Azwan Ali di MasterChef Selebriti Malaysia. Sehingga ke hari ini rancangan MasterChef Selebriti Malaysia telah memasuki episode yang ke 4. Tak sangka cepat betul rancangan ini telah sampai ke episod yang ke 4. Sehingga kini aku boleh katakan yang rancangan ini menarik walaupun ramai yang memilih orang biasa atau orang awam sebagai yang menjadi peserta untuk rancangan MasterChef Malaysia Musim ke dua ini.

Sebenarnya korang tidak perlu bimbang pun. Hampir kesemua selebriti ini datang dari pelbagai bidang dan bukannya pakar didalam bidang masakkan pun. Dan dengan ini kita juga dapat melihat gelagat dan kemampuan setiap selebriti untuk menunjukkan kemampuan mereka apabila diberi cabaran cabaran untuk menunjukkan kemampuan mereka mengarah, mengorganisasi dan seterusnya memenangi cabaran cabaran seperti ujian peti saji, cipta rasa, dan ujian cabaran berkumpulan diluar.

Sebenarnya rancangan MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama kali ini diadakan adalah untuk menyumbang dana wang kemenangan mereka kepada sebuah badan kebajikan yang mereka pilih untuk disumbangkan jika mereka menang. Jadi dengan adanya program sebegini ianya membawakan tema yang menarik disamping membawakan tema Selebriti ia juga secara tidak langsung membawa satu tujuan lain yang murni iaitu Sumbangan Amal yang akan disalurkan nanti.

MasterChef Selebriti Malaysia Episod 4

MasterChef Selebriti Malaysia Episod 4

Ok berbalik kepada tajuk asal kita iaitu Azwan Ali di MasterChef Selebriti Malaysia. Sebenarnya hampir kebanyakkan selebriti best untuk ditonton kerana hampir kesemuanya ceria, lawak dan bersemangat didalam rancangan ini termasuk Azwan Ali. Kenapa aku memilih Azwan Ali untuk entry ini? Adakah sebab aku peminat dia? Adakah dia selebriti pertama yang tersingkir? Jawapannya tidak. Aku memilih Azwan Ali untuk entry ini adalah disebabkan episod MasterChef Selebriti Malaysia Episode 4 iaitu semalam.

Kenapa dengan episode MasterChef Selebriti Malaysia Episode 4 semalam? Ini kerana semalam adalah hari pertama kali pusingan penyingkiran bagi selebriti untuk memastikan mereka terus berjuang dan kekal dalam Masterchef Selebriti Malaysia. Didalam pusingan penyingkiran, 4 selebriti seperti gambar diatas dikehendaki memasak makanan Mexico. Setelah siap dimasak, masakkan keempat empat selebriti diatas telah dicuba untuk dinilai dan dirasa oleh Chef Chef. Kenapa dengan Azwan Ali? Jom tonton sedutan insiden semalam! Pasti kelakar! Kalau tak kelakar pasti ada organ organ saraf korang yang tak berfungsi dengan baik mahupun kacak. Ok selamat menonton…… :)

.

Juan - Aku Seorang Senior Technician, Meminati blogging sejak di Universiti lagi. Tetapi hajat untuk berblogging tercapai pada october 2010. Aku lebih berminat menulis perkara tentang personal, isu teknologi, sedikit berita dunia, isu semasa, isu bisness dan kebanyakkan suka dengan apa yang bermain diminda. Suka berkongsikan pendapat peribadi. Engage me on product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at moham29577@yahoo.com , thank you :)