Bersarapan Bersama Samsung Tablet dan Roti Jala

Bersarapan Bersama Samsung Tablet dan Roti Jala. Maaf, entry kali ni nampak kurang menarik tatkala aku kekurangan idea dan dah 4 bulan tak balik kampung. Alhamdulillah di waktu petang jumaat ini aku dapat balik ke kampung halaman aku iaitu di Johor. Dah lama tak jumpa ayah dan bonda. Rindu sangat akan suasana di kampung/taman yang aman damai. Tempat bermain lagikan dikenang, apatah lagi tempat asal usul, hehehe.

Balik kampung nanti bolehlah aku melawat rumah yang aku beli dan masih lagi dalam pembinaan iaitu di Taman Sri Impian. Tak sabar rasanya nak menanti bulan 8 ini nanti untuk merasmikan rumah baru alias rumah pertama ku, chewahhh. Bila dah dapat rumah nanti, tak ada lah pening pening lagi nak memikirkan beli rumah kerana dasar pembelian rumah sekarang sudah semakin ketat. Syukur aku dah lepas segala proses beli rumah itu semua.

Samsung Galaxy Tab 7 Wifi P1010

Samsung Galaxy Tab 7 Wifi P1010

Kelaparan dipagi hari aku isi dengan bersarapan Roti Jala. Dan kebosanan diwaktu tengah hari aku isi dengan bermain Angry Bird Space dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab WiFi P1010. Kesian galaxy tab aku, lama sangat dah aku biarkan, sampai berhabuk. Berbalik kepada roti jala ni, sedap pulak aku pekena Roti Jala ni pepagi. Jarang sangatlah aku nak nampak orang jual roti jala ni lagi lagi waktu pagi. Ada sesiapa yang rajin buat sendiri roti jala ni, minta resepi roti jala boleh tak!. Cicah dengan kuah kari ayam, memang sedap sehingga menjilat jari, serius aku tak tipu, hehehe..

Aku sebenarnya sedang kekurangan idea. Boleh sesiapa bagi idea untuk aku menulis. Sekarang pun suasana malaysia kita tiada isu yang hangat pun, cumanya hanya isu Pilihanraya PRU-13 tak lama lagi. Aku harap sangatlah sesiapa yang sudah layak tu cepat cepat lah Mendaftar Sebagai Pengundi Pilihanraya. Tunaikan tanggungjawab anda dan bersedialah dengan Roti Jala yang enak sambil melayari internet menggunakan Samsung Tablet…… :)

Comments

    • says

      hehehee, xlah, ni dah lama pun ada tablet, dah banyak kali pos pon pasal tablet ni, kalau baru beli lain la, hehehe :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge