Beli Rumah. Pagi ni aku nak berkongsikan kan entry ringkas berkenaan panduan membeli rumah. Aku bukan nak bercerita dengan detail tentang cara cara membeli rumah disebabkan aku masih lagi baru dalam pembelian rumah. Kepada yang diluar sana yang aku boleh sifatkan sebagai sudah berkerja atau baru memulakan kerja, pasti fenomena terfikir untuk melaburkan duit adalah salah satu perkara utama. Ramai dari kita sedikit tersilap didalam membuat percaturan kewangan. Aku tidak mengatakan ianya salah sama sekali, akan tetapi kurang bijak dalam menguruskan kewangan.

Faktor faktor utama dalam pembelian sebuah rumah adalah kewangan. Tanpa kewangan yang stabil dan baik sukar mencari rumah yang mampu dimiliki. Kewangan seseorang itu adalah faktor utama terhadap apa jenis rumah yang bakal dan mampu untuk seseorang dalam memiliki sebuah rumah. Pengalaman aku semasa membeli rumah. Pihak Pemaju Perumahan akan bertanya berapakah gaji kita sebulan untuk dibuat congakkan dan kira kira. Selepas mengetahui gaji kita, pihak pemaju kebiasaannya akan mencadangkan jenis jenis rumah yang boleh kita miliki berdasarkan kemampuan gaji kita.

Lelaki Kacak

Lelaki Kacak

Sila abaikan gambar Lelaki Kacak diatas yang tiada kena mengena terhadap entry ini. Bila kita tiada masalah didalam kewangan, maka bermulalah siri dalam memilih jenis rumah yang kita inginkan. Kebiasaannya membeli rumah baru adalah lebih baik dari rumah terpakai. Walaubagaimapun terdapat pelbagai faktor yang mendorong terhadap BERNILAINYA sesebuah rumah yang dibeli.

Katakan kita ingin membeli rumah baru. Faktor faktor strategik rumah  seperti harga pasaran perumahan, harga dimasa hadapan perumahan, nilai tambahan yang bernilai seperti sekolah, hospital, balai polis, bomba, kedai kedai runcit dan pelbagai lagi adalah satu nilai yang perlu diambil kira didalam membeli rumah baru. Ini kerana nilai nilai tambah tadi mampu melonjakkan harga tanah dimasa hadapan. Senang cerita, orang yang ingin membeli rumah mesti memastikan kawasan perumahan yang ingin dibeli haruslah mempunyai pelbagai kemudahan yang berguna.

Rancanglah kewangan dari sekarang. Simpanlah duit sedikit demi sedikit dari sekarang untuk menyenangkan kita bila ingin membeli rumah nanti. Kena ingat, rumah sekarang sudah mahal dan ditambah pula dengan syarat ketat untuk peminjam wang oleh bank. Downpayment rumah yang diperlukan adalah 10% dari keseluruhan jumlah pinjaman. Jika harga rumah RM150K, maka bersedialah anda dengan downpayment RM15K. itu belum ditambah lagi pula dengan kos guaman yang rata rata didalam lingkungan RM3K. Nasihat aku untuk yang baru berkerja, kalau korang diberi pilihan samada nak beli rumah dahulu atau kereta dahulu, aku nasihatkan korang untuk membeli rumah dahulu. jangan tanya kenapa? Korang pandai pandai fikirlah mana satu yang tambah duit dan mana satu yang bakal kurangkan duit… :)

Kalau korang ni jenis yang beli rumah untuk menambah pendapatan, apa kata baca entry Pelaburan Hartanah ni

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)