Download SEO Untuk Semua

Download eBook SEO Untuk Semua. Aku ada satu ebook yang baru aku beli kejap tadi. Aku nak ajak kawan kawan yang berminat untuk belajar tentang SEO untuk mendownload dan mendapatkan ebook SEO ini. Ebook SEO Untuk Semua ini kepunyaan brader Ariff Shah. Serius dahulu semasa pertama kali aku membina blog aku sangat dangkal dan zero berkenaan SEO (Search engine optimization) nih. Apa yang aku tahu hanya letak tajuk dan tulis sedikit entry dan kemudian publish, itu sahaja. Pernah aku terfikir dari mana pembaca blog aku akan datang melainkan pembaca tetap dan dari visitor SEO google itu sendiri.

Bila dah sana sini cerita berkenaan SEO ni baru aku faham akan kepentingan SEO. Tanpa menguasai walaupun sedikit tetang SEO ini akan membantutkan perkembangan blog itu sendiri. Ibarat buat blog untuk dibaca oleh diri sendiri melainkan memang niat awalnya ingin berbuat begitu (buat blog untuk diri sendiri). Nampaknya aku lebih gemar dan suka berkongsikan akan apa yang aku tahu kepada orang lain. Untuk berbuat begitu, memiliki pembaca tetap dan menguasai SEO memang perlu dilakukan.

Ariff Shah SEO Untuk Semua

Ariff Shah SEO Untuk Semua

Sedar atau tidak, kalau korang menggunakan nuffnang analytics untuk melihat trend keyword korang akan dapati ada satu tajuk atau post korang dilawati sentiasa akibat dari kekuatan SEO itu sendiri. Ini akan memberikan traffic organic yang baik bagi blog. Aku sendiri hingga sekarang masih lagi menerima visitor berulang terhadap tajuk atau post yang berjaya didalam first page SEO google walaupun post entry itu telah lama. Dengan kata lain belajar SEO itu perlu. Tak susah sebenarnya.

Rasanya itu sahaja mukaddimah aku dalam perbincangan awal kita terhadap tajuk “Download SEO Untuk Semua”. Dah korang jangan ingat aku nak bekalkan ebook SEO Untuk Semua oleh Ariff Shah ni secara percuma. Aku sendiri pon beli dan terang terang dalam ebook SEO Untuk Semua ni ditanda dengan “hak cipta terpelihara” dan “tidak dibenarkan mengedar”. Apa yang aku boleh berikan sedikit info berkenaan ebook SEO Untuk Semua ini adalah ebook ini mempunyai 38 muka surat, sangat berbaloi, menggunakan bahasa yang mudah, senang faham dan murah pulak tuh.

Bagaimana Nak Beli?

Mudah saja, sila klik LINK INI untuk muat turun dan mendapatkan maklumat lanjut.

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge