Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum

Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum. Korang dah daftar sebagai pengundi ke belum. Kalau belum bolehlah berbuat demikian sekarang kerana masa sudah semakin hampir untuk menemui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Untuk membuat semakan daftar pemilih bolehlah berbuat demikian disini http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Untuk mendaftar sebagai pengundi korang bolehlah mendaftar di PEJABAT POS. Proses mendaftar di pejabat pos selesai tidak sampai 10 min pun. Korang masuk ke pejabat pos kemudian ambil nombor giliran sebagai “Pelbagai” dan bukannya  ”Bayar Bil”. Bila nombor giliran dipanggil korang serahkan Kad Pengenalan dan mengatakan bahawa korang ingin mendaftar sebagai pengundi. Korang hanya perlu tunggu dan kemudian hanya perlu menurunkan tanda tangan pada Borang A – Pendaftaran Pemilih. Kemudian siap dan korang akan mendapat salinan Borang A – Pendaftaran Pemilih. Siap! Senang saja…

Pejabat Pos Bukit Mertajam Pulau Pinang

Pejabat Pos Bukit Mertajam Pulau Pinang

Secara ringkasnya untuk mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos adalah begini:

  • Pergi Pejabat Pos dan ambil no giliran “Pelbagai”
  • Bila no giliran dipanggil dan serahkan Kad Pengenalan, Pegawai Pos akan isikan maklumat kita
  • Jika maklumat yang diisi oleh pegawai pos tepat, anda turunkan tanda tangan
  • Apabila sudah menurunkan tanda tangan, anda akan diberi salinan borang A yang anda tanda tangan tadi
  • Proses selesai, mudah bukan… :)

Tidak ada alasan bagi kita untuk tidak mendaftar sebagai pengundi. Proses pendaftaran sangat mudah hingga tidak mengambil masa yang sangat lama iaitu cuma 10min itupun maksmum. Ingatlah, kita ni selalu cakap besar sokong pihak sanalah, sokong pihak sinilah akan tetapi kita ibarat lalang dan tin kosong yang hanya pandai cakap sahaja tetapi tiada tindakkan diambil. Undilah, dengan undi itu akan menentukan corak masa hadapan kita, kalau bukan bukan untuk kita, fikirkanlah anak bangsa kita dimasa hadapan. Apa yang kita buat sekarang adalah cermin dimasa hadapan. Undi adalah rahsia…. Selamat Mendaftar Sebagai Pengundi….

.

Tekan Gambar diBawah Untuk Besarkan Gambar Untuk Melihat Borang A – Pendaftaran Pemilih

Borang A - Pendaftaran Pemilih (Pilihan Raya Umum)

Borang A - Pendaftaran Pemilih (Pilihan Raya Umum)

Comments

    • says

      eh yer ker benjy, mungkin itu data sahaja kot, tp kita bukan pengundi yg sah mendaftar untuk mengundi nanti, apa apa pun baik buat semakan kat pejabat pos

  1. says

    Kepada sesiapa yg dah layak mengundi dan belum mendaftar, cepat2 la mendaftar… jangan lupakan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.

  2. Fandi says

    Saya dah daftar, nama saya skrg dalam proses pengesahan daftar pemilih yg bakal diwartakan tidak lama lagi.

  3. adam aril says

    saya daftar dah mengundi di pejbat pos. tpi saya cek status tempat mgundi gn tlipon xde name. cam mane tu… surat pendaftran tu sya simpan lg,,, cam mne sya nak pergi menguni name saya xde?

    • says

      adam, kalau baru mendaftar memang mcm tu, apa yg saya dengar “orang kata” status kita akan diupdate dalam masa 3 bulan, rasanya adam layak kot sebab rasanya pilihanraya bukan dalam masa 3 bulan nih, xpa tunggu dan lihat dahulu

  4. says

    baru je datang ke pejabat pos.. tiba2 kaunter kata “borang dah habis”… sukar nak percaya, kalu ikutkan di Tawau, Sabah x banyk pun student2 IPT yang cukup umur 21. mcm mana boleh habis @ disengajakan. Tawau ni kecik tapi borang boleh habis. Entah berapa lama dah notis tu terpapar kat cermin kaunter tu.. i just wait for next week, kalu notis tu masih ada juga bererti memang disengajakan.
    wanville recently posted..Surat Khabar Boleh Di Makan

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge