Raja Lawak Musim ke-6 (2012). Lawak ker der. Lu Kelakar, Gua Gelak. Tapi apakan daya gua tak gelak gelak. Baik. Berbalik kepada tajuk iaitu Raja Lawak Musim ke-6 (2012). Sememangnya gelanggang raja lawak memang dinanti oleh para penggemar rancangan raja lawak. Boleh dikatakan aku juga sangat meminati akan persembahan raja lawak setiap musim. Akan tetapi sedikit kekecewaan untuk raja lawak musim ke-6 ini.

Selalunya didalam rancangan raja lawak apabila sudah memasuki minggu ke-3 sahaja kita sudah ada pilihan atau nampak siapakah yang bakal menang dengan lawak lawak yang konsisten dan kelakar. Lihat sahaja musim musim lepas, kita dah dapat agak yang johan kelakar, zizan kelakar, nabil kelakar, sepah kelakar. Musim ke-6 ini aku tak dapat agak siapa yang kelakar. Kadang kadang kelakar kadang kadang tak kelakar.

Raja Lawak Musim ke-6 (2012)

Raja Lawak Musim ke-6 (2012)

Memang, kalau ingin buat suatu suatu lawak tu bukannya senang, akan tetapi aku boleh katakan yang raja lawak musim ke-6 ini antara yang tidak memuaskan. Sekarang sudah nak hampir memasuki minggu yang terakhir untuk dua tiga minggu saja lagi. Itu pun masih lagi kita tak dapat nak duga kumpulan mana yang best. Ermm…

Boleh dikatakan raja lawak musim ke-6 ini agak hambar. Adakah kita perlukan pengkritik pengkritik yang tegas seperti raja lawak musim musim yang terawal? untuk meningkatkan pemilihan dan mutu persembahan raja lawak untuk kembali di era kegemilangnya semula. Boleh dikatakan dan agak ramai yang katakan “Aku nak tengok raja lawak ni sebab aku nak tengok Johan ngan Zizan jer”, hehehe. Untuk mendownload raja lawak musim ke-6 korang silalah google sendiri yer, heheehe… :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)