocker (BPR) Versi Hindustanotai belaka nih..
titan recently posted..Lelaki kacak suka sepak bola.Aku rasa Ustaz Azhar Idrus paling menyerlah sebab beliau memang best

Shahrul recently posted..Apa yang tak Kena Dengan Privacy Policy Baru Google?ustaz azhar idrus punya aura hebat gilerrr..
madammondoq recently posted..Macam Kat Planet Of The Apes Pulak..ustaz azhar idrus, fathul bari dan dr maza tau la sorang lagi tak tau..
orang yang tak dapat pergi dgr boleh dgr kat u tube, memang ada kebaikan u tube ni , tapi yang tak seronok ada orang yang cuba nak melaga-lagakan antara ustaz2 ni cth ustaz azhar dan fathul bari..itu pun guna u tube..memang tak baik la camtu
nuriz recently posted..Beto Kusyairy Tak Kacak Tapi Berbakatbagi aku setiap ustaz yang sampaikan ceramah pasti ada asas mereka…dan kita sebagai pendengar kena dengar, pertimbang dan analisa balik….
Ustaz Azhar Idrus aku pun suka. Dan Ustaz lain cam Ustaz Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Badrul Amin, dan banyak lagi.
jedi recently posted..Derma Ikhlas (Sticky Post)Gaya dan cara untuk menarik minat anak muda
Moga mereka sentiasa sihat sejahtera
tehr recently posted..Tayang Gambar Panasustaz Don tak termasuk senarai wan ker..
kakyong recently posted..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©Mereka mmg top,selalu juga tgk video mereka kat facebook.
azman recently posted..Jom Cari Kucingustaz, kalau tak pakai Youtube/facebook/twitter orang takkan kenal kot. Jadi, ada baiklah jugak facebook/youtube/twitter ni kan, cuma orang je salah guna nikmat…
Aizan Fahri recently posted..Sharing Is Kissing ! Notification-Centric Desktopperkembangan yang positif..ada anak2 mmg suka dgr, tapi malu2..so dgn ada youtube sekurang2 mereka dapat apa yang dismpikan oleh ustaz2 mantap nie..:)
Tuan Tanah recently posted..[ Video ] : “Valentine’s Day” tiba lagi….sepatutnya ramai lagi ustaz kena mula cara sebegini…:)
Tuan Tanah recently posted..Guru Yang Tiada Budi Bahasa
Kena berubah cara dakwah…..
Kalau ada buat vlog lagi bagus ni….
lunaticg recently posted..SaPuloh Watermark agong UV lightmasyarakat kita mmg jumud..syukurlah adanya mereka sbg pembuka jalan…
adele recently posted..Baru Belajar Chatting Facebookmmg senang skrg nie…dengar ceramah melalui youtube..
kat rumah pun boleh tambah ilmu agama dan memberi keinsafan..
Hairul Hissam recently posted..Cara menghilangkan rasa tension, risau dan bimbang dalam Islam Part 1keempat2 Ustaz aku pernah dgr ceramah beliau.
Ustaz Maza adalah penceramah yang ramai kritik akan beliau. Ustaz Azhar penceramah yg tegas, sempoi tetapi kadang2 nak hentam org tuh memang terus tuju nama tersebut.. itu bg aku tidak eloklah..
nurmisnan recently posted..Beberapa tanda kita akan terkena penyakitApa pun apa yang mereka lakukan memang sgt aku salut terutama
Ustaz Azhar.. Ramai Rempitan suka dgr dan ikut cemarah beliau.. itu
aku sgt2 hormat pd beliau..
nurmisnan recently posted..Beberapa tanda kita akan terkena penyakitbagus kalau guna utube,,,sekurang-kurangnya ramai orang akan tengok video tu. secara tak langsung berdakwah jugak namanya tu…
hatiputera recently posted..Live streaming | siaran langsung EPL 2011/2012 4 Februari 2012, Arsenal vs Blackburn Roversak mmg suka ustaz azhar punya ceramah…tp sejak dia campur adukkan soal parti dalam ceramah, aku dah tawar hati nk tgok lagi dah
sollehahn recently posted..Pasaran smartphone kini melebihi pasaran PCUstaz-ustaz ini disukai kerana cara sampai yang lancar tanpa sangkut-sangkut, bahasa yang mudah, ikut teknologi baru, gunakan contoh-contoh yang terkini dan apa lagi?
ahmadyani recently posted..Apa Bukti Kita Cintakan Rasulullah?tak pernah dengar cermah ustaz-ustaz ni live.. sekadar tengok dan dengar di media.. sangat suka cara penyampaian diorang tu
kulanz recently posted..Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Kucar-kacirbuat masa ni aku hanya fokus dengan ustaz kazim..
fathul bari tak pernah dengar lagi,
Dr Maza aku layan ceramah sahih bukari dia
yang UAI tu pulak aku tak berapa nak dengar sangat, sebab aku tak berapa faham beberapa slang @ loghat dia

sabree hussin recently posted..Interest Rate Yang Dipersetujui: Adakah Ia Masih Dianggap Sebagai Riba?Aku bukan islam tapi aku layan habis cerama Ustaz Azhar Idrus kat you tube.beliau ada tarikan tersendiri dalam memberi ceramah kepada golongan muda.
Lawrence Vision recently posted..Ada apa dengan Samsung Galaxy S Plusaku layan jer ustaz fathul ngan azhar… tp bab melaga-lagakan tu, xelok la, be professional ler.. kalo aku main laga2 tu lain ler, aku bkan uztaz… org pun xkenal aku, apatah lg aku bukan famous mcm dorang… jd sapa mkn cili dia terasa pedas.. ‘awk’ tu sbg contoh kpd masyarakat.. sepatutnya tunjukkan (dengan ikhlas, bkn tpaksa) akhlak dan perilaku lebih baik dari ‘org biasa’… xelok laga2 ni, bela ikan laga lg baik der…

yg penting, intipati ceramah mereka, mmg terbaek… mampu ajak masyarakat berubah.. tinggal pd masyarakat tu jer lg, nak amik atau simpan dalam almari jer setiap teladan dan ilmu2 yg disampaikan oleh ustaz2 tersebut.. wallahualam…
haha..aku peminat tegar ustaz azhar….tpi ustaz fathul sebilangan ceramah aje aku dpt terima..bagi aku dia tak perlu lah mempertikaikan kredibiliti seseorang seperti menyalahkan seseorang….sbb ada 1 ceramah di mana..nampak sangat dia mcm nak glamour juga..haha..last2 jawapan kepada persoalan agama..tak ada jln penyelesaian..Wallahualam..aku bukanlah pandai sangat berbicara bab2 agama..huhu
farahaznil recently posted..Hari terakhir buat kali ke-2Alhamdulillah, berkata Ad-Dien kepada Akhii Juan :
terima kasih kerana memuatkan kisah dua orang syeikhuna saya, guru saya..UMAZA wa UFB… mereka adalah ilmuan tajdid, sungguhpun ada radd dan kritikan malah hinaan ke atas mereka, saya tidak melihat ia sesuatu yang besar lebih dari ilmu mereka dari qalam kibarul ulama’.
Adapun ustaz Azhar dan ustaz Kazim, mereka punya ilmu yang tersendiri, sungguhpun kadang-kala hujah mereka agak kurang, namun itu tidak pantas untuk kita menghukum mereka, saya mengormati kedua ustaz ini sebagai ahli agama dan insan yang lebih tua dari saya. Moa mereka dimuliakan Allah ,Amin.
komentar saya: Lihatlah apa yang seseorang itu sampaikan, dan jangan engkau lihat siapa yang menyampaikannya (Athar Ali r.a)
salam ukhuwwah dan ziarah, jemput ke blog saya ye

p/s- saya nak follow kat mana ye? tak jumpa button follow
Ad-Dien recently posted..Tauhid Dan Pembahagiannyaustaz Fathul, masih baru pada pemerhatian saya. Tak pernah ikuti lagi mana2 ceramah beliau.
Mekar recently posted..Miang Khum…Appertizer Unik dari Thailand- Comment Feed for this Post







Ustaz generasi baru yang memanfaatkan teknologi.
anif recently posted..Kalender Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2012