Download Movie Filem Bunohan 2012 DVDrip Mediafire

Download Movie Filem Bunohan 2012 DVDrip Mediafire. Rasanya mungkin agak terlambat bagi aku untuk mereview sinopsis tentang filem bunohan 2012 ni. Maklumlah, filem bunohan 2012 telah pun berada dipawagam beberapa minggu . Nampaknya kutipan filem bunohan 2012 di malaysia ini kurang memberangsangkan. Seperti yang aku jangka, orang malaysia atau terutamanya pemikiran orang melayu yang masih lagi terikat dengan filem filem yang berunsurkan komedi dan seram. Masyarakat kita masih lagi kurang peka untuk mampu menilai filem filem yang berkualiti.

Tetapi tidak mengapa, tiada salahnya untuk memilih filem yang “best” pada pandangan umum dari melayan filem ntah apa apa. Yep, aku setuju. Akan tetapi kita tidak boleh menolak faktor bukan kesemua filem aksi itu best, bukan kesemua filem seram itu menyeramkan dan tidak semua filem komedi itu kelakar. Kita juga kena menolak persepsi yang tidak semua filem yang “slow” itu membosankan.

Pada pandangan aku filem bunohan 2012 ni jenis filem yang “slow”. Ramai juga yang rasa tidak berbaloi membeli tiket filem bunohan. Tetapi tidak bagi aku, aku sangat menyukai filem bunohan ini. Walaupun plot cerita agak “slow” tetapi aku boleh katakan yang filem ini “berkualiti”. Kualiti dari segi babak, jalan cerita, kesan tanda tanya, pergelutan, salah faham, hubungan adik beradik, survival untuk hidup, sejarah silam kekeluargaan dan banyak lagi. Kalau tidak berkualiti MANA MUNGKIN FILEM INI MAMPU merangkul Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse dan dikhabarkan pihak Oscilloscope Pictures telah membeli hak pengedaran filem ini untukdipasarkan ke pasaran Amerika Syarikat

Filem Bunohan 2012

Filem Bunohan 2012

Bila aku tengok filem ni, aku tahu yang filem ni ada kelainannya yang tersendiri. Kenapa aku kata filem ni ada kelainan, ini kerana filem ni tidak dibuat berdasarkan filem melayu kebanyakkannya dan diluar kotak kebiasaan filem dihasilkan. Korang perasan tak kekadang filem yang merangkul anugerah diluar negara atau mana mana kebiasannya yang menang bukan atas faktor kutipan wang tertinggi hasil dari jumlah penjualan tiket akan tetapi diatas faktor kualiti filem, skrip yang bagus dan lain lain lagi.

Untuk mendownload filem bunohan 2012 mediafire ni aku tak bekalkan link yer. Minta maaf. Link download movie bunohan 2012 ni tidak sesekali bagi wanwidget.com membantu dalam penyebaran hasil karya yang sah secara terlarang. Ingat, membekalkan link download filem bunohan mediafire atau dari mana mana pengupload adalah tidak sah disisi undang undang. Sila patuh dan faham… :)

Sinopsis filem Bunohan

Filem Bunohan berlatarkan sebuah kampung di Kelantan. Bunohan mengisahkan tiga adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit.
Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

Pelakon Utama Bunohan: Faizal Hussein, Zahiril Adzi. Jom tonton trailer bunohan 2012 dibawah:

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=_OgrPtRhdnY[/youtube]

Comments

  1. says

    x berkesempatan nak tgk lg T____T

    tp dari cerita2 org yg da tgk..mmg ramai kata cite ni slow..tp best..

    org malaysia suka cite aksi atas jalan raya.., cite lawak spastik, dan yang sewaktu dengan nya..cite2 mcm ni…mmg kurang ar

    mentaliti masyarakat org malaysia yg sukar di ubah
    chii recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

    • says

      ala jangan ler risau, kebanyakkan movie yang aku letak adalah bukan aku letak suka suka dalam blog ini melainkan satu movie yang aku sarankan untuk ditonton, cuba ko search movie dalam blog ni dan ko akan lihat sangat sedikit sekali movie dipost dalam blog ini kerana movie yg dipost dalam blog ini terpilih kerana best bukan kerana SEO semata mata. Lagi satu dalam entry ni ko akan baca yg aku dah katakan awal awal yang tiada movie download dan itu salah, hehehe

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge