Kentucky Fried Chicken Spicy Malaysia
Kentucky Fried Chicken Spicy Malaysia. Ingat lagi tidak akan isu Pelanggan KFC Dibelasah sebelum ini, tapi bukan itu yang saya nak cerita, hehe. Entry kali ini berkenaan tabiat dan habit pemakanan. Ramai dari kalangan kita yang mempunyai habit pemakanan yang berbeza. Setiap orang berbeza kehendaknya. Kita mencuba pelbagai aneka makanan dan pelbagai tempat tempat yang menarik hanya untuk merasai kelainan suasana dan makanan itu sendiri. Kekadang kita mencuba makanan disebabkan oleh kerana masa dan waktu yang mempengaruhi kita.
Kenapa masa dan waktu mempengaruhi bentuk dan corak makanan kita. Sebagai contoh, aku kadang kadang akan memilih makanan fast food McD jika aku pulang kerja lewat pada pukul 4 pagi. Kalau waktu malam pula kekadang aku pekena makanan gorengan dikedai kedai makanan seperti Nasi Goreng ayam kunyit atau apa apa. Kadang kadang bila nak merasa kelainan sesuatu masakkan aku akan pekena mee bandung pula, maklumlah mee bandung selatan dengan utara amat berbeza cara masakkannya.

Kentucky Fried Chicken Spicy Malaysia
Bila waktu cuti dan selepas gaji pula kebiasaannya aku akan mencuba menu makanan ditempat yang agak special iaitu di Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet. Kalau tiba bulan puasa pula selalunya aku akan cuba mencari Nasi Dagang, tak tahu kenapa, bukan hari hari makan pun tetapi aku sangat suka akan nasi dagang walaupun aku bukan orang negeri pantai timur. Dan seperti biasa lelaki kacak selalunya suka akan makanan yang berkhasiat terutamanya buah buahan seperti tembikai.

Kentucky Fried Chicken Spicy Malaysia - unboxing
Adakah pengambilan pemakanan Kentucky Fried Chicken (KFC) itu sihat. Kita tidak bolehlah mengatakan makanan itu sihat dan ini tidak sihat. Cuma apa yang boleh kita katakan adalah pengambilan sesuatu makanan haruslah mengikut kadar kadar yang difikirkan perlu untuk tubuh badan kita. Sebagai contoh sayur sayuran itu haruslah tinggi pengambilannya dan diikuti oleh buah buahan. Pengambilan makanan yang berminyak atau berkolestrol dan bergaram tinggi haruslah dikurangkan dalam pengambilannya. Gambar diatas pula adalah menu KFC Snack Plate Spicy. Bentuk makanan seperti diatas bolehlah diambil sesekali. Nanti kalau makan selalu jadi jemu pulak, hehe.

KFC Cheesy Wedges
Gambar diatas pula adalah KFC Cheesy Wedges. KFC Cheesy Wedges ni kalau nak makan disarankan makan panas panas. kalau dah sejuk tak berapa sedap kerana menjadi keras. Bahagian cheesy tu la yang paling sedap kerana lemak dan berkrim disukai ramai dan terbaik dari ladang. Apa apa pun makanan jenis ini haruslah dikecilkan pengambilannya kerana kandungan yang kurang baik bagi badan.
Nasihat tidak berbayar dari saya adalah, makanlah makanan dari sayur sayuran dan buah buahan yang terbaik dan amalkanlah pemakanan yang sihat untuk badan dan hari tua kita nanti. Alhamdulillah, mulakan dari sekarang atau anda akan terlambat dalam satu tapak kehadapan untuk masa depan yang lebih baik…. ![]()
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

Sekali sekala layan fast food ok.. Kalau selalu tentunya akan memudaratkan diri & tidak sihat untuk poket juga!
anif recently posted..Selamat Menyambut Hari Lahir