Pandangan Seorang Blogger Terhadap Pemansuhan Isu PTPTN
Pandangan Seorang Blogger Terhadap Pemansuhan Isu PTPTN. Sana sini aku melihat isu PTPTN ini disebarkan. Apa sebenarnya isu dan polemik akan kes PTPTN ini? Isu pemansuhan PTPTN ini mula menjadi besar apabila pihak pembangkang iaitu PKR atau lebih tepat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan sesuatu yang besar iaitu pemansuhan PTPTN. Pemansuhan yang bagaimana? Iaitu “PENDIDIKKAN PERCUMA” diperingkat tinggi iaitu di Universiti. Pelajar yang melanjutkan pengajian diperingkat tinggi tidak lagi menanggung beban hutang PTPTN dan menikmati pendidikkan secara “PERCUMA”.
Aku akan cuba membingcangkan isu ini secara ringkas dan sederhana tanpa menyokong mana mana parti. Apa yang kita inginkan adalah melihat sesuatu isu diatas skop “Logik & Realistik” sesuatu Isu tanpa melihat dari kaca mata Parti. Letakkan tepi dahulu pegangan kita terhadap parti yang kita sokong. Mari melihat isu ini dengan lebih sederhana.

LOGO PTPTN
Adakah Kita Setuju Supaya PTPTN Dimansuhkan
Sebagai rakyat awam, ya aku sangat suka jika aku mendapat pendidikkan secara percuma. Aku tak perlu bayar apa apa. Aku tidak perlu risau akan apa apa. Apa yang aku tahu aku perlu sediakan diri supaya cemerlang didalam pendidikkan tanpa perlu risau lagi akan perbelanjaan kewangan diri dan keluarga.
Apakah Pendidikkan di Malaysia Tidak Percuma?
Nampaknya disini rakyat perlu memahami satu hakikat iaitu Kerajaan mestilah memberi bantuan pendidikkan percuma yang wajib yang asas kepada rakyat iaitu pendidikkan sekolah rendah dan pendidikkan disekolah menengah. Alhamdulillah nampaknya pendidikkan wajib sekolah rendah dan menengah di Malaysia adalah percuma. Perlu diingat pendidikkan wajib adalah diperingkat rendah dan menengah. Adapun pengajian diperingkat tinggi adalah satu pilihan kepada rakyat dan pinjaman berbentuk “PTPTN” disediakan. Didalam hal ini aku setuju dengan konsep ini iaitu pendidikkan wajib percuma disediakan diperingkat rendah dan menengah dan pinjaman pula disediakan untuk peringkat tinggi kerana ia termasuk didalam kategori pilihan.
PTPTN Dihapus Atau Penstrukturan Semula PTPTN
Aku nampaknya lebih berminat jika PTPTN di struktur semula daripada dihapus terus. Kenapa? Nanti aku akan ceritakan dibawah. Nampaknya polemik terhadap PTPTN ini dikalangan mahasiswa adalah berkaitan langsung dengan “interest” yang dikenakan terhadap peminjam yang lebih lebih lagi bagi kita orang ISLAM, interest itu membawa erti “RIBA” yang memiliki maksud “HARAM” didalam islam. Aku lebih bersetuju jika hutang PTPTN ini dibayar hanya jumlah pinjaman pokok yang dipinjam dan tidak mengenakan “Riba” terhadap pinjaman tadi. Jika ini berlaku, aku pasti peminjam tidak akan bising bising lagi akan isu PTPTN ini. BERITA TERBARU : Kerajaan nampak bakal bersetuju yang peminjam PTPTN akan membayar balik pinjaman PTPTN dengan tanpa “interest” dikenakan. Alhamdulillah…
Logik & Realistikkah PTPTN Dihapus
Pendapat aku, ianya logik untuk menghapuskan pinjaman PTPTN ini dan memberi pendidikkan percuma untuk rakyat diperingkat pengajian tinggi. AKAN TETAPI! Pendidikkan percuma diperingkat tinggi ini menjadi LOGIK tetapi TIDAK LAGI REALISTIK! Kerajaan pula terpaksa menanggung bebanan pinjaman PTPTN. Kerajaan telah pun menanggung bebanan sekolah rendah dan menengah dengan memberi pendidikkan percuma yang wajib dan TERPAKSA pula untuk menanggung bebanan pendidikkan diperingkat tinggi. Memang logik kerajaan mampu memberi pendidikkan percuma untuk peringkat tinggi pengajian tetapi iainya tidak realistik kerana ia membawa kepada bertambahnya subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Perlu diingat dengan bertambahnya hutang dan jumlah subsidi, maka ada bahagian bahagian lain yang perlu sumber kewangan akan menerima kesan dan mungkin terencat dalam pertumbuhan. Bahagian ini banyak orang yang tidak melihat dan tahu kesan yang bakal dihadapi oleh negara.
Perbandingan Antara Negara Malaysia Dengan Yang Lain
Aku sebenarnya sangat sangat skeptikel apabila ada orang yang suka dan mudah membuat perbandingan Malaysia dengan Negara Lain. Secara asas memang nampak benar apa yang mereka buat, akan tetapi salah konsep pada pandangan aku. kenapa aku katakan begitu. Mari kita lihat contoh ringkas. Aku harap korang tidak melihat isu ini dengan nada politik. Apa yang ingin aku katakan hanyalah pandangan aku sebagai rakyat biasa yang cuba melihat sesuatu dalam bentuk yang sederhana dan tidak fanatik.
Kita ambil contoh isu minyak petrol. Aku lihat ramai sekali yang suka membuat perbandingan minyak malaysia mahal dan minyak dinegara pengeluar minyak murah. Secara asas memang nampak seolah olah malaysia sebagai negara pengeluar minyak tidak realistik dengan harga minyak dimalaysia dengan negara lain. Tapi aku ingin mengajak kawan kawan supaya fikir sejenak akan beberapa soalan yang aku ingin timbulkan. Mari kita membuat perbandingan ringkas sebagai contoh dengan mengambil Malaysia, Singapura dan Arab Saudi sebagai rujukkan.
1. Pendapatan Kasar Setiap Negara
Malaysia : $ 440 billion, Singapore : $ 314 billion, Saudi Arabia : $ 676 billion
2. Jumlah Rakyat
Malaysia : 29 juta, Singapore : 5.3 juta, Saudi Arabia : 26 juta
Aku bukanlah pakar ekonomi, cuma ingin mengajak kawan kawan memerhati nilai nilai diatas. Apa yang korang faham dari nilai diatas. Hanya dua negara sahaja pengeluar minyak iaitu Malaysia dan Arab Saudi. Kenapa harga minyak malaysia dengan arab saudi jauh berbeza? Setiap negara itu hasil pendapatan kasar negara itu datang dari pelbagai sumber. Ada yang datang dari minyak, perhotelan, perlancongan, kewangan saham, pelabuhan, import eksport, hasil galian, dan pelbagai lagi. Setiap negara itu berbeza sumber pendapatannya. Soalan saya senang sahaja! Jika Malaysia menurun harga minyak di Malaysia dan meniru harga minyak di Arab Saudi, berapakah pendapatan kasar tahunan di Malaysia selepas menurunkan harga minyak. Tak payah aku jawab, korang pun tahu pastilah jumlah $440 ini menurun dengan banyaknya. Bila KDNK turun, maka adakah REALISTIK untuk goverment menanggung beban PTPTN pula?
Kaitan Minyak Petronas Negara dengan PTPTN
Ramai sungguh yang berhujah bila harga minyak pasaran naik maka Pendapatan Hasil Minyak negara juga naik. Maka adalah LOGIK menggunakan keuntungan minyak negara untuk menampung hutang PTPTN untuk memberi pendidikkan percuma di peringkat Universiti. Seperti apa yang aku katakan tadi, ianya LOGIK tetapi TIDAK REALISTIK untuk dilakukan.
Aku akan membuat contoh mudah dibawah yang mana ramai atau majoriti tidak melihat perkara ini. Dibawah ini adalah contoh sahaja.
Harga Minyak Ron95 : RM2.00, Keuntungan Tahunan Petronas : RM100 billon,
Subsidi Minyak : RM30 billion, Harga Minyak Pasaran Ron95 : RM3.50
Jom kita kaji: Seperti data yang kita lihat diatas iaitu harga minyak sebenar adalah RM3.50 seliter. Harga yang perlu dibayar oleh Rakyat Malaysia iaitu RM2.00 sahaja. Perbezaan RM3.50 – RM2.00 = RM1.50 pula ditanggung oleh kerajaan yang menyebabkan subsidi tahunan kerajaan terhadap minyak adalah RM30 billion.
Andaikata berlaku kenaikkan harga minyak pasaran yang menyebabkan harga minyak dari RM3.50 menjadi RM4.00. Maka kita faham yang petronas akan mengalami keuntungan yang besar dari kenaikkan minyak dunia. Tetapi ramai yang melihat kenaikkan harga minyak pasaran maka ini bermaksud kenaikkan pendapatan petronas terhadap hasil negara.
TETAPI BAGAIMANA DENGAN KENAIKKAN SUBSIDI NEGARA? Majoriti rakyat tidak melihat perkara ini. Dengan harga minyak pasaran RM4.00, demi mengekalkan harga RM2.00 didalam negara, Kerajaan terpaksa pula menanggung SUBSIDI BARU iaitu RM4.00 – RM2.00 = RM2.00 subsidi. Ini bermakna, jika Keuntungan Tahunan Petronas meningkat melebih RM100 billion, maka SUBSIDI MINYAK tahunan RM30 billion juga meningkat.
Ini bermakna, peningkatan keuntungan juga setara dengan peningkatan subsidi bagi menjamin harga terus kekal seperti yang diingini oleh rakyat. Tawaran untuk menurunkan harga minyak di Malaysia memang popular dan disukai oleh rakyat, akan tetapi secara tidak langsung juga akan meningkatkan subsidi minyak yang telah ditanggung oleh negara bertambah tinggi. Dan ditambah lagi dengan tawaran untuk memberikan pendidikkan percuma diperingkat Universiti dan menghapuskan PTPTN yang mana akan meningkatkan lagi bebanan kerajaan terhadap berbillion berbillion lagi terhadap subsidi.
Pendapat saya ianya memang LOGIK dan MAMPU dilakukan, akan tetapi adakah ianya REALISTIK bagi negara untuk MEMANSUHKAN PTPTN
SAYA MENYOKONG DAN SANGAT BERSETUJU DENGAN IDEA UNTUK MENGHAPUSKAN RIBA DALAM PINJAMAN PTPTN KERANA IA LEBIH REALISTIK
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

logik dan masuk akal jugak kan…
sokong mana yg terbaik utk rakyat
yg lama tu hutang tetap hutang, kena bayar tapi tanpa riba
auc dot com recently posted..Pahang vs Betaria | Liga Premier Malaysia 2012 | Keputusan Terkini