Ad Review Center Google Adsense. Sudah 4 hari aku tak menjenguk blog utama ini oleh kerana sibuk menguruskan Blog English dan juga Blog Technology aku itu. Beberapa hari yang lepas aku ada terbaca mengenai Adsense di Blog Bahasa Melayu diblog Denaihati. Sebelum ini aku ada menulis mengenai Cara Cara Meningkatkan Earning Google Adsense Malaysia yang mana pengisian agak kurang dientry itu kerana kekurangan ilmu dan masih baru didalam dunia google adsense.

Kepada yang tercari cari cara bagaimana untuk memohon google adsense rasanya ramai pakar dan blogger diluar sana telah kupaskan, dan malah banyak jawapan dan caranya jika rajin menggoogle pertanyaan di enjin carian google. Isu ini aku tak mahu kupas malah ada yang boring nanti jika membaca topik yang sama.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu Ad Review Center Google Adsense. Apa itu Ad Review Center Google Adsense. Kepada yang telah mempunyai akaun google adsense mesti ada melihat tab “Allow & block ads”. Boleh rujuk kepada gambar dibawah. Boleh dikatakan hampir kebanyakkan pengguna google adsense dikalangan malaysia ini mengabaikan feature “Ad Review Center Google Adsense” ini.

Ad Review Center Google Adsense

Ad Review Center Google Adsense

Secara amnya iaitu “default” pihak google adsense tidak mengaktifkan sistem ini melainkan kita sendiri yang mahu ianya diaktifkan. Kenapa kita perlu mengaktifkan dan bagaimana caranya? Jika ingin mengaktifkannya korang hanya perlu pergi dibahagian tab “Allow & block ads”, kemudian klik sign up for the Ad Review Center seperti gambar dibawah

ad review center

ad review center

Sign up Ad Review Center seperti gambar kedua diatas ini. Cuba perhatikan kedua dua gambar, gambar pertama adalah gambaran setelah Ad Review Center diluluskan oleh pihak google adsense. Ada beratus ratus jenis iklan yang boleh terpapar didalam blog dengan saiz iklan yang pelbagai. Ada yang bersaiz 300×250, 336×280, 728×90, 160×600 dan lain lain lagi. Jenis iklan pon pelbagai iaitu ada dalam bentuk image, text mahupun flash video.

Sebenarnya apa tujuan Ad Review Center ini? Mengikut apa yang aku faham, tujuan Ad Review Center ini adalah untuk memberi satu bentuk kawalan penuh kepada pemegang akaun google adsense untuk memilih iklan mana yang diingini dan tidak diingini untuk dipaparkan didalam blog. Mungkin sesetengah dari kita tidak mahu mendapatkan hasil pendapatan yang mana datangnya dari sumber yang haram dan feature seperti inilah membolehkan kita mem “block” iklan yang diingini. Untuk mem “block” iklan yang tidak diingini, korang hanya perlu sentuh iklan yang dipilih kemudian tekan “block”, boleh lihat seperti gambar yang pertama diatas. Mudah bukan?

Antara kebaikkan Ad Review Center Google Adsense ini juga adalah kita mampu memilih iklan mana yang bermutu tinggi dan mempunyai harga klik yang tinggi untuk dipaparkan diblog dan menyekat iklan yang murah dari terpapar didalam blog, best bukan?. Dengan ini earning google adsense kita juga akan memberi impak terhadap dari kesan yang kita lakukan di Ad Review Center. Akan tetapi ramai sebenarnya yang tidak tahu dan aku sendiri pon tidak tahu iklan mana yang membawa kurangnya earning google adsense. Cuma apa yang aku lakukan adalah dengan mem “block” iklan iklan yang tidak sihat dari terpapar diblog kesayangan aku ini. Korang macam mana pula?

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)