Komisen Pertama Dari TipsPTD.com
Komisen Pertama Dari TipsPTD.com. Selamat malam semua. Kali ini kali kedua kalau tidak silap aku untuk menceritakan tentang affiliate. Seperti yang diwar war kan oleh bro titan kita, aku pun ingin bersama sama untuk mempamirkan hasil dari program affiliate ni. Sebenarnya program affiliate aku yang pertama adalah Resepi Cakoi dan Donut oleh brother kita iaitu En Hairul. Disebabkan ianya affiliate aku yang pertama aku kurang membuat promosi disebabkan tiada pengalaman didalam affiliate. Tapi jangan risau selepas kejayaan affiliate yang kedua ini aku berharap dapat menggerakkan semula affiliate yang pertama tadi.
Apa itu affiliate aku yang kedua? Affiliate aku yang kedua adalah program affiliate dari TipsPTD.com. Affiliate dari team TipsPTD ini adalah pertama kali aku join dan cuba buat secara serius. Dengan keseriusan inilah aku belajar sesuatu yang berharga iaitu Bagaimana Affiliate Berfungsi. Dan dari affiliate team TipsPTD ini jugalah aku nampak betapa program affiliate ini sangat menarik bagi para blogger macam aku yang cuba untuk tidak bergantung kepada iklan iklan dan advertorial sahaja sebagai sumber pendapatan online. Jom lihat hasil yang aku peroleh didalam program affiliate TipsPTD yang aku baru ceburi. Ini adalah percubaan pertama aku.

TipsPTD
Jualan dan promosi ebook TipsPTD kali ini bermula pada 3 Mei – 9 Mei sahaja iaitu selama seminggu. Kalau korang tengok didalam gambar diatas, korang akan dapati aku berjaya menjual ebook TipsPTD sebanyak 7 jualan selama 7 hari. Hasil jualan boleh dikatakan sebanyak RM250. Ok ler kan dapat RM250 dalam tempoh 7 hari. Serius aku suker sangat. Korang pon mesti suker kan…
. Aku tak sangka hasil promosi melalui blog sahaja pun dapat menarik jualan sebanyak 7 jualan ebook TipsPTD. Alhamdulillah..
Bila aku join dan cuba buat sedikit promosi, aku dapat katakan yang program TipsPTD ni menarik dan tidaklah susah mana. Kalau korang nak tahu, bila aku join affiliate ni, aku dapat lihat rupanya ada banyak teknik untuk meningkatkan jualan dari affiliate ini. Serius aku dapat ilmu baru sejak menyertai program affiliate ni. Nak cerita kat sini kang otai otai marah ler plak. Insyaallah nanti kalau ada kelapangan aku akan kongsikan tips tips tingkatkan jualan. Lepas ni aku nak cuba pula teknik super cakaran harimau ler pulak, hehehe. Selamat membaca dan berhibur….
Latest posts by Juan (see all)
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013
- Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done - June 12, 2013

perhh..banyak nye..nak cube join jugak lah..hehehe..kasi la tips2..wow ade tips cakar harimau..ganas..hehehe