Gempa Bumi 2012 Indonesia 11 April. Berita menggemparkan, baru sahaja sebentar tadi telah berlakunya gempa bumi 8.9 skala richter yang berlaku diluar pesisir pantai acheh sumatera. Gempa bumi yang pertama berlaku pada pukul 4.40 petang waktu malaysia dan yang kedua pada 6.45 petang waktu malaysia iaitu 2 jam selepas gempa bumi yang pertama. Gempa bumi yang kedua bernilai 8.5 skala richter.

Nampaknya ini kali kedua terjadi kejadian gempa bumi yang terbesar setelah kejadian gempa bumi tsunami 2004. Gempa Bumi Indonesia 11 April 2012 kali ini berlaku dua kali dan mungkin terdapat beberapa gegaran kecil selepas itu yang terjadi dilautan dalam. Malaysia hanya merasai gegaran akibat gempa bumi pada 4.40 dan 6.45 petang. Kita tunggu berita selanjutnya pada keesokkan hari.

Gempa Bumi Indonesia 11 April 2012

Gempa Bumi Indonesia 11 April 2012

Aku sendiri merasai gegaran akibat gempa bumi indonesia ini tadi iaitu pada pukul 4.40 petang ketika berada dirumah. Semasa kejadian hampir keseluruhan penhuni flat telah turun kebawah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Dan ketika berada ditempat kerja, sekali lagi kejadian gempa bumi berlaku iaitu pada pukul 6.45 petang dan semua pekerja diminta keluar dari ofis. Berlaku sedikit taklimat ringkas yang menginginkan kesemua pekerja untuk pulang dan tidak bekerja pada waktu malam. Rasanya ditempat tempat lain yang merasai gegaran gempa bumi indonesia 11 April 2012 juga berbuat perkara yang sama.

Ok, dibawah ini aku attachkan video video gempa Bumi Indonesia 11 April 2012 yang telah diupload oleh pengupload youtube sebentar tadi untuk memperlihatkan keadaan semasa kejadian gempa bumi diacheh. Kita lihat paparan dibawah.

.

.

.

.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)