Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain
Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain. Apakah tujuan kita membuat blog? Kerana duit, hobi, sharing, bisnes atau apa apa. Pada aku, permulaan blog yang aku bina pada mulanya ianya sebuah hobi. Dah lama sangat nak buat blog sendiri. Masa dahulu tak tahu macam mana nak “online” kan blog. Yang aku tahu hanya membuat blog sendiri “full customize” yang berbentuk OFFLINE. Blog lama ini yang berbentuk offline inilah salah satu blog yang aku buat dahulu sejak maza zaman universiti lagi. Aku langsung tak faham macam mana nak onlinekan blog, kelakar pula masa tu.
Aku masih lagi teringat sewaktu aku tergesa gesa nak letak nama domain blog aku ni. Korang boleh baca kisah asal usul nama blog ini terjadi link diatas. Setelah selesai nama blog dipilih, bermulalah era untuk menulis artikel dan post/entry diblog ini. Benar seperti yang dikata, apabila kita masih baru didalam dunia blog, kita akan menghadapi fenomena TAK TAHU NAK TULIS APA. Nak copy paste rasa malas. Nak menaip lagi lah malas. Bila dah menaip entry, pendek pula idea dan pendek pula karangannya. Macam macam masalah..

branding my blog
Walaupun penuh dengan dugaan, aku teruskan juga menulis blog, lama kelamaan aku mula mendapat rentak didalam menulis. Penulisan aku mula tersusun dan susun atur blog mula aku ambil berat. Image dan gambar gambar didalam blog aku ini mula aku buat piawaian sendiri iaitu bersaiz 550x??? untuk menjadikannya lebih seragam dan cantik.
ERA BLOGWALKING
Bila sudah menguasai kemampuan dan kelancaran didalam menulis blog, maka penjenamaan blog perlu dilakukan. Bagaimana penjenamaan blog dilakukan? Bagi aku mudah ja, iaitu dengan merajinkan diri untuk melakukan blogwalking terhadap blog blog yang lain untuk membina persefahaman, perkenalan, backlink, penjenamaan, bertukar pandangan melalui komen dan seterusnya memperkenalkan diri bahawa kita juga salah seorang blogger seperti mereka yang perlukan mereka seperti mereka memerlukan kita juga. Banyak perkara yang kita akan belajar dari blogwalking secara sedar atau tidak.
ERA TRAFFIK
Apabila jenama sudah dibina dikalangan blogger, maka step yang lebih jauh pula diperlukan iaitu menarik audience yang lebih besar dan jauh iaitu audience dari Search engine optimization (SEO). Penguasaan didalam SEO mampu dan bakal menarik trafik yang besar kedalam blog. Sumber backlink dan traffik yang tinggi mampu membuat blog kita dikenali didalam engin carian yang akan menyebabkan blog kita menjadi lebih global. Penyebaran berita dan maklumat yang tepat, ilmiah dan bertanggungjawab itu membantu audience kita yang diluar untuk menerima maklumat dengan lebih cepat, pantas dan pelbagai.
ERA PENDAPATAN
Blogwalking tetap dilakukan, trafik pula sudah stabil (walaupun tak tinggi), maka bermulalah era untuk mendapatkan pendapatan melalui blog atau pendapatan online tidak kisahlah melalui Affiliate, Nuffnang, Adsense atau apa apa sahaja yang mampu membawa kepada pendapatan online. Samada banyak ataupun sedikit bukan ukuran. Akan tetapi kemampuan dan berjaya dalam mendapatkan pendapatan online ialah suatu kejayaan. Nampaknya, ramai dikalangan blogger masih lagi berada di zon ini iaitu masih lagi mencuba dan ada juga yang putus harapan dan berharap pendapatan online itulah pendorong utama didalam berblogging.
ERA TUMBESARAN
Ini bukan nak cerita era tumbesaran kanak kanak yer tuan tuan dan puan puan. Era tumbesaran yang aku maksudkan ialah membina blog yang berunsurkan niche. Apa itu blog niche?. blog niche adalah sebuah blog yang memfokuskan pada satu satu genre atau kategori seperti blog makanan, automotif, teknology, software, game, kesihatan atau apa apa sahaja yang bersifat satu kategori yang bertujuan untuk fokus pada satu isu.
ERA SUBDOMAIN
Ada yang membuat subdomain untuk fokus kepada satu satu tajuk, seperti blog, kedai online, forum atau apa apa sahaja. Aku sendiri telah pun membuat dua subdomain. Apa itu subdomain? Subdomain adalah nama sub bagi satu-satu nama domain yang telah didaftarkan. Misalnya, anda memiliki nama domain www.abc.com.my anda boleh membina subdomain seperti mail.abc.com.my, doc.abc.com.my, dan sebagainya.
Alhamdulillah aku telah mengembangkan dan membuat subdomain dan niche sendiri untuk membesarkan lagi penjenamaan dan blog aku ini
1. http://wanwidget.com/ - Blog Utama
2. http://english.wanwidget.com/ - Blog Niche bahasa english (bertujuan untuk improve english skill)
3. http://tech.wanwidget.com/ - Blog Niche khas untuk technology auto/software/phone,computer etc
Kesimpulannya, Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain memang sangat penting kepada blogger untuk terus bernyawa didalam dunia blogging. Akan tetapi ianya bukan sesuatu yang wajib dan perlu diikuti. Ini kerana setiap blogger itu mempunyai alasan dan target mereka masing masing. Tujuan berblogging seorang blogger dengan blogger itu lain satu sama lain. Walaubagaimanapun ada satu yang sama iaitu BerBlogging itu Adalah Hobi… ![]()
Latest posts by Juan (see all)
- Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa - May 21, 2013
- Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy - May 20, 2013
- Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia - May 18, 2013
This entry was posted by Juan on April 15, 2012 at 6:26 am, and is filed under Personal. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
perh target luar negara..terbaikk..
akhiyy recently posted..Kaulah Lilin Hatiku
sama mcm chii..sgt jarang2 masuk ke sana..lgpun kadang2 x terkejar nak masuk blog byk2
chii recently posted..Susahnya kalau tak sedar diri
memang mula2 start blogging main redah je, dah lama sikit baru dapat dia punya skill
Shahrul recently posted..Kenapa Agama Islam Selalu Dihinammg blogging perlu ade hala tju..nk2 kalo ade ‘gol’ sendiri..mmg bersemangat sikit nk capai..sy bru jer era blogwalking..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?syabas.. semakin maju.. saya baru nak bertatih
rahman recently posted..Awi Rafael tersingkir di konsert kedua ManiaNak buat sub-domain tu menarik tu broo … kira kena bayar juga ke ? …. ada panduan ke nak buat subdomain ini …. boleh kongsikan ilmu buat subdomain tu ?
benjy recently posted..ISU MANSUHKAN PTPTN – ANWAR IBRAHIM MEMANG BERANI TETAPI TAK CUKUP HEBATNice entri bro….
yas recently posted..LELAKI KACAK MALAYSIAsuka entri ni..tapi aku tak tau akunya domain ni ada subdomain ke tak..macam mana nak tau ye..
Sukacuka.com recently posted..Blog DenaiHati Dengan Tema Baruhoho..rajin ko wat subdomain ye. hehe..
titan recently posted..Komisen ke 16 dari Innityengkau memang rajin buat research…kalau dah ada domain sendiri…banyak subdomain yang boleh kita create …satu kelebihan
apaajanews recently posted..PAMERAN DSA 2012Pelan2 kayuh…insyallah boleh.
azmanisma recently posted..Perkara Pelik Suami Isteriperh terbaik la..siap list level2 lagi..aku rasenye ngan era blogwalking..
akhiyy recently posted..Kaulah Lilin Hatikuilmu baru aku dapat malam ni
tapi masih tak faham sangat bagaimana cara nak buat subdomain ni
tehr recently posted..Pantun Orang Berhimpunklo nak wat camtu pon boleh ke x?
sjiehan recently posted..Natasha Hudson bertudungTerbaik la bro, bila sebut je pasal penjenamaan ni,teringat pula denaihati @ blog pemurah, itulah jenama yang beliau bila sampai diangkat “Best of the best blogger”. skrg ni tengah berkira2 nak menjenamakan blog sendiri pula
donnyien recently posted..Wordless Wednesday – # Tsunamichii masih era blogwalking lg =)
chii recently posted..Susahnya kalau tak sedar diriSepatutnya sya buat subdomain aje kan utk blog kedua ni (makan2)….
MEKAR
Juadah recently posted..Cawangan ke- 2 Restoran Sambal HijauKalau guna blogspot je boleh maju tak?
liza recently posted..5 Orang Pemain Bolasepak Terbaik Sepanjang Zaman- Comment Feed for this Post

perasan juga sub domain english juantapi memang jarang bw kat situ cuma dok datang blog utama…skill semakin haari semakin bertambah itu yang baik
azura recently posted..Negeri Syam itu Syria