Download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV Mediafire. Rasanya dah ramai kot yang telah menonton filem The Hunger Games. Film The Hunger Games ni terlalu dibesar besarkan seolah oleh sebuah filem yang paling top dan best. Disebabkan kejayaan promosi, Film The Hunger Games telahpun berjaya mengutip kutipan yang tertinggi. Dan disebabkan itu pula, aku pun terpengaruh dengan ajakkan rakan untuk menonton Film The Hunger Games.

Selepas menonton Film The Hunger Games, ternyata ia tidaklah sebagus mana pun. Akan tetapi aku menyukai jalan cerita iaitu skrip dan tujuan filem ni. Jalan cerita kita dapat faham, akan tetapi apa yang diwar warkan dan harapan kita terhadap filem ni nampaknya sedikit tersasar. Masa tayangan ini pula sangat panjang iaitu hampir 2 Jam 30 minit. Permulaan cerita yang sangat sangat slow dan membuang banyak masa diawal penceritaan.

The Hunger Games 2012

The Hunger Games 2012

Set in a future where the Capitol selects a boy and girl from the twelve districts to fight to the death on live television, Katniss Everdeen volunteers to take her younger sister’s place for the latest match.

Secara asanya ada seramai 24 orang yang dipilih dari 12 daerah untuk melawan satu sama lain hingga ada hanya seorang sahaja yang hidup dan di akan diangkat sebagai pemenang. Secara asasnya aku mengharapkan filem ini akan penuh dengan aksi. Tetapi agak kecewa kerana watak watak yang selain watak utama mati dengan amat mudah sekali. Ada yang mati kena bom sangat banyak. Boleh dikatakan watak watak dalam 24 orang dimusnahkan dengan mudah. 

Last last watak utama hanya bergelut sedikit sahaja dalam tempoh 2jam 30 minit. Yang lain lain hanya dipaparkan “survival” dalam hutan sahaja dan sedikit babak romantik yang tidak perlu pun tidak mengapa. Secara peribadi Film The Hunger Games ni tidak seperti apa yang diharapkan, aksi aksi perlawanan yang sangat kurang mencabar, sepatutnya watak lebih memainkan banyak babak aksi, cemas dan emosi kerana ini Antara hidup Dan Mati.

Akhir sekali, bagi entry yang bertajuk Download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV Mediafire ni aku bagi rating 5.5/10. Perlu dinyatakan muat turun secara tidak sah seperti link download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV Mediafire ini perlu dielakkan kerana ianya salah disisi undang undang. Sekian sahaja Review untuk Film The Hunger Games ini.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)