The Sketchbook Project. I try to sketch again. Selepas melihat blog Kak EmilaYusuf. Aku mendapat idea yang baru. Idea untuk membuat satu kategori yang lain iaitu lukisan. Sebenarnya aku minat dalam lukisan. Ramai juga yang tidak tahu bahawa aku boleh juga melukis. Tidaklah pro, amatur sahaja, akan tetapi minat dalam lukisan memang ada dalam diri aku ni. Cantik betul lukisan hidupan, tumbuhan dan alam sekitar yang dilukis oleh Kak EmilaYusuf. Bila tengok macam tu, tu yang terasa nak melukis balik. Dah bertahun aku tinggalkan bidang lukisan ni sejak aku menyambung pelajaran hinggalah ke alam pekerjaan ini.

Semalam pergi beli sketchbook dan peralatan semua. Siap semua. Otak dah tepu tidak tahu nak melukis apa. Maka aku bukak blog Kak EmilaYusuf untuk mendapatkan idea melukis. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meniru lukisan dari kak emilayusuf sebagai panduan untuk melukis semula. Harap kak emila tidak kisah, hehe.

My Sketch According to Kak EmilaYusuf Cartoon

My Sketch According to Kak EmilaYusuf Cartoon

Bila start mengikut/meniru lukisan dari kak emilayusuf terasa tangan aku ini sangat keras. Maklumlah sudah hampir 7 tahun aku meninggalkan dunia lukisan. Dalam keras keras tangan pun alhamdulillah aku berjaya melukis walaupun tidak sama 100% dengan lukisan kak emilayusuf. Inilah lukisan pertama aku selepas 7 tahun, huhu. Lepas ini aku akan melukis lukisan sendiri sekali sekala untuk blog ini sebagai penambah perisa kepelbagaian entry untuk blog wanwidget.com.

Kredit to emilayusuf

Kredit to emilayusuf

Korang tengok antara lukisan aku dengan kak emilayusuf sama tak? hehe, konfem la tak sama, hehe. Lukisan Kak Emilayusuf memang cantik dan comel comel belaka. Selepas ini korang akn menyaksikan pelbagai lagi lukisan dan cartoon dari tangan aku yang keras ini terhadap blog aku nanti. Terima kasih kepada blog Kak Emilayusuf kerana menjadi inspirasi kepada aku untuk melukis kembali dan menaikkan semangat dalam bidang lukisan aku yang terkubur sejak 7 tahun lepas. Alhamdulillah sejak ada blog ini, pelbagai aktiviti aku boleh buat. Betul tak!

Aku ingat lagi semasa ditingkatan 1 aku pernah “duel” dengan kawan aku untuk melukis lukisan alam sekitar dan permandangan sebanyak 4 helai kertas lukisan yang disambung panjang. Itu adalah rekod sebuah lukisan terpanjang yang pernah aku lakukan semasa ditingkatan 1. Disebabkan panjangnya lukisan itu telah menarik ramai semua rakan sekelas untuk melihat lukisan yang aku lukiskan bersama dengan kawan aku. Bila teringat kembali kenangan zaman dahulu kala memang nostalgia lah. Apa pun jom layan video “sangat pendek” dibawah bagaimana aku cuba melukis. Harap jangan gelakkan aku sebab tangan aku agak “keras” sekarang  bila nak kembali melukis.

Video diatas adalah video apabila aku cuba untuk melukis gambar dari kartun Dragon Ball – Basic Sahaja

.

Maaf, aku tidak dapat nak tunjuk seluruh proses melukis tu sebab bateri kamera tiba tiba habis semasa membuat rakaman lukisan

Related posts:

  1. BlogWalking
  2. Jam Tangan Casio | Nostalgia