Cara Cara dan Bagaimana Membuat Subdomain Blog
Cara Cara dan Bagaimana Membuat Subdomain Blog. Aku telah mendapat beberapa pertanyaan tentang bagaimana untuk membuat subdomain bagi blog. Subdomain blog adalah salah satu cara untuk Penjenamaan Blog bagi memperkenalkan niche kepada blog utama. Sebelum ini aku pun tidak tahu bagaimana membuat subdomain blog. Selepas mengetahui cara cara membuat subdomain blog, nampaknya ia tidaklah begitu rumit, malah kita dapat membuatnya dengan banyak tanpa ada masalah pun. Setahu aku subdomain ini adalah “free” bagi mana mana server.
Ok, dibawah ini adalah tutorial dan cara cara bagi membuat subdomain blog. Tutorial ini lebih kepada menginstall system wordpress kepada subdomain blog dan menggunakan “cpanel” sebagai asas. Walaubagaimapun ia tetap sama atau lebih kurang sama walaupun anda menggunakan system “blogspot” sebagai pilihan.

cpanel interface
Untuk langkah pertama, sila masuk ke akaun cpanel masing masing iaitu disini “http://xxxxxx.com/cpanel” dan masukkan username dan password masing masing. Lupa untuk beritahu, cara cara membuat subdomain blog ini adalah untuk domain berbayar sahaja kerana domain berbayar mempunyai akaun cpanel yang membolehkan seseorang untuk mengakses akaun dan seterusnya membina subdomain melaluinya.

Subdomain at cpanel account
Selepas masuk kedalam akaun cpanel, cari perkataan “Subdomain”, lihat gambar diatas, aku telah menandakan dengan warna merah, sila tekan link subdomain tersebut untuk membina subdomain yang baru.

memasukkan nama subdomain yang baru
Sebagai contoh, katakan yang Domain Utama aku adalah “wanwidget.com”. Dan aku ingin membuat nama subdomain yang baru iaitu “contoh” sebagai contoh kepada Domain Utama aku. Lihat gambar diatas, dibahagian Subdomain sila isikan “contoh” atau apa apa sahaja sebagai pilihan korang dan disebelah kanan subdomain pula pilih Domain utama korang. Kemudia tekan perkataan “create” untuk create nama subdomain korang.

subdomain creation success
Selepas korang tekan “create”, maka korang telah berjaya membina link subdomain yang baru iaitu “contoh.wanwidget.com” sebagai contoh. Lihat gambar diatas untuk faham. Sekarang korang telah faham bagaimana untuk create sesebuah link subdomain. Korang telah pun berjaya create link subdomain tetapi link subdomain tidak berfungsi selagi korang belum install wordpress/blogspot terhadap link subdomain yang baru di create tadi. Sila lihat dibawah….Tahniah…

Softaculous
Kemudian, masuk balik ke homepage cpanel korang balik, kemudian cari link “Softaculous”. Tekan link softaculous untuk menginstall “wordpress” kepada link subdomain yang baru di create tadi iaitu “contoh.wanwidget.com”.

wordpress Softaculous
Selepas sudah masuk kedalam “Softaculous”, kemudian pilih dan tekan “wordpress” (sebagai contoh) untuk menginstall wordpress kepada link subdomain iaitu ”contoh.wanwidget.com”.

Install wordpress
Selepas tekan wordpress, korang akan masuk dan jumpa halaman seperti gambar diatas. Pada gambar diatas ada tanda warna merah yang menunjukkan perkataan “Install”, korang tekan link Install tu untuk memulakan install.

wordpress installation page
Selepas korang tekan perkataan “install” tadi sebenarnya korang belum lagi install, akan tetapi korang akan dibawa kepada halaman seperti gambar diatas untuk melakukan setting penting dahulu sebelum memulakan prosess install yang sebenar. Sila lihat dibawah untuk melakukan setting yang penting….
1. Choose Domain : contoh.wanwidget.com (pilih link subdomain yang kita buat sebelum ini)
2. In Directory : ____________ (sila kosong kan bahagian ini, kalau ada tulisan pun tolong clear kan)
3. Admin Username : masukkan username (untuk login blog contoh.wanwidget.com)
4. Admin Password : masukkan password (untuk login blog contoh.wanwidget.com)
Abaikan yang lain lain kerana 4 diatas adalah yang paling penting……………

Install wordpress now
Selepas isi ke empat-empat yang penting tadi, kemudian scroll kebawah dan akan jumpa perkataan “install” seperti gambar diatas. Sebelum tekan install, isikan alamat email yahoo/google/msn kedalam “Email installation detail to” seperti yang tertera pada gambar diatas kerana selepas install nanti maklumat username dan password akan dihantar kealamat email yang kita isiskan. Sekarang tekan “Install” sekarang juga untuk menginstall dan menamatkan keseluruhan proses cara cara membuat subdomain blog….

wordpress installed successfully
Selepas tekan “install” akan keluar seperti gambar diatas. Dan diucapkan TAHNIAH korang telah berjaya menginstall wordpress dan membuat subdomain blog iaitu “contoh.wanwidget.com”. Sekarang korang cuba tekan “contoh.wanwidget.com” sekarang juga untuk test subdomain yang baru sahaja korang create samada berjaya ataupun tidak

subdomain created
Selepas tekan “contoh.wanwidget.com”, akan terpaparlah gambar seperti diatas. Tahniah sekali lagi nampaknya korang telah berjaya dan faham dalam bagaimana membuat subdomain blog. Tahniah sekali lagi. Kalau ada yang tak faham dimana mana bolehlah komen di ruangan komen yang disediakan… ![]()
Latest posts by Juan (see all)
- Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.com - June 19, 2013
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013

saya dah ada subdomain cuma tak guna je lagi…sebab buat separuh jalan…, tq for this info boleh try buat sampai jadi
azura recently posted..Isu kewarganegaraan