SAPS – Semak Slip Peperiksaan Pelajar dan Takwim Peperiksaan 2012. Rasanya ramai yang sudah menulis mengenai entry ini. Lambat betul aku untuk menyedari yang entry ni sudah berlalu. Tapi tidak mengapa kerana menyebarkan sesuatu yang berguna itu perlu dan baik untuk orang ramai. Ok. Kepada sesiap yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang bersekolah. Disini kementerian ada melaksanakan satu program yang sangat baik bagi memperbaiki sistem pentadbiran sekolah rendah dan menengah.

Apakah program itu, program itu adalah program SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) yang bertujuan untuk memasukkan data data pelajar iaitu slip peperiksaan pelajar kedalam online sistem. Dengan adanya sistem ini, ibu bapa dengan mudah dapat mengakses dan menyemak slip peperiksaan pelajar iaitu anak mereka dengan mudah. Aku sangat setuju program program peningkatan mutu seperti ini supaya memudahkan dan melancarkan karenah birokrasi yang berlaku sebelum ini

Kepada ibu bapa yang ingin menyemak slip peperiksaan pelajar boleh berbuat demikian disini http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

SAPS - Semak Slip Peperiksaan Pelajar

SAPS - Semak Slip Peperiksaan Pelajar

Disebabkan sistem ini masih baru, hanya slip peperiksaan tahun 2011 dan 2012 sahaja yang boleh dilihat. Tetapi tidak tahulah kalau dimasa akan datang slip peperiksaan yang sebelum sebelum ini dapat dicapai nanti. 

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2012

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)