Sebulan Sebuah Buku – Palestin Tak Pernah Gentar. Nampaknya saya telah ter-miss sebulan untuk beristikomah dalam menjalankan kempem terhadap blog ini iaitu Sebulan Sebuah Buku. Sempena kempen sebulan sebuah buku, buku untuk bulan ini iaitu bulan April ini adalah Buku Palestin Tak Pernah Gentar keluaran Telaga Biru dan ditulis oleh Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang membawa tema Memburu Menang atau Syahid. Buku ini yang berharga RM20.00 dan mempunyai 200 muka surat.

Diatas adalah pengenalan ringkas mengenai buku Palestin Tak Pernah Gentar yang boleh didapati dikedai Popular. Mengapa aku membeli dan memilih buku ini? Tiada jawapan yang boleh aku terangkan. Aku selalunya akan memilih buku buku yang berlainan jenis dan genrenya. Ada yang berbentuk ilmiah, sains, ekonomi, bisnes, isu dunia, perbandingan agama dan lain lain lagi. 

Buku Palestin Tak Pernah Gentar

Buku Palestin Tak Pernah Gentar

Palestin, Palestine dan Pelestin. Sebuah kisah yang tidak pernah pudar dan habis. Berita dunia dimana sahaja pasti akan selalu menceritakan akan konflik palestine. Kita jarang membincangkan akan isu isu tentang umat islam di beberapa tempat lain didunia. Sebenarnya ada banyak isu konflik yang berlaku. Akan tetapi Palestin-Israel ada satu isu yang besar. Kenapa boleh dikatakan begitu? Percaturan dunia barat terhadap kawasan Timur Tengah adalah untuk masuk campur dan melakukan tindakkan tindakkan strategik yang melemahkan umat Islam. Sudah terang lagi bersuluh.

Palestine Loss of Land

Palestine Loss of Land

Aku tak boleh nak mereview buku ni sebab aku pun belum habis baca lagi. So kepada yang berminat pi la beli di popular book store kat pasaraya. Tak mahal mana pun. Kalau asyik berblogging dan tidak pernah nak baca apa apa yang bermanfaat boleh berkarat minda. Serius aku kata nih, hehehe. Selamat berblogging yer….. :)

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)