Live Streaming Debat PTPTN Khairi vs Rafizi 22 Mei 2012
Live Streaming Debat PTPTN Khairi vs Rafizi 22 Mei 2012. SHAH ALAM – Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlangsung hari ini iaitu hari Selasa. Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.
Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi. Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat kali ini diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang. ”Oleh kerana debat ini juga akan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung,” kata beliau.

Live Streaming Debat PTPTN Khairi vs Rafizi 22 Mei 2012
Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung malam ini. Debat ini akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Pada yang tidak berkesempatan atau tidak mempunyai saluran ASTRO untuk menonton secara langsung Debat kali ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi bolehlah menonton Live Streaming Debat PTPTN Khairi vs Rafizi 22 Mei 2012 dengan merujuk kepada link yang disediakan ini {http://www.mobtv.my}.
Debat Sinar Harian mengenai PTPTN YouTube VideoLatest posts by Juan (see all)
- Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.com - June 19, 2013
- Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa - June 17, 2013
- KKEPJ9PCKCHW - June 15, 2013

aduhh..internet semput la pulak..nanti bro bagi la tahu kesimpulan nye yer..hehehe..
akhiyy recently posted..Review Ronaldmohoni.com