Kebaikkan Install Plugin WPtouch Untuk Blog WordPress. Salam Satu Malaysia. Hari ini aku ingin berkongsikan cerita dan pengalaman didalam penggunaan Plugin WPtouch bagi pengguna wordpress. Plugin WPtouch ini seharusnya adalah salah satu plugin wajib bagi semua blog wordpress. Sebenarnya apa plugin WPtouch ni. Perlu diketahui plugin WPtouch ini adalah plugin yang membantu untuk menukarkan theme blog kita kepada theme mobile yang memudahkkan kita atau pengunjung dari tablet mahupun smartphone untuk membaca blog kita.

Kalau fikir fikir balik mesti kita rasa agak berserabut bila kita membuka blog kita menggunakan tablet mahupun smartphone. Jadi penyelesaian kepada itu, kita memerlukan satu plugin bagi menukar theme blog kita kepada mobile theme yang ringkas, laju dan sedap dipandang untuk dibaca apabila membaca blog kita dari tablet mahupun smartphone. Ini penting bagi pengunjung yang datang dari tablet/smartphone yang tidak ingin blog kita loading dengan lambat dan ditambah lagi dengan iklan yang pelbagai untuk dimuatkan didalam skrin yang kecil. Pasti kita tidak mahu perkara itu berlaku bukan? Jadi installah WPtouch sekarang…. :)

Install Plugin WPtouch

Install Plugin WPtouch

Untuk menginstall, masuk kedalam wordpress admin > plugin > add new > type “WPtouch” > install. Mudah bukan. Ada pelbagai setting untuk WPtouch, tetapi rasanya cukuplah setting “default” tuh. Ok dibawah ini aku akan tunjukkan perbezaan sebelum dan selepas menginstall plugin WPtouch. Ok aku akan tunjukkan bagaimana wajah blog aku sebelum dan selepas menggunakan WPtouch dengan menggunakan tablet sebagai contoh….

Open blog Using Tablet

Open blog Using Tablet

Gambar diatas adalah Homepage Blog Wanwidget.com jika aku buka menggunakan Samsung Tab/Smartphone. Gambar diatas adalah jika kita tidak mengaktifkan WPtouch. Nampak kurang menarik apabila ada sidebar dan iklan iklan yang mengganggu disebelah kanan yang memakan ruang

Open blog Using Samsung Tablet

Open blog Using Samsung Tablet

Gambar diatas ini adalah apabila aku buka blog aku dan tekan tajuk entry/post. Dalam keadaan begini nampaknya pengunjung atau visitor ke blog aku yang menggunakan tablet/smartphone akan berasa semak oleh kerana iklan dan sidebar yang mengganggu post utama. Masih lagi tidak mengaktifkan WPtouch?

WPtouch Homepage

WPtouch Homepage

Gambar diatas ini pula adalah gambar apabila aku membuka Homepage Blog aku menggunakan tablet/smartphone dan telah install/activated WPtouch. Kalau korang lihat interface nya sangat simple, minimal dan bersih. Senang untuk memilih tajuk tajuk yang ingin dibaca. Ada gaya macam interface ios kan.. :)

Gambar dibawah ini pula apabila aku membuka post mengenai Galaxy Note ICS Update dan Roti Jala. Korang boleh lihat selepas WPtouch diinstall, pembacaan blog wordpress di tablet/smartphone akan jadi lebih ringkas dan simple tanpa serabut dari gangguan sidebar dan iklan iklan… Selamat Mencuba….. :)

WPtouch Entry

WPtouch Entry

.

WPtouch Post

WPtouch Post

 

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)