Perjanjian Pengiklanan | Advertising Agreement. Semalam saya baru sahaja selesai melakukan face to face deal perjanjian perniagaan yang sangat baik. Dari segi “paperwork” atau kertas kerja yang dicadangkan kepada saya sangat menarik perhatian. Peluang perniagaan yang sangat sangat baik dan cerah untuk masa depan prospek bisnes yang saya cari. Alhamdulillah semalam adalah salah satu hari yang bertuah dalam hidup kerana dipertemukan dengan prospek bisnes yang diluar jangkaan saya dan saya berharap sangat ia dapat direalisasikan secepat mungkin dan memberi laluan masa depan yang lebih baik. Manusia itu perlu melakukan perkara yang lebih baik dari semalam.

Selepas sesi penerangan dan perbincangan. Saya dan rakan akhirnya bersetuju untuk menyertai peluang bisnes yang ditawarkan. Sebenarnya peluang bisnes yang ditawarkan hanyalah kepada saya. Akan tetapi untuk permulaan ini adalah lebih baik bagi saya untuk melibatkan rakan agar “kos dan kerugian” ditanggung bersama sama. Jika berjaya kami berdua akan melakukan proses “split business” dimasa akan datang agar tidak berlaku “makan hati” dimasa akan datang. Ini penting bagi kepada sesiapa yang cuba melakukan bisnes bersama kawan. 

advertising

advertising

Korang faham tak akan apa yang saya cuba sampaikan? Baiklah, ceritanya begini. Semalam saya ditawarkan satu peluang bisnes yang sangat baik. Tidak perlulah saya ceritakan apakah bisnes itu. Bila sudah berjaya nanti baru saya akan ceritakan dari A-Z. Peluang bisnes yang ditawarkan dalam bentuk bisnes offline. Kita ambil contoh bisnes kosmetik (sebagai contoh). Pendapatan saya akan saya dapat melalui jualan kosmetik + Pengiklanan.

Pasal pendapatan dari kosmetik (sbgi contoh) itu tidak perlulah saya ceritakan sekarang, akan tetapi tentang pendapatan dari pengiklanan itu saya ditawarkan pendapatan melalui iklan sebanyak RMxxxx selama setahun, huhuuhu. Bestkan.. :) . Disebabkan bisnes ini saya kongsi bersama rakan maka setiap seorang dari kami menerima RMxxxx sebulan selama setahun. Ini bermakna didalam setahun saya akan menerima RMxxxxx secara keseluruhannya. Dan jika perjanjian ini ditandatangani dan berjaya, saya akan memeriahkan blog wanwidget.com ini dengan contest yang best best… Nak tak… :)

Sampai sini sajalah entry pembukaan perihal akan pengiklanan yang ingin saya hebahkan. Mengapa saya perlu hebahkan? Mesti ada yang tertanya tanya bukan? Sebenarnya saya ada satu niat jika saya berjaya dalam apa apa bidang suatu hari nanti, dengan blog inilah nanti saya ingin ajak kawan kawan untuk berjaya bersama sama dengan saya dan akan saya kongsikan segala apa yang saya tahu dan ada dengan semua orang. Sebenarnya wang bukan erti kebahagiaan, akan tetapi melihat orang lain turut sama sama berjaya, senang dan bahagia itulah erti kebahagiaan..

Selingan (tiada kena mengena dengan tajuk post entry diatas)

Video kemalangan kecil di Jalan Baru Permatang Pauh Penang

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)